PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.
Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

[BERITA BERKAITAN:Dua mengamuk di JPM, seorang mati]
Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.
"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.
"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.
Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.
"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.
"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.
Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, cubaan membunuh polis," katanya.-Gambar dan berita Sinar Harian Online
Ribut tak ada ,angin tak ada tiba-tiba ada orang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri.Haha.Rakyat dok tunggu video Bersih 3.0 keluaran Kementerian Dalam Negeri tapi tak keluar-keluar tiba-tiba kita dikejutkan yang sebenarnya tak terkejut pun lihat 'sandiwara' ini.
Tim mana ,puak mana pulak yang akan dituduh derhaka kepada Najib,kerajaan Malaysia dan Yang di Pertuan Agong.Dulu tahun 2000 ,geng Al Maunah dituduh derhaka kepada Yang DiPertuan Agong dan mahu guling kerajaan Malaysia di zaman Tun Madey jadi PM.
Takkan dua orang nak gulingkan Najib dan Rosmah
Takkan dua orang nak gulingkan kerajaan ..biar betul
Yang ada benarnya mungkin dua orang tu mengamuk sebab tak dapat duit BR1m RM500.Orang lain dapat tapi dia tak dapat.Polis patut tanya dah dapat BR1m ka belum
Rakyat memang nak gulingkan kerajaan regim Umno-BN melalui peti undi bukan buat lawak bodoh macam ni.
Baca juga;
Polis gagalkan cubaan amuk-Utusan
Polis tembak mati penganggur mengamuk depan Jabatan Perdana Menteri-M'insider

Tiada ulasan:
Catat Ulasan