Sabtu, 7 Julai 2012

Tamrin Ghafar dok tunggu Umno pecat dia

Kata Tamrin Ghafar anak kepada Allahyarham Ghafar Baba dalam laporan The Malaysian Insider Umno hilang arah di bawah Najib kata anak bekas pejuang Umno."Umno sudah lari daripada matlamat perjuangan asal pemimpin terdahulu yang lebih mengutamakan rakyat.
"Di bawah pemerintahan Najib, Umno kini lebih banyak menekan dan merampas hak rakyat daripada mempertahankannya," kata Tamrin kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi malam tadi.
Tamrin turut menyuarakan rasa kecewa terhadap Najib  kerana sejak beliau menerajui negara ini pada 2009 apabila menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dasar parti utama dalam Barisan Nasional (BN) itu juga telah berubah sama sekali.
"Sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, dasar-dasar perjuangan Umno juga telah berubah," tambah bekas ahli Parlimen Batu Berendam ini lagi kepada The Malaysian Insider.

Tamrin yang dilihat aktif di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat (PR) hari ini turut mengesahkan telah menerima surat tunjuk sebab daripada Jawatankuasa Disiplin Umno pada 26 Jun lalu apabila seringkali dilihat mengkritik kepimpinan perdana menteri tersebut.
"Memang saya telah menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga disiplin parti. Surat itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Jelas Tamrin, surat itu antara lain menuntut agar beliau memberikan penjelasan berhubung tindakannya mengkritik kepimpinan parti yang mana Jawatankuasa Pengurusan Umno melihatnya sebagai "melanggar disiplin parti."
"Saya diberi tempoh 14 hari untuk memberikan jawapan. Namun saya enggan membalasnya dengan surat. Sebaliknya, saya menuntut untuk bersemuka dengan jawatankuasa disiplin Umno dan memberikan penjelasan terus kepada mereka," tegas Tamrin yang turut menghadapi kemungkinan dipecat sebagai ahli Umno.
Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti politik lain sekiranya dipecat, Tamrin menjelaskan, beliau masih lagi belum membuat keputusan terhadap perkara itu.
"Kita tunggu tindakan jawatankuasa disiplin parti dahulu. Saya belum fikir lagi nak sertai mana-mana parti," tambahnya lagi.
Tamrin yang sebelum ini hanya memencilkan diri kini dilihat semakin agresif di pentas ceramah anjuran pembangkang termasuk kemunculan semula pertamanya pada perhimpunan pra Bersih 3.0 pada penghujung April lalu di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini.
Selain itu, beliau juga pernah menulis "surat kuning" kepada Najib dan memberi teguran, saranan dan pandangan bagi memulihkan sokongan rakyat kepada Umno.
Bagaimanapun, usaha beliau itu tidak mendapat perhatian Najib walaupun perdana menteri itu kerap menyatakan parti itu "perlu berubah jika tidak mahu diubah" dalam pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat.-m'insider

Pemimpin Umno yang lantang lawan Umno dok tunggu Umno pecat.Dalam keadaan Umno yang semakin parah ni yang kini boleh la kita katakan ada suweey disebabkan Mat Monggol dan Bik Mama nak pecat pun  tak berani haha
Kalau kena pecat daripada Umno jadi hero kalau kena pecat daripada Pas dan PKR jadi kupang tembaga la.Contoh ada depan mata.

1 ulasan: