Selasa, 3 Julai 2012

“Tayar boleh bagi, wang boleh bagi, kenapa permit tak boleh bagi?"

Kami mahu permit, bukan tayar-Pemandu teksi
 Rata-rata pemandu teksi di sekitar Kuala Lumpur yang ditemui Keadilan Daily melahirkan rasa kecewa atas kegagalan kerajaan memahami keperluan dan keperitan mereka.

Menurut Selvam A/L Suppiah, berkata, pemandu teksi mahukan permit individu dan bukan tayar sepertimana diumukan kerajaan dengan pemberian vaucer.
“Kita tak mahu tayar, lagipun voucer itu cuma RM520, kita kena tambah duit sendiri juga, tayar tak penting, kami mahu permit saja,” katanya.
Tambah beliau, mereka terpaksa membayar sewa kereta, termasuk menanggung permit teksi syarikat. Hal itu menyebabkan mereka hanya memperoleh pendapatan sekitar RM20 hingga RM30 sehari.
“Satu hari nak untung RM100 pun susah, lepas itu bayar sewa kereta dan permit RM60, isi gas lagi, anak-anak mahu makan apa?,” keluhnya.
Seorang lagi yang ditemui, Ng Teck Yong, 42 turut melahirkan keluhan beliau yang terpaksa membayar sewa permit yang tinggi setiap hari.
“Tiada permit kami terpaksa bayar RM70, tapi kalau ada permit, kami cuma perlu bayar RM25 untuk sewa kereta saja, itu baru betul-betul membantu,” kata Ng.
Selvam A/L Vera pula menyifatkan tindakan pemberian TR1M itu hanya bertujuan memancing undi pemandu teksi.
“Tayar boleh bagi, wang boleh bagi, kenapa permit tak boleh bagi? Kalau mahu kami undi Barisan Nasional, bagi permit dulu kalau tidak, Pakatan Rakyatlah,” tegas Selvam.
Berlainan dengan Haris bin Kasiran, 48 yang melahirkan rasa syukur dengan pemberian voucer oleh kerajaan.
“Ia sangat membantu, nak bagi banyak-banyak buat apa? ‘bankrup’ la kerajaan. Lagipun saya ada permit sendiri, teksi saya beli secara tunai, untung semua masuk poket,” ujarnya.
Ketika ditanya bagaimana beliau berhasil memiliki permit sendiri, beliau menjawab, ” Isteri saya kenal datin-datin dekat Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), minta tolong, senanglah dapat,” katanya sambil tersenyum.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1M) yang mana melalui bantuan itu pemandu teksi diberi voucher bernilai RM520 untuk menukar tayar di kedai terpilih.
Jika harga tayar lebih mahal, mereka perlu membayarnya dengan duit poket sendiri.
Ia berlainan dengan Pakatan yang menjanjikan pemberian lesen serta permit teksi terus kepada pemandu teksi dan tidak lagi secara konsesi seperti sekarang jika berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.-Aisya Geoffrey (Keadilandaily.com)


Semua syarikat teksi yang monopoli permit teksi dimilik puak gerombolan Umno-BN.Kalau permit teksi individu diberikan kepada pemandu teksi macam mana lintah darat ni nak hisap darah pemandu teksi.Macam mana syarikat teksi nak kaut untung atas penat lelah pemandu teksi.Buat untung atas penat lelah orang lain ni dah jadi budaya gerombolan sejak dulu,kini dan selamanya.


Buat untung atas angin ni jugalah menyebabkan skandal jual beli kapal selam Scorpene dibicarakan di mahkamah Perancis.Tu pun masih tak mengaku dan kata tiada sebarang pendakwaan berkaitan jual beli kapal selam Scorpene di Perancis.Semua nafi kata ini bohong,kata ini fitnah haha.Tunggu la dulu nanti kalau dah nama naik kat mahkamah di Perancis jangan pulak kata surat mahkamah tak sampai dan tak tahu apa-apa.Baca di sini.


3 ulasan:

  1. dasar anak dajal phisap darah manusia lagu ni laa..aku cabar ko bachol..ubah skrg...JAHANAMLAH! kau nnti ,tggu PRU 13..ALLAHUAKBAR!

    BalasPadam
  2. SEdapnye menuduh UMNO ye, dulu orang bagi permit persendirian korang salah guna, sewa le alibaba le lepas tu kerja ikut hati. Macam mana kerajaan tak keluarkan peraturan baru. Bila dah susah tau pulak salahkan orang lain. UMNO jugak yang kene....brengsek

    BalasPadam
  3. Melayu jati,
    Aku orang melayu & selama ni aku jadi ahli umno & terus mengundi BN selama ini. Sudah 2 tahun aku memandu teksi sewabeli dgn company. Sewaharian rm45. Nak dapat rm120 sehari pun susah. Dah la bantuan BR1M aku tak dapat. Kalau kamu orang bukan pemandu teksi kamu hanya pandai menaip comment. Tetapi yang nyata aku akan pangkah PKR ka, PAS ka atau selain dari BN

    BalasPadam