Jumaat, 13 Julai 2012

Rakyat di bawah beratur panjang ambik duit BR1M,pemimpin di atas belasah projek untuk kroni

Kata Aspan Alias dalam blog beliau ;

Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya. “Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara.” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

“Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai. Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak.” Sambungnya lagi.Baca semua di sini.

Baca juga ;
Rafizi dedah keaslian dokumen projek LRT-M'kini
PKR dakwa George Kent 'perantara' PM,Thales-M'kini

1 ulasan:

  1. Itulah nasib jika tak pandai memilih...

    suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

    BalasPadam