Tunku mahkota enggan ulas dakwaan Uncle Seekers
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.
"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.
"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.
Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.
"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.
Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.
Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.
Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah.-Malaysiakini
PM Najib yang geram dengan peneroka Felda yang tentang penyenaraian saham FGVH maki peneroka dengan kata HARAMJADAH yang sudah tentu mereka orang Melayu.Kini anak raja pulak yang geram dengan Uncle Seekers gelar beliau anjing.Ha ha berjangkit-jangkit nampaknya .
Orang kaya , orang kenamaan senang-senang boleh maki orang sesuka hati.Saman la Uncle Seekers tak payah nak maki-maki.
Pemimpin politik jangan gatal nak komen nanti Umno repot polis kata derhaka.Biarkan rakyat marhaen komen haha.Biarkan saja anak raja ni VS Uncle Seekers.
Kenapa polis tak berani bertindak terhadap Uncle Seekers macam polis serbu dan geledah pejabat Nizar ahli parlimen Bukit Gantang yang ada kaitan dengan komen Nizar terhadap no plate WWW1 milik sultan Johor?
& biarkan anak raja menyalak pulak lepas ni ...biarkan hahahaha
BalasPadamIbarat kata Hang Jebat... Raja adil Raja di sembah, Raja zalim Raja di Sanggah!!. Jangan takut kepada manusia.Takutlah kepada Allah yang menjadikan kita manusia.Rakyat ke Raja ke semuanya manusia ciptaan Allah!! Namun aku sayang dan kasih pada Sultan Muhammad V. Sultan contoh setakat ini...
BalasPadamsultan johor ni..org kltn ckp sultan jenis..GEDEBER...KEHkehkeh..
BalasPadam