Selasa, 24 Julai 2012

Sukan Olimpik hina Islam kerana buat di bulan puasa

Ada mufti dan ustaz keluar fatwa kata peserta sukan olimpik Malaysia tak payah puasa kerana bermusafir ke UK untuk bertanding dalam sukan olimpik untuk dapat pingat emas,takut kena boikot kalau tak sertai sukan olimpik malah kalau puasa boleh jejas untuk menang!

Perancangan untuk buat sukan olimpik ini ambil masa bukan dua tiga bulan tapi makan tahun dan sudah tentu pihak penganjur dah belek tengok kalendar dan mereka pun tahu kata bulan Julai dan Ogos 2012 ialah bulan bagi umat Islam berpuasa ikut kalendar masihi.Bukan depa tak tau tapi ini perancangan untuk hina Islam!Takkan tak boleh buat bulan lain selepas umat Islam berpuasa.

Sukan Olimpik ni ialah sukan musim panas bagi negara Eropah.Panas ka sejuk ka mana lebih penting tuntutan agama kita dengan puak negara Eropah yang bukan Islam?

Tak ada satu negara umat Islam pun yang bantah sebab sukan olimpik dibuat di bulan puasa, malah negara umat Islam hanya berdiam diri lepas tu keluar fatwa kata tak payah posa sebab musafir dan demi nak dapat pingat emas.Nabi Muhammad SAW yang dikasihi berperang dalam perang yang dinamakan Perang Badar lawan puak penentang agama Islam ialah pada bulan Ramadhan.Adakah Nabi dan para sahabat tak posa kerana berperang di bulan Ramadhan?Sapa yang pandai sirah tolong bagi tau.

Sukan Olimpik ni pulak ada kaitan dengan agama Kristian.Cuba kita baca apa kata wikipedia mengenai sejarah sukan olimpik;

Asal sukan Olimpik tidak lagi diketahui tetapi banyak lagenda tertulis bersama sama sukan ini. Sambutan pertama Sukan Olimpik yang direkodkan adalah pada 776 SM, walaupun tarikh ini bukanlah kali pertama Sukan Olimpik diadakan. Pada masa itu, hanya satu acara dipertandingkan.
Sejak itu, sukan mula menjadi penting dalam Yunani Purba dan mencapai kegemilangannya pada abad ke-6 dan ke-5 sebelum Masihi. Olimpik juga mempunyai kepentingan agama iaitu sebagai penghormatan kepada Zeus (patung besarnya ada di bandar Olympia). Pemenang sukan ini akan dihormati dan dimasukkan ke dalam puisi dan dijadikan patung.
Sukan ini semakin hilang kepentingannya dengan penaklukan Rom ke atas Yunani (sekarang dikenali sebagai Greece). Apabila Kristian menjadi agama rasmi Empayar Rom, Sukan Olimpik dilihat festival orang tidak beragama (pagan) dan pada 393, Maharaja Theodosius mengharamkan Olimpik, dan ini menandakan berhentinya sukan Olimpik selama ribuan tahun sehinggalah diadakan semula pada abad ke-19.Baca semua di sini dan sini.
Akhir zaman memang ada macam -macam fatwa.Ada fatwa nak jaga periuk nasi ,ada fatwa demi pangkat dan kedudukan, ada fatwa nak glamour , fatwa untuk cari makan, jual agama untuk kepentingan diri.

15 ulasan:

  1. Boleh semak, Rasulullah dan sahabat tidak berpuasa semasa perang Badr.

    BalasPadam
  2. abistu pertandingan lumba lari tu berasal dri mana? dari olimpik ? so klau macam tu lumba lari ni x patut di buat la kat sukan sea ka apa ka.

    sekadar pertanyaan.

    BalasPadam
  3. Maaf Tuhan Zeus adalah Tuhan kepercayaan 'pagan' Orang Yunani. Maka, tidak betul jika dikatakan bahawa Sukan Olimpik ada kaitan dengan agama Kristian, kerana orang Kristian pun tidak mempercayai Zeus.

    BalasPadam
  4. Pasal apa kalau tak kena dgn keperluan orang Islam aje, mesti dikata sengaja nak hina Islam? Perasan sungguh! Takkan diaorg nak buat sesuatu yg sebegini besar tu semata2 utk hina Islam? Cubala pikir secara rasional sikit!

    Dalam mesyuarat masa putuskan tarikh tu, dah dibincangkan semua pro and cons, sbb tu negara islam lain tak protest. Dah paham dah!

    The thing is, di London, walaupun musim panas, cuaca baik yg sesuai untuk games ni cuma ada dalam tempoh seminggu dua aje. Kalaupun u tinggal di london the whole summer, cuma dalam tempoh sekejap ni aje, kain baju boleh kering jemur kat luar. Ini isu timing, bukannya nak hina sapa2

    BalasPadam
  5. Bismillah

    Pertama sekali sedara, saya nasihatkan diri saya dan sedara juga agar tidak tuduh sebarangan lah. Pastikan maklumat sahih dan tepat, serta penulisan tidak berbentuk menyerang tetapi lebih berbentuk menerangkan dan memberi peringatan. Kalau tulisan jenis tuduh sana sini, tak comel lah Islam digambarkan dan tidak eloklah dari segi dakwah. Andaikata saya orang Eropah yang bukan Islam & pandai berbahasa Melayu, sudah pasti aku tersinggung dengan penulisan sedara ni.

    Kedua, saya tidak setuju kenyataan sedara "Sukan Olimpik ni ialah sukan musim panas bagi negara Eropah.Panas ka sejuk ka mana lebih penting tuntutan agama kita dengan puak negara Eropah yang bukan Islam?"

    Olimpik pernah dibuat di Beijing. Beijing bukannya terletak dalam Eropah. Kalau kita kata China ikut telunjuk Eropah, saya rasa agak keterlaluan lah.

    Panas ka sejuk ka, kalau kita tak kasi dakwah, tak menerangkan kepada mereka, macam mana mereka nak tau? Bila mereka tak faham atau maklumat tak sampai atau pun memang telah ada perbincangan dengan negara Islam mengenai tarikh sesuai atau seumpamanya dan memutuskan untuk diadakan dalam bulan Ramadhan, jangan lah terus melatah dan menuduh sebarangan sebegitu. Lagilah orang bukan Islam lari daripada Islam sebab digambarkan dengan sebegitu keras dan hodoh sekali.

    Ketiga, Olimpik ada kaitan agama Kristian? Come on lah bro. Sampai ke situ jadinya? Wiki boleh percaya 100% ke sedara? Mulanya Olimpik tu, saya tak rasa agama Kristian dah wujud pun.

    Keempat, orang yang keluar fatwa ni bukan sebarangan orang. Ulama' tu, bukannya tauke kedai kopi. Mereka lebih arif dalam bab agama. Sama ada mereka ulama' baik atau jahat tu saya tak ingin ulas. Pasti mereka meneliti dahulu sebelum dikeluarkan fatwa tersebut.

    Kelima, puasa diturunkan pada tahun ke-2 Hijrah kan, Perang Badr pada Tahun 1 Hijrah kan? Fikirkan, sebenarnya puasa ke tak eh waktu tu? Perlukan pembacaan yang tepat tentang sirah. Saya pun tak arif tapi sekadar melontarkan persoalan.

    Ok? Selamat menghidupkan ramadhan.

    Wallahuaalam. Betulkan jika saya tersilap

    -Qadir-

    BalasPadam
  6. perang badar tahun pertama hijrah? lol

    BalasPadam
  7. maaf,saya rasa misai merah ni kurang pemahaman...petikan tertulis, apabila agama kristian menjadi agama rasmi rom,sukan olimpik telah pun diharamkan.ia tiada kena mengena dengan agama kristian.

    BalasPadam
  8. Ni Londonlah bukannya KL. KL mana ada class. Payah nak bincang dengan orang yang x sayang dan sensitif dengan agamanya sendiri. cakap ikut logik akal. Orang jenis nilah yang melompat & terlompat bila arsenal kalahkan malaysia. Kalau semangat bangsa x ada - jauh lagilah semangat agama. Lagipun kepala kita dah terjajah 600 tahun. Kalau dah siangmalam asyik kerja & duduk rumah tanpa pengisian agama mcmanalah nak berubah. Berubah kearah memperlekehkan agama adalah.
    Nak harap negara OIC, plastine pun x boleh apa - apa pun.

    BalasPadam
  9. ASSALAMUALAIKUM W.B.T.SAYA SEBAGAI PELAJAR ISLAM,INGIN MEMPERSILAKAN ABG2,KAKAK2 DAN ADIK2,COPY URL INI DAN LIHATNYA DLM YOUTUBE..SEMOGA DPT MEMBUKA MATA DAN HATI ANDA!BUKA MATA HATI ANDA...

    http://www.youtube.com/watch?v=S7o7NK_SvZA&feature=player_detailpage

    BalasPadam
  10. Sinar harian isnin m/surat 20 global. Konspirasi olimpik

    BalasPadam
  11. Lebih teruk islam sekarang ni apabila ade orang2 islam yg bodoh dan bangang serta bukan di kalangan orang berilmu cuba keluar fatwa sendiri mengikut otak bengap sendiri dan mengata fatwa mufti2 atau mane2 ustaz yang die x suka x betul.

    please la tolong belajar ilmu agama dulu bru nk komen atau lebih baik diam atau biar ustaz lain yg bg komen.x pyh tunjuk pandai.

    jgn kite pikir kite je nk islam tp org lain xnk.

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum w.b.t...
    sebuah hadis yang dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita.Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
    Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali".



    H.R al-Baihaqi

    Keterangan

    Kalau kita perhatikan dunia Islam pada hari ini, keadaannya tidak begitu jauh dari gambaran yang telah dinyatakan oleh Rasulullah saw. ini. Kalau belum sampai pun, ianya sudah mendekati ke sana. Ulama yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah ulama su' yang menjual agama mereka dengan mata benda dunia, bukan ulama akhirat yang mewarisi tugas para Nabi dan yang meneruskan penyebaran dakwah dari masa ke semasa.

    Renung-Renungkanlah...



    LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA
    Ertinya:
    Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara­-perkara itu ialah:

    Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha'un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

    Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

    Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

    Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

    Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri ".



    H.R Ibnu Majah

    Keterangan

    Hadis di atas rnenerangkan bahawa:

    Penyakit Thaun dan Aids adalah berpunca dari banyak berlaku perzinaan.

    Kesukaran mencari rezeki dan kezaliman pimpinan adalah berpunca daripada rakyat yang mengurangkan sukatan dan timbangan.

    Kemarau panjang adalah berpunca dari tidak megeluarkan zakat.

    Kemampuan musuh mengambil sebahagian dari apa yang dimiliki oleh kaum Muslimin (sepeti hilangnya Tanah Pelastin dari tangan kaum Muslimin) adalah berpunca daripada mereka mengkhianati janji-ianji mereka kepada Allah swt.

    Perang saudara yang berlaku di kalangan kaum Muslimin adalab berpunca daripada mengenepikan hukum­hukum Allah swt. dan tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai undang-undang di dalam kehidupan.


    Rasulullah s.a.w. kita pun semasa zaman baginda tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat dan kasar untuk menegur umatnya ,walaupun orang itu bukan ISLAM..Apatah lagi org ISLAM...

    WALLAHUALAM...

    BalasPadam
  13. Perang Badar lain, berperang ke jalan Allah tapi olimpik lain sukan lebih kepada glamour dan kejar nama bukan niat kerana Allah..olimpik 2012 memang terang dan nyata freemason di kesampingkan sekali serta mereka langsung tidak menghormati orang Islam yang berpuasa, bukan nya tiada bulan lain, kenapa masih mengambil bulan Ramadhan buat olimpik? Kenapa mereka tidak menghormati umat Islam yang menyertainya? Kenapa? Kenapa menghina dengan lakonan Nabi Musa di hanyutkan? Kenapa ada lakonan sebegini seolah olah menghina Islam? Kami menghormati agama lain tetapi mereka tidak, suka membuat provokasi..

    BalasPadam
  14. Mereka x akan redha selagi kita x ikut agama mereka

    BalasPadam