Khamis, 2 September 2010

Siapa Dr Gigi di Selangor yang jadi pemilik tanah peneroka Felda?

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor yang baru Faekah Hussin minta mantan MB Selangor Khir Toyo jangan terlalu lebih-lebih la kata orang kalau tidak....mungkin Faekah ada rahsia besar berkaitan bekas MB Selangor itu yang kini jadi Ketua Pembangkang dalam Dun Selangor.

Faekah berkata ada doktor gigi di Selangor yang jadi pemilik tanah peneroka. Siapa doktor gigi tersebut?Kata Faekah dalam laporan Malaysiakini Faekah:Lebih baik Khir Toyo diam...;

Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan.

"Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi.

Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu.

"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.Baca semua klik tajuk di atas.

1 ulasan:

  1. salam...
    sbg pemimpin, jgn salah gna kuasa..Allah bg kuasa utk mentadbir rakyat dan negeri..bkn isi poket sdiri...wallahua'lam

    BalasPadam