Rabu, 25 Julai 2012

Nasib la jadi barua Umno

Umno Melaka:Bayaran ikut perjanjian , dakwaan pengendali blog tiada asas-Sinar Harian Online
Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai ‘tiada isu’.

Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka.

Menurutnya, pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji bertarikh 20 Disember 2011.

Katanya, tunggakan RM24,370 itu setelah dipotong baki pinjaman serta aset pejabat Umno yang masih belum dipulangkan selepas berhenti kerja.

“Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar RM11,330.

“Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut tadi," katanya.

Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah dipersetujui.

"Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap sebagai sudah selesai,” katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno Negeri, di sini semalam.

Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, bahawa sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya.

Dia yang bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka turut mendakwa hanya dibayar kurang RM1,000 sebulan walaupun dijanjikan gaji RM3,000 sebulan.

Sementara itu, Akbar berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500 selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008.-Sinar harian


Ini baru kes di Melaka , macam mana di negeri lain yang Umno bagi upah kepada para blogger untuk tutup tampal segala lubang busuk Umno yang dah jadi macam roti jala.Lumayan memang lumayan jadi barua Umno tapi tu la anda tak akan sebebas mana, setiap hari jadi blogger Umno kena puji Umno kena up Umno kalau tidak gaji tak jalan.Tulih puji Umno tapi lubang busuk Umno setiap hari makin membesar lama-lama jadi macam belon makin ditiup makin besar terlampau banyak angin belon jadi pecah.


Umno dah kerahkan para bloggernya ,FBnya untuk untuk berperang di alam maya tapi setakat mana saja yang mereka lakukan hanya berita fitnah dan auta saja yang mereka pandai buat.Jadi blogger Umno memang hebat sampai ada yang boleh naik kapal selam kalahkan Rosmah Mansor bini PM Najib!


Ni perangai Umno kalau sesama sendiri pun kena kencing kena tipu takkan kita tak sedar-sedar bahawa inilah perangai Umno dari dulu ,kini dan selamanya.


Kita yang tak berbayar ni kita tulih ikut selera kita bukan ikut selera PR atau BN.Tak betoi kita bantai.Tapi kalau jadi anjing belaan kalau tak betoi pun kena kata betoiiiiii!Nasib la jadi barua la katakan.


Kikiskan perasaan dalam hati kita jangan jadi hamba abdi Umno, jangan bertuhankan Umno, jangan berpayung kepada kepada Umno, tapi jadilah diri kita sebagai hamba kepada Allah SWT.InyaAllah rezeki kita akan sentiasa ada.Kita tak akan jadi peminta sedekah tepi jalan.Malah peminta sedekah tepi jalan lagi mulia daripada jadi barua Umno.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan