Sabtu, 4 September 2010

Ramai umat Islam hadir Sahur Perdana Selangor

Umat Islam daripada seluruh Selangor hadir program Sahur Perdana Selangor yang diadakan di Kompleks Belia ,Seksyen 7 Shah Alam Program yang bermula seawal 4 pagi itu dapat sambutan hebat umat Islam seluruh negeri Selangor.

Majlis tersebut sepatutnya diadakan di Masjid Negeri tapi besa la nanti Umno akan anggap ini program politik bukan agama!

Program besar itu berlaku sedikit kecacatan apabila pemimpin utama Pas dan PKR tidak dapat hadir seperti yang dijangkakan.Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Aziz, Presiden Pas Tok Guru Hadi Awang dan Anwar Ibrahim tidak hadir dalam program Sahur Perdana Selangor kerana masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan.


Mereka digantikan dengan wakil daripada Kelantan Nik Amar Nik Abdullah, wakil Anwar Ibrahim ustaz Badrulamin dan wakil Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa yang juga Timbalan Presiden Pas. MB Selangor, Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad , Exco Negeri Kedah Taulan Rasul dan wakil Pulau Pinang turut hadir meriahkan majlis yang pertama kali diadakan di Selangor itu.

Majlis Sahur Perdana Selangor dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam Negeri Selangor yang diketuai Exco Negeri Selangor Hasan Ali.

3 ulasan:

  1. salam...
    tahniah kpd Exco Kerajaan Negeri Selangor...bnyak betul prgrm yg diadakan utk rakyat slpas Pakatan Rakyaat ambil alih Selangor..mga Allah pmdhkan urusan pimpinan kt..amin ya Rabb

    BalasPadam
  2. tahniah...semoga benda2 seperti ini berterusan sampai bila2 di negeri selangor darul ehsan dan semalaysia

    BalasPadam
  3. salam... tahniah krn kejayaan ini.. sy yg menyertai program ini sgt rasa teruja tgk betapa ramai yg ikut serta.Semoga program2 sprti ini d'perbanyakkan lgi......

    BalasPadam