Rabu, 25 Julai 2012

Lagi kisah Melayu makan Melayu

Baca apa yang tersurat dan tersirat.Adakah ini suratan takdir kerana kita orang Melayu mendewa-dewakan Umno,bertuhankan Umno tapi dalam masa yang sama depa kerekah,hisap darah orang Melayu kalahkan Dracula!
Guang Eng gesa Najib perlu arah Umno Pulau Pinang kembalikan RM5juta kepada rakyat-The Malaysian Insider

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng  hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengarahkan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang untuk segera memulangkan kembali keuntungan mereka dalam penjualan tanah milik Melayu di negeri terbabit.
Lim dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, Najib perlu mengarahkan Timbalan Pengerusi Umno negeri berkenaan, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Pengarah Pilihan Raya BN negeri itu Datuk Omar Faudzar supaya memulangkan sejumlah RM5 juta yang diperolehi mereka yang bertindak selaku “broker” dalam urusan jual beli tanah melibatkan 31 pemilik tanah Melayu di Kampung Terang, Balik Pulau, Pulau Pinang.
“Walaupun tindakan kedua-dua pemimpin Umno ini tidaklah haram, tindakan mereka sebagai broker tanah untuk menjual tanah Melayu untuk keuntungan peribadi yang sepatutnya dimiliki pemilik tanah Melayu adalah tidak bermoral dan tidak berprinsip, kata Lim dan menambah,”apatah lagi apabila mereka mendakwa kononnya mempertahankan hak tanah Melayu.”
Menurut kenyataannya, Setiausaha Agung DAP itu menjelaskan, kedua-dua pemimpin berkenaan telah beroleh keuntungan melampau sehingga 57 peratus hanya dalam masa tiga bulan setengah apabila menjadi broker untuk jual beli tanah antara penduduk kampung dengan Kay Pride Sdn Bhd apabila melalui syarikat milik mereka Maison Heights Sdn Bhd.
“Tanah dipindah milik daripada 31 pemilik tanah Melayu kepada Maison Heights Sdn Bhd pada 31 Januari lalu dengan jumlah harga RM8.6 juta ... Maison Heights kemudiannya telah menjual tanah tersebut kepada Kay Pride Sdn Bhd pada 16 Mei 2012 dengan harga RM13.5 juta.
“Adakah ini caranya pemimpin Umno mempertahankan hak Melayu? ... dengan mengaut keuntungan yang sepatutnya dimiliki orang Melayu biasa?” tegasnya lagi.
Lim turut menegaskan, beliau juga masih lagi menantikan jawapan daripada kedua-dua pemimpin Umno itu bagaimana “keuntungan bernilai RM5 juta itu boleh membawa manfaat kepada pemilik tanah Melayu tersebut.”
Jelas pemimpin DAP ini lagi, Najib juga perlu tampil untuk kredibiliti Umno dengan mengarahkan kedua-dua pemimpin itu untuk memulangkan keuntungan RM5 juta yang diperoleh kepada 31 pemilik tanah Melayu.
“Jika mereka adalah broker tanah yang tulen, mereka berhak untuk mendapat komisyen pada kadar pasaran iaitu 2 peratus ataupun RM270,000 dan bukan RM5 juta ataupun kadar komisyen 57 peratus!”
Pendedahan skandal pencatutan tanah oleh pemimpin Umno ini juga jelas Lim “membuktikan kemunafikan Umno yang mewar-warkan mereka adalah pejuang hak Melayu tetapi sebenarnya merupakan penggadaikan hak mereka.”
“Ini jelas membuktikan, bukan kerajaan Pakatan Rakyat (PR), tetapi Umno sendiri yang telah menggadaikan tanah Melayu.”-The Malaysian insider

Mana dia suara mamak Melayu Penang Umno yang saban minggu berdemo bersama Perkasa di Pulau Pinang kata hak Melayu Pulau Pinang kena gadai.Bila kena atas batang hidung sendiri suara dah tak boleh keluar.Depan orang ramai melalak kata hak Melayu kena gadai ,dalam tempat VIP dok bincang gadai tanah orang Melayu.Melayu makan Melayu

1 ulasan:

  1. :




    ;



    mana itu perkasa?

    mana itu pundek 1 malaysia naina azeeeez merikan?


    pundek pundek perkasa , azeezz pukimak cakap besar

    tapi kaki songlap gerombolan gak


    pasal apa diam?


    kamu semua sundal sundal umno ke?


    gi mampos kimak punya laknat haramjadah 1 malaysia



    khong khek khuat


    .


    .

    BalasPadam