Isu Nasha:Pas hormati orang pernah berjasa, kata Nik Aziz-Sinar harian online
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu semua pihak bersabar menunggu keputusan yang akan dibuat bagi menentukan nasib Ahli Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa (Nasha).
Nik Aziz menegaskan beliau sudah berulang kali menyatakan kes bekas Timbalan Presiden itu perlu diputuskan pada Majlis Syura yang akan diadakan pada 9 September ini.
“Saya akan hadir pada mesyuarat itu jika tidak uzur. Tidak usah peduli sangat siapa orang itu. Yang penting, Pas mengutamakan mereka yang pernah berjasa kepada agama.
“Jika orang itu didapati pernah berjasa kepada agama, kita hormat dan beri sokongan kepadanya,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke atas mangsa ragut yang hampir putus tangan, Rohaini Abdullah, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, semalam.-sinarharian online
Banyak orang yang mau popular pada mulanya bertenggek atas pentas ceramah Pas, bila dah popular , mula dah masuk dalam corong-corong radio dan TV mulalah buat perangai telefon tak dapat, telefon tak berangkat, ana sibuk apabila dipanggil untuk berceramah.Ini fenomena biasa bagi penceramah-penceramah agama yang ambil kesempatan atas kelemahan Pas sendiri nak buat lagu mana.
Kalau duduk dalam Pas pun mulalah buat perangai banyak contoh orang macam ni malas da nak sebut nama.Kalau kita cakap pasal politik tutuh Umno kaw-kaw dia akan mula mengelak dan beredar pada hal kita hanya nak tengok perangai dia saja masih macam dulu atau suda berubah.
Pemimpin Pas yang jadi ahli parlimen dan adun dipilih oleh rakyat yang benci Umno-BN (parti syaitan) bukan naik sendiri jadi janganlah jadi kaduk naik junjung!
Saya tabik pada Pak Samad Said sasterawan negara dihujung usia emasnya jadi ikon anak muda untuk tumbangkan regim Umno-BN.Ini yang kita mau bukan jadi penjilat dan pencacai Umno-Bn, makin lemah suara mereka apabila dapat pangkat dan darjat dan kecapi hidup mewah, lupa asal usul mereka.
Baca juga;
Koleksi gambar Janji Demokrasi di Dataran Merdeka-Harakadaily
Lautan kuning banjiri Dataran-Keadilandaily

Lawan politik Najib itu memberi peringatan ini kepada perdana menteri semasa mengecam gambar controversial yang dipos di laman Facebook rasmi Pemuda Umno kelmarin.
Poster kontroversial itu, yang telah ditarik balik beberapa jam selepas kemunculannya di laman Facebook itu, menyatakan: “Jika anda setuju untuk jadikan KRISTIAN sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat. ‘God bless you my son’ [Tuhan berkatimu, anakKu] .”
Setiausaha organisasi nasional DAP, Teresa Kok menggelar gambar Facebook itu sebagai tindakan “kebudak-budakan” dan beliau menggesa Najib, yang merupakan presiden Umno dan presiden BN, untuk mengambil tindakan.
“Saya fikir Najib perlu meneliti parti diri beliau. .. ada elemen tertentu dalam parti yang cuba memusnahkan negara ini dengan memainkan api agama,” beliau memberitahu The Malaysian Insider hari ini.
Beliau juga berkata ini adalah percubaan untuk “merosakkan” harmoni perkauman dan agama yang sedia ada di Malaysia.
“Saya fikir Najib perlu serius meneliti hal ini, kalau tidak slogan 1Malaysia beliau akan jadi bahan ketawa,” kata ahli Parlimen Seputeh itu, dan beliau mengambil perhatian bahawa gambar itu dipost sebelum perayaan Aidilfitri hari ini yang “diraikan oleh semua bangsa”.
Kok ( berkata beliau gembira bahawa ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah bertindak dengan cepat dan mengeluarkan poster yang bersifat hasutan itu dari laman Facebook itu dalam masa beberapa jam.
Khairy kelmarin menafikan bahawa gambar itu dimuatnaik oleh ahli sayap politik tersebut dan turut menafikan Pemuda Umno menyokong kenyataan itu.
Poster itu ditarik balik dari laman web itu pada kira-kira 6.30 petang semalam.
Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata “kenyataan dalam page Pemuda Umno jelas menunjukkan ia adalah dipengaruhi oleh sentimen-sentimen yg ditunjukkan oleh Umno dan media arus perdana.”
Beliau berkata penyebaran sentimen-sentimen ini “boleh akhirnya menyebabkan porak-peranda.”
“Walaupun Pemuda Umno kata mereka tak censor [menapis] apa yang dipos di Facebook page, hakikatnya ini hasil daripada sikap Umno and media arus perdana.”
Beliau berkata tindakan ini bertujuan untuk “menakutkan pengundi Islam untuk takut mengundi Pakatan Rakyat”, tapi berkata rakyat Malaysia sekarang sudah “matang” dan tidak akan dipengaruhi dengan “provokasi” seumpama ini.
Naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga mengecam poster itu, menggelarnya sebagai “sordid display of bigotry, lies and irresponsibility by an organ (of) the ruling party (pameran keangkuhan, penipuan dan sikap tidak bertanggungjawab oleh organ parti pemerintah)”.
“Sekurang-kurangnya, Pakatan Rakyat patut menerima permohonan maaf yang serta-merta,” beliau berkata dalam satu mesej teks kepada The Malaysian Insider kelmarin.
“Saya menantikan tindakan cepat dari pihak berkuasa untuk mendakwa pihak yang bertanggungjawab untuk mana-mana pos di atas laman FB Pemuda Umno,” beliau berkata, dan merujuk kepada Seksyen 114A Akta Keterangan sebagai undang-undang yang relevan.
Minggu lalu, perdana menteri telah berkata di Twitter bahawa kerajaan persekutuan akan mengkaji semula Seksyen 114A yang salah satu kesannya meletakkan anggapan (presumption) bahawa pemilik laman web adalah penerbit kenyataan yang dibuat.
Tetapi Menteri Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kemudian berkata pindaan undang-undang yang diluluskan Parlimen pada bulan April dan berkuatkuasa bulan lalu, akan kekal.
Gambar yang dipos di Facebook pada petang kelmarin, telah mencetuskan perbincangan hangat di Facebook dengan sebahagian pengguna Internet menyokong kenyataan itu.
Manakala pengguna internet lain mengecam tindakan Pemuda Umno itu yang dilihatkan sebagai percubaan untuk mengapi-apikan emosi dan sentiment agama di antara penganut agama Kristian dan Islam sehari sebelum Aidilfitri, antara perayaan terbesar di masyarakat majmuk di Malaysia.
Poster itu kelihatan mencadangkan bahawa undian untuk pihak pembangkang Pakatan Rakyat akan menyebabkan Islam diganti oleh agama Kristian sebagai agama persekutuan.
Ini menunjukkan bahawa soal agama masih digunakan untuk menakutkan pengundi dari kalangan orang Melayu-Muslim kerana pilihanraya umum ke-13 yang bakal diadakan.
Gambar yang dimuatnaik ke atas laman Facebook Pemuda Umno itu dilihat sebagai peringatan orang ramai tentang laporan akhbar Utusan Malaysia pada tahun lalu.
Tahun lalu, Utusan telah menerbitkan laporan yang tidak berasas di halaman pertama akhbar, di mana ia kelihatan mencadangkan DAP berkonspirasi dengan sesetengah pemimpin gereja untuk melantikkan seorang perdana menteri beragama Kristian dan menubuhkan negara Kristian di Malaysia.-Themalaysianinsider
Apa lagi yang ada kepada Umno?Umno ada duit, ada harta yang menimbun tapi Umno tak mampu lagi untuk tarik minat orang Melayu menyokong Umno.Hanya yang hilang akal saja menyokong Umno.Yang lapaq duit saja gila kepada Umno.
Satu cara terpaksa dilakukan dengan mainkan sentimen agama untuk menipu orang Melayu supaya kembali kepada Umno.Umno cuba jadi jaguh agama tapi dalam masa yang sama pemimpin Umno jadi jaguh hina hukum Islam.Ini kenyataan bukan bohong!Siapa yang cadangkan supaya nama Islam pada pertubuhan agama dibuang kalau bukan Umno!
Umno kata merekalah yang bela Melayu tapi hanya berapa kerat saja yang dapat kekayaan kalau bukan kroni Umno.Umno sedang tenat matlamat halakan cara terpaksa digunakan kerana pru 13 adalah hidup mati Umno dan ini diakui Najib dan Muhyiddin sendiri yang kata pru 13 ibu segala pilihanraya.Umno sedang merempit laju tanpa toleh kanan dan kiri tanpa melihat gaung besar sedang menunggu mereka untuk dikuburkan oleh rakyat Malaysia yang dah tak tahan hidup di bawah regim tua Umno-BN.
Kita jangan terpedaya dengan mainan agama oleh pihak Umno sejarah membuktikan puak munafik dan fasik yang bina Masjid di zaman Rasululullah SAW yang dikasihi diperintahkan bakar Masjid yang dibina Abdullah bin Ubai bapa munafik besar yang kini diwarisi pihak Umno di Malaysia.