Mahkamah Ketenteraan Tunisia, menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali atas dakwaan membunuh 43 penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat negara ini pada 2011.
Hakim Hedi Ayari berkata, Ben Ali dibicarakan bersama 40 bekas pegawainya yang lain termasuk bekas Ketua Keselamatan Presiden, Jeneral Ali Seriati, yang dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Rafik Belhaj Kacem menerima 15 tahun penjara manakala seorang lagi bekas Menteri Dalam Negeri, Ahmed Friaa, bagaimanapun dibebaskan.
Semua 21 orang lagi yang menghadapi tuduhan bagaimanapun dilepaskan dengan hanya Ben Ali menerima hukuman penjara seumur hidup.
Sebelum ini, Ben Ali turut dijatuhi hukuman penjara lebih 66 tahun atas pelbagai dakwaan termasuk menyeludup dadah dan menggelapkan wang. AFP
kami akan masukkan mahatheer najib rosmah muhidin dan ibrahim ali dalam penjara dan gantung dengan tali yang dibuat daripada wang ringgit yang mereka bolot
BalasPadamKalau terbukti benar rasuah, bunuh, rompak wang rakyat dan harta negara untuk kayakan keluarga dan kroni maka wajib pemimpin yang bersalah ini dipenjarakan dan harta kekayaan dirampas dan diserahkan kepada khazanah negara! Bermula dengan pemimpin UMporno cawangan, bahagian dan MT semuanya perlu dihukum JIKA terbukti bersalah! Pastikan Mahkamah telus dan tidak berpihak seperti apa yang berlaku dalam kebanyakan kes berprofail tinggi sekarang ni.Keadilan mesti dituntut biarpun kepimpinan negara berubah! Letak jawatan, undur diri tidak menghapuskan dosa dan jenayah yang telah dilakukan semasa berkuasa!!!ABU!!! Be End is Dead!!
BalasPadam