Jumaat, 20 Julai 2012

Dulu pi Siam kata main dengan Amoi la ni tuduh pi Siam ada hubungan dengan pengganas

Polis: JI, bekas komunis cuba resapi parti pembangkang
Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon dalam pilihan raya umum akan datang.
    
Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.
    
"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.
    
"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.
    
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk
"Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini.

Konvensyen sehari itu dianjurkan oleh Parlimen Malaysia bersama-sama Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Institut Pendidikan Guru dan Majlis Belia Malaysia, di bangunan Parlimen.Baca semua di sini.
Masih ingat dengan video lucah yang disebarkan oleh tiga Datuk T yang kononnya video tersebut dimainkan dekat Siam.Depa tiga orang tu sanggup bersumpah laknat kata video tu tiada yang benar melainkan benar belaka.Hingga kini apa sudah jadi dengan video tersebut.Puak tiga orang tu kini mungkin sedang merana dimakan sumpah.


Kini kisah video dah habis pihak polis pulak main peranan kata pihak yang lawan Umno ada hubungan dengan JI dan komunis.Saya saja nak tanya sapa punya kerja pengaliran wang haram negara kita berbilion ringgit ke luar negara?Macam mana bekas setiusaha politik menteri di jabatan Perdana Menteri Nor Yaakob terlibat dengan penggubahan wang haram sampai RM2juta? 


Janganla nak tutup bangkai gajah dengan tudung saji.Rakyat dah pandai menilai berita yang dilaporkan.Rakyat takkan lupa akan segala penyelewengan yang dilakukan pemimpin Umno-BN jika tuduh pihak pembangkang sebagai JI atau ejen komunis.Kerajaan Malaysia sendiri ada hubungan dengan kerajaan China Komunis.Janganla buat berita lawak!



1 ulasan:

  1. statement polis pun skrip Umnooo APCO yg bg tu... merapu meraban x tentu hala...ingat PDRM...gaji yg dpt tiap2 bulan tu duit rakyat bukan duit pemimpin UBN....haramjadahhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam