Rabu, 4 Julai 2012

Apa kata orang Cina tentang duit BR1M RM500

Semalam dok sembang dengan seorang Cina yang tinggal di seksyen 10 Shah Alam.Dia kata dia sokong Pas dan Pakatan Rakyat.Kawasan rumah dia tinggal di kelilingi masyarakat Melayu.Dia rasa selesa dengan persekitaran kawasan perumahan dia duduk.Cina ni bukak kedai repair barang elektronik ja.Dia ada  rumah kedai yang dibeli untuk disewa sebagai pelaburan beliau masa hari tua.

Dalam dok sembang-sembang pasal politik dia sebut la pasal duit BR1M RM500 yang diungkit dalam TV3 dan RTM setiap hari dengan kata 'janji ditepati'.Cina tu kata ,"Cuba u kira balik dengan RM500 yang diberi kepada rakyat selama 54 tahun kali 12 bulan bahagi RM500 berapa sen sangat kita dapat.Tu pun bukan semua orang boleh dapat duit RM500.Cuba u kira balik apa yang kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bagi setiap bulan air percuma 20 meter padu setiap bulan selama 4 tahun PR perintah Selangor.Setiap bulan u taw kan  dapat air percuma bukan 54 tahun sekali baru dapat RM500.Nak bagi bagi la tapi tak payah la nak ungkit-ungkit suruh kita sokong BN.Ini duit rakyat bukan duit Umno-BN."

Seorang India yang bekerja dengan syarikat pelupusan sampah cerita kat saya.Beliau isi borang BR1M untuk dapat RM500 tapi tak dapat pun duit tu.Tak berapa hari beliau dapat panggilan telefon kata beliau tak layak dapat duit tu dan pemanggil telefon tu kata kat dia ,"Jangan lupa ya sokong BN.Tak dapat lagi cakap suruh undi BN.Ini macam ka."


2 ulasan:

  1. hahaha..siap suh undi BN lg tu..desperado btul puak2 sakai nih..hoi! tu duit rakyat bahalol..yang p msukkan agnda politik sekali apa kes? kejadahnya???

    BalasPadam
  2. UMNO BN ni memanglah dasar muka tak malu. Duit pembayar cukai dia buat macam dia punya.Siap suh sokong dia lagi. Pooodah!! Bungkuslah ko UMNO BN PRU 13 nanti!

    BalasPadam