Khamis, 2 September 2010

Umno Makin Takut Selepas Pas Saman Petronas

PAS dapat merasai ketakutan pemimpin Umno BN selepas Kerajaan Kelantan nekad menyaman Petronas berhubung isu royalti minyak yang tidak dibayar kepada negeri itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, ketakutan itu terserlah dalam kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan keputusan menukar wang royalti kepada wang ehsan itu adalah atas khidmat nasihat Peguam Negara.

Katanya, nampak sangat BN tidak mahu bertanggungjawab, sedangkan yang membuat keputusan adalah Kabinet BN sementara nasihat Peguam Negara itu kini sedang dicabar di mahkamah.

“Atas dasar apakah Peguam Negara tidak memberikan nasihat yang sama bagi pemberian royalti untuk negeri Sabah dan Sarawak?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily .

Di samping itu, soalnya lagi, apa pula indikator nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara untuk Kerajaan BN memulangkan wang royalti Terengganu selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Kenapa ada nasihat yang 'double standard' dalam agenda pentadbiran Peguam Negara. Apakah perundangan yang ditafsir oleh Peguam Negara sekarang dan dulu tidak sama?”

“Adakah mereka membaca dokumen perjanjian Petroleum Kelantan dengan Petronas dan akta berkenaan dengan cara yang berbeza?” tanya beliau lagi.

Yang pasti, katanya peraturan perjanjian dan akta itu tidak pernah berubah tetapi yang berubah adalah kerajaan yang memerintah.

Menurutnya, asalkan PAS memerintah sahaja, wang royalti bertukar jadi wang ehsan dan itulah yang ada dalam kamus Umno BN.

“Bila Kerajaan BN tumbang di Dun negeri, muncul pula kerajaan haram bernama Jabatan Pembangunan Persekutuan. Mana pula akta dan peraturan yang mereka guna untuk wujudkan jabatan ini,” ujarnya.

Justeru, tegasnya PAS kini yakin yang isu saman royalti itu akan dimenangi oleh Kerajaan Kelantan yang diperintah PAS.

Saman itu juga, tambahnya membuka mata rakyat dan menyampaikan kepada masyarakat dunia bahawa di Malaysia terdapat Kerajaan Persekutuan yang menzalimi rakyatnya lantaran dendam dan tidak tahan malu selepas tewas dalam pilihan raya.-Harakahdaily

2 ulasan:

  1. Kalau betul-betul UMNO berjuang untuk Melayu, kenapa berkira sangat nak beri wang royalti kat Kelantan? Bukankah di Kelantan tu, majoritinya original Melayu? Sudah-sudahlah berpolitiknya, gunakanlah sedikit keimanan yang Allah berikan kepada kamu untuk tujuan kebenaran. Kamu semua dah kaya-raya, jangan lagi menindas bangsa seagama kamu. Usia kamu pun rasanya dah tak panjang lagi, buatlah kebajikan ikhlas walaupun sedikit untuk bekalan di akhirat kelak. Kerana doa orang yang dizalimi tiada penghalang di antara mereka dan Allah. Berbuatlah kebaikan, hidup hanyalah sementara, semuanya tidak akan kekal abadi, kecuali Allah.

    BalasPadam
  2. Salam...rasa nya tindakan KERAJAAN PAS KELANTAN MEMBAWA KES INI KE MAKHAMAH biasa je... tak ada apa yang menarik pun...lagi pun KERAJAAN PUSAT dah suruh lama dulu lagi KERAJAAN PAS KELANTAN membawa kes ini ke makhamah untuk diselesaikan sekiranya tidak berpuas hati dengan apa cara sekali pun yang di laksanakan sebelum ini. Saya selaku RAKYAT MALAYSIA yang mempunyai hak untuk b'suara merasakan itu lah cara terbaik kerana kita semua sedia maklum bahawa kita semua mahu menjadi HERO...apa2 pun sebarang komen yang ada di dalam ini hendaklah diberi dengan berfikir lebih dari sekali....kerana ia mencerminkan siapa kita yang sebenarnya.

    BalasPadam