Selasa, 10 Julai 2012

Rakyat diHARAMJADAHKAN, slogan janji ditepati untuk kroni diutamakan

Saya sampai bila pun akan ingat PM Najib maki peneroka Felda yang tolak penyenaraian FGVHB di pasaran saham.Yang Najib maki dengan kata HARAMJADAH tu bukan bangsa lain tapi bangsa Melayu yang juga Melayu macam Najib.Dalam dok maki Melayu tu cuba baca laporan KeadilanDaily.com dibawah.

Projek LRT Ampang:Dokumen sahkan Najib serah tender pada kroni
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, satu dokumen membuktikan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang dipengerusi Perdana Menteri telah menganugerahkan projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1.18 bilion kepada Konsortium George Kent Bhd.

Dokumen tersebut adalah keputusan mesyuarat kelima JPMK pada 21 Jun lalu dan Datuk Seri Najib Razak mempengerusikannya kerana beliau adalah Menteri Kewangan. JPMK pula adalah jawatankuasa tertinggi yang menentukan anugerah projek-projek besar kerajaan.
Dalam sidang medianya, Rafizi berkata, George Kent menawarkan kos lebih tinggi berbanding syarikat lain yang benar-benar berpengalaman untuk menjalankan kerja-kerja tambahan bagi projek LRT laluan Ampang.
Menurut beliau, syarikat menawarkan kos RM1.18 bilion sementara Balfour Beatty pula RM1.01 bilion.
“Dalam senarai syarikat pembida, Balfour Beatty menduduki senarai teratas. Syarikat ini menawarkan harga kompetetif selain benar-benar berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan LRT.
“Tetapi syarikat ini telah dinafikan kerana Datuk Seri Najib Razak mahu memberikan projek kepada syarikat rakan baiknya,” katanya di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Jelas Rafizi, Najib dalam jawatankuasa perolehan itu memutuskan untuk melantik George Kent sebagai kontraktor dan membatalkan keputusan awal jawatankuasa itu yang melantik Balfour Beatty pada 26 Januari lalu.
Keputusan itu kemudiannya dimaklumkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar melalui surat bertarikh 25 Jun 2012.
“Pendedahan keputusan JPMK mengesahkan dakwaan KEADILAN bahawa Datuk Seri Najib campur tangan dalam proses penilaian dan penganugerahan tender ini,” katanya.
Beliau juga mempertikai prosedur yang digunakan dalam Pekeliling Perbendaharaan hingga membolehkan Perdana Menteri memberikan projek kepada pembida yang menawarkan harga lebih tinggi berbanding syarikat lain.
Malah lebihan RM167 juta ada kaitan dengan pembayaran komisen kepada syarikat kroni Umno BN turut dipersoal Rafizi.
“Prosedur bahagian mana di dalam Pekeliling Perbendaharaan yang membenarkan Perdana Menteri menganugerahkan projek pada harga yang lebih tinggi iaitu lebih mahal sebanyak RM167 juta kepada pembida yang gagal penilaian teknikal dan kewangan?” soal Rafizi lagi.-Keadilandaily.com
Kalau Tun Madey jadikan anak beranaknya sebagai jutawan apa kurangnya dengan Najib.Kalau anak-anak Najib tak jadi jutawan pun kroni-kroni beliau jadi kaya dengan projek mega.Takkan la kuah gulai tak tumpah masuk dalam nasi?


Di Selangor pulak Umno Selangor dan BN kini melalak timbulkan pelbagai isu maklumlah projek-projek yang depa dok sapu berpuluh tahun dah tak dapat.Apa yang  blogger sakmongkol AK47 (Datuk Arif Sabri) kata betul.Zaman Mat Tempe jadi MB Selangor rezab tunai Selangor ialah RM800 juta tapi kini sejak PR ambil alih Selangor di bawah Tan Sri Khalid rezab tunai Selangor cecah RM2bilion.


Cuba bukak luas-luas biji mata kita negeri-negeri di bawah kuasa BN lah yang paling banyak buat hutang dengan kerajaan pusat.Pandai buat hutang liat nak bayar balik.


Mat Tempe sewaktu jadi MB di Selangor yang hanya bukak klinik cabut gigi boleh belanja buat rumah RM18 juta tapi gerombolan Umno dan MCA di Selangor tutup mata kes tersebut.Sebusuk mana pun PR perintah lagi kuat bau busuk Umno-BN yang dah berkuasa selama 54 tahun.Kalau tidak takkan Tun Madey kata Umno dah busuk sampai ke ususnya.

1 ulasan: