Isnin, 23 Julai 2012

Terbukti isu air di Selangor tak cukup dan kena catu hanya cakap politik!

Hari ni ada demo air oleh rakyat Selangor dan pemimpin PR di Wisma Rozali ,pejabat SYABAS,seksyen 13,Shah Alam kerana bantah tindakan SYABAS yang mahu air di Selangor dicatu.Dah masuk bulan puasa baru pihak SYABAS gatal nak catu air.Tidakkah tindakan ini sebagai dendam tanpa ambil kira kepentingan orangramai terutamanya umat Islam yang jalani ibadah puasa?
Lagi gambar di sini.
Pada hari yang sama juga hari ni Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yaasin telah umumkan bahawa tiada catuan bekalan air di Selangor,Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.Ini menunjukkan bahawa isu air di Selangor tidak berada dalam kedaan darurat dan pihak Syabas kata empangan dan loji air Selangor tidak cukup dan perlu dicatu tidak benar.Ini hanya cakap-cakap politik kotor dan bohong sahaja.Pihak BN tahu jika mereka terus politikkan isu air ini maka seluruh rakyat Selangor yang tidak mudah ditipu akan turun di jalanraya malah akan berkampung di Wisma Rozali di Seksyen 13 ,Shah Alam jika pihak Syabas terus politikkan isu air.

Marilah sempena bulan Ramadhan ni kita berdoa banyak-banyak kepada Allah SWT agar regim zalim Umno-BN ni ditumbangkan dalam pru 13 akan datang.Bayangkan kita umat Islam sibuk nak berpuasa depa pulak sibuk ugut rakyat kata air di Selangor kena catu!Satu pihak kata kena catu satu pihak lagi kata tak payah catu.Najib adalah Pengerusi Umno Selangor takkan nak politikkan isu air sebagai senjata Umno nak tawan Selangor.Towkey SYABAS Rozali patut dipecat.Lintah darat yang kaut untung berjuta ringgit setiap tahun hasil gaji beliau yang besar dan mewah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan