Selasa, 10 Julai 2012

Dengan kartun pun Umno dah takut

Baca apa Utusan Meloya tulih

Kartun bukan platform kutuk pemimpin

SHAH ALAM 10 Julai - Tokoh-tokoh kartunis veteran negara menasihatkan para seniman dan kartunis tidak mencampuradukkan perjuangan politik dalam karya kerana dibimbangi memberi mesej negatif kepada pembaca.
Jaafar Taib yang juga salah seorang pelopor majalah Gila-Gila berkata, kartun sepatutnya dijadikan wadah ilmu bukannya digunakan untuk mengutuk pemimpin.
“Kartunis sepatutnya berkarya untuk menyampaikan perkara-perkara yang positif. Bila ia digunakan kepada perkara negatif seperti menghina kerajaan dan pemimpin, ia ditakuti akan mengelirukan pemikiran pembaca terutamanya kanak-kanak," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama penerima Anugerah Khas Penggiat Kartun dan Penganjur Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di sini malam tadi.
Majlis anjuran Konsortium Cartoonist At Work dan Kelab Putera 1Malaysia itu memberikan anugerah kepada 10 tokoh kartunis antaranya Datuk Dr. Mohd. Nor Khalid (Datuk Lat); Hassan Abd. Muthalib; Zainal Buang Hussin; Kamn Ismail; Prof. Dr. Muliyadi Mahamood; Tan Sri Lim Kok Wing; Reggie Lee; Margaret Chelatora dan Abdul Jamil Ahmad.
Jaafar mengulas kelantangan kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dalam penghasilan karya yang mengutuk kerajaan serta tindakannya menolak anugerah yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Program Pameran Kartun dan Animasi 1Malaysia di Pasar Seni, Kuala Lumpur, 24 Jun lalu.
Sementara itu, pencetus revolusi kartun, Mior Sariman Mior Hassan atau lebih popular dengan nama Mishar berkata, golongan kartunis tidak sewajarnya mencemarkan industri tersebut dengan penghasilan karya yang menyinggung orang lain meskipun mereka bebas memilih parti politik masing-masing.
“Saya faham perjuangan politik Zunar, namun menggunakan kartun sebagai platform menyinggung hati orang lain terutamanya pemimpin adalah tidak elok.
"Lebih baik hasilkan karya yang boleh menjadi pemangkin kepada kemajuan negara," katanya. - UTUSAN

Haa taw rasa pedih, kelat dan pedas apabila pemimpin Umno kena kutuk.Puak-puak kartun ni pun kalau dah dapat sponser dapat anugerah terus tabik dan jadi kaki bodek Umno.

Padan muka Zunar tak layan anugerah yang diberikan.Zunar pernah dilokap hanya gara-gara buat buku kartun politik,buku kartun beliau dirampas,kilang cetak buku kartun beliau digeledah beliau bukan kartunis yang jenis cari makan hanya pikir pasal duit saja.Bukan semua orang boleh dibeli dengan duit dan pujuk dengan anugerah.Tabik aku kepada Zunar.

Buat kartun bantai dan kutuk pemimpin Umno kena lokap tapi buat kartun hina hukum Islam dan pemimpin lawan Umno sapa pun tak berani tegur.
Mana boleh sekat karya orang.Semua benda Umno nak sekat termasuklah kartunis lawan Umno.Umno bukan takat kawal media elektronik dan media cetak tapi dunia kartun pun Umno nak kawal.Takut tahap apa agaknya ya dengan kartun pun takut haha.

5 ulasan:

  1. bila baca berita ni, baru aku tau, rupanya, tak sangka ramai jugak kartunis malaysia yg tolol..
    apapun tahniah kpd ZUNAR krn tidak membiarkan diri anda menjadi tolol mcm yg lain.

    BalasPadam
  2. dengan bini pun takut khazanah negarah sudah masuk dalam skirt rosmah MElayu mengapa masih tidur melayu jadi bodoh era mahathir sampe sekarang mamak yang ruling kao rang marilah kita sama sama jadi nelayan.

    BalasPadam
  3. Zunar bukan mengutuk! Tapi kritik berdasakan senario dan perangai nyata pemimpin korap!kartun pun nak bodek dan ampu? Dah dah la jadi mangkuk hayun jaafar hoi!

    BalasPadam
  4. Kebolehan, kebijaksanaan & kekuatan yg Allah swt anugerahkan perlu digunapakai sewajarnya. Jika kita tak berani nk menegur pemimpin yg durhaka kpd rakyat jelata, jangan lah pulak kita menegah & memperlekehkan usaha murni yg dituntut oleh Allah swt untuk bangkit menentang pemimpin yg bersikap durjana kpd rakyat jelata. JIKA TIDAK MAMPU MENGUBAH DGN TANGAN, SILA UBAH DGN MULUT, JIKA ITU PON TK MAMPU, SEKURANG-KURANGNYA UBAH DGN HATI. ITU LAH SELEMAH-LEMAH IMAN.
    Malangnya, Jaafar Taib & konco2 nya bukan saja tk nak ubah dgn hatinya, malah ingin menegah pula seorang insan yg berani menegur pemimpin yg zalim.

    BalasPadam
  5. Kita jgn terkejut dgn ketololan atau kebijaksanaan seseorang itu. Perlu diingat, ukuran Allah ke atas insan yg paling bijaksana tidak terletak kpd segolong ijazah, sekalung anugerah atau bintang yg diperolehi seseorang itu, tapi di atas ingatnya seseorang itu kepada mati. Mungkin Jaafar Taib rasa dia akan menongkat langit dgn kedudukannya mengampu UMNO laknatullah.

    BalasPadam