Kata Tamrin Ghafar anak kepada Allahyarham Ghafar Baba dalam laporan The Malaysian Insider Umno hilang arah di bawah Najib kata anak bekas pejuang Umno."Umno sudah lari daripada matlamat perjuangan asal pemimpin terdahulu yang lebih mengutamakan rakyat.
"Di bawah pemerintahan Najib, Umno kini lebih banyak menekan dan
merampas hak rakyat daripada mempertahankannya," kata Tamrin kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi malam tadi.
Tamrin turut menyuarakan rasa kecewa terhadap Najib kerana sejak beliau menerajui negara ini pada 2009 apabila menggantikan
Tun Abdullah Ahmad Badawi, dasar parti utama dalam Barisan Nasional
(BN) itu juga telah berubah sama sekali.
"Sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, dasar-dasar perjuangan Umno
juga telah berubah," tambah bekas ahli Parlimen Batu Berendam ini lagi
kepada The Malaysian Insider.
Tamrin yang dilihat aktif di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat
(PR) hari ini turut mengesahkan telah menerima surat tunjuk sebab
daripada Jawatankuasa Disiplin Umno pada 26 Jun lalu apabila seringkali
dilihat mengkritik kepimpinan perdana menteri tersebut.
"Memang saya telah menerima surat tunjuk sebab daripada lembaga
disiplin parti. Surat itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung
Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Jelas Tamrin, surat itu antara lain menuntut agar beliau memberikan
penjelasan berhubung tindakannya mengkritik kepimpinan parti yang mana
Jawatankuasa Pengurusan Umno melihatnya sebagai "melanggar disiplin
parti."
"Saya diberi tempoh 14 hari untuk memberikan jawapan. Namun saya
enggan membalasnya dengan surat. Sebaliknya, saya menuntut untuk
bersemuka dengan jawatankuasa disiplin Umno dan memberikan penjelasan
terus kepada mereka," tegas Tamrin yang turut menghadapi kemungkinan
dipecat sebagai ahli Umno.
Ditanya sama ada beliau akan menyertai parti politik lain sekiranya
dipecat, Tamrin menjelaskan, beliau masih lagi belum membuat keputusan
terhadap perkara itu.
"Kita tunggu tindakan jawatankuasa disiplin parti dahulu. Saya belum fikir lagi nak sertai mana-mana parti," tambahnya lagi.
Tamrin yang sebelum ini hanya memencilkan diri kini dilihat semakin
agresif di pentas ceramah anjuran pembangkang termasuk kemunculan semula
pertamanya pada perhimpunan pra Bersih 3.0 pada penghujung April lalu
di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini.
Selain itu, beliau juga pernah menulis "surat kuning" kepada Najib
dan memberi teguran, saranan dan pandangan bagi memulihkan sokongan
rakyat kepada Umno.
Bagaimanapun, usaha beliau itu tidak mendapat perhatian Najib
walaupun perdana menteri itu kerap menyatakan parti itu "perlu berubah
jika tidak mahu diubah" dalam pilihan raya umum ke-13 yang dijangka akan
dilaksanakan dalam masa terdekat.-m'insider
Pemimpin Umno yang lantang lawan Umno dok tunggu Umno pecat.Dalam keadaan Umno yang semakin parah ni yang kini boleh la kita katakan ada suweey disebabkan Mat Monggol dan Bik Mama nak pecat pun tak berani haha
Kalau kena pecat daripada Umno jadi hero kalau kena pecat daripada Pas dan PKR jadi kupang tembaga la.Contoh ada depan mata.
salam
BalasPadamte hee hee
KLIK BERJAYA KE M.I.T