Rabu, 18 Julai 2012

Pembunuhan di Memali bukan diktator ka?

Kata bekas PM Malaysia Tun Mahathir, "Saya ingin tahu daripada pelawat ke blog saya tentang apakah yang saya telah lakukan semasa saya menjadi perdana menteri Malaysia yang menjadi bukti bahawa saya adalah seorang diktator?"Baca di sini.


Bukan ada untung apa pon lagi dok lawan Tun Madey tapi bila beliau masih gatal mulut dan masih rasa ada power dalam politik Malaysia eloklah kita peringatkan beliau apa yang beliau buat masa jadi PM.


Dalam dunia ni mana ada seorang diktator pun kata dia diktator.Penyamun dan perompak pun tak mengaku kata dia jahat.Hanya Firaun saja yang mengaku kata dia Tuhan.


Masih ingat dengan peristiwa pembunuhan umat Islam di Memali pada 19 November 1985?As Syahid ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya ditembak mati hanya kerana menentang akta zalim ISA.Masa tu PM Malaysia ialah Tun Mahathir Mohamed.Beliau sepatutnya dibawa ke mahkamah jenayah antarabangsa untuk dibicarakan!
Ini adalah gambar mangsa pembunuhan kejam era Tun Madey yang amat menyayat hati atas nama penderhaka untuk halalkan pembunuhan tersebut.Saya akan ingat sampai bila-bila.Masa ni Hasan Ali masih lagi duduk bawah ketiak Umno.Dari Umno dia datang kepada Umno jualah dia kembali.


Negeri Kedah kini dikuasai Pas dan PR. Ramai orang Pas dah jadi Exco.MB pun orang Pas banyak dapat elaun.Hulur-hulurlah sikit kat keluarga mangsa Memali! Jangan buat-buat lupa.


Gambar kiri bawah As Syahid Ibrahim Libya pejuang Islam yang lawan akta zalim ISA.Status mereka sebagai syahid disahkan oleh ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Guru Haji Yahya Junid dan Ustaz Azahari Abd Razak berdasarkan mereka yang mempertahankan diri dan harta mereka adalah syahid.


Isteri-isteri para syuhada ini telah menjadi janda,anak isteri mereka hidup dalam keadaan yang amat malang selepas ketiadaan suami mereka.Tapi Tun Madey hingga kini hidup senang lenang makan duit pencen malah hingga kini masih menjawat jawatan Penasihat Petronas.Kumpul duit banyak-banyak ingat boleh bawa ke lubang kubur.


Sepatutnya Tun bertaubat banyak-banyak kepada Allah SWT umur dah semakin senja,minta maaf kepada keluarga mangsa pembunuhan di Memali.Tapi apakan daya sifat maaf tidak ada kepada Tun  Madey.Beliau seorang manusia yang amat sukar untuk mengaku salah dan silap.


Tak guna Tun nak menangis kerana takut Umno hilang Putrajaya tapi menangislah mengenangkan segala dosa yang telah dilakukan.

4 ulasan:

  1. Aku sendiri tak akan halalkan darah dan nyawa sedara aku yang terkorban kerana memali. Memang diktator ni zalim!lebih teruk dari kerajaan thai yang membunuh ulama.Jangan cakap bab hukum Islam atau hudud kalau sendiri masih makan dan hidup dengan kekayaan dari san miguel?

    BalasPadam
  2. Ibarat seorang penyamun..udah puas buat aktiviti seorang penyamun, boleh tanya pulak.."saya ni penyamun ka" kah..kah..kah..kemudian putar bahawa perlu jadi penyamun pd waktu itu kerana keadaan masa tu mmerlukn bertindak sebagai penyamun..lain la sekarang..kah kah kah..tu la masa d atas x sedar diri..salah tu tetap salah..x boleh pakai matlamat menghalalkn cara.

    BalasPadam
  3. MELAYU MEMANG BODOH JAHIL SOKONG MAMAK MAHATHEER DAN Bn BABI NAGARA SEJAK DULU.BANGSA SENDIRI DIBUNUH OLEH MAMAK INI MELAYU DIAM KERANA TAKDA MARUAH.

    BalasPadam
  4. TENGOK GAMBAR ARWAH YANG TERAKHIR TU HEY ARWAH SERUPA MACAM MUKRIZ ANAK AWAK YANG KUAT RASUAH DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAILA HUJUNG KAKI ORANG MELAYU ORANG CINA ORANG INDIA BENCI AWAKLAH MAMAK TONGKANG MAHATHEER.

    BalasPadam