Khamis, 16 September 2010

'Dengar nama Perkasa pun depa dah meluat'-Dr Aziz Bari

Kata profesor Dr Abdul Aziz Bari , Ibrahim Ali Presiden Perkasa tak faham perlembagaan Malaysia.

"Perkasa juga semacam lupa bahawa Perlembagaan memberi hak bersuara selagi ia tidak meminta pemansuhan kedudukan yang sedia ada itu, termasuk Raja, bahasa dan lain-lain," ujarnya.

Walhal, katanya sesetengah isu-isu yang diwacanakan oleh rakyat, khususnya bukan Melayu tidaklah sampai pada tahap membelakangkan Perlembagaan.

Lanjutan itu, beliau mempersoal motif sebenar Ibrahim, Presiden Perkasa menggunakan media untuk meniupkan api perkauman ekstrem belakangan ini.

"Jadi, apa yang hendak dipertahankan?" soalnya.

Beliau turut mempersoal idea Ibrahim pada Ahad lalu yang mahu Perkasa mewujudkan muafakat politik baru, iaitu menerima keanggotaan bukan Melayu.

"Dengan idea ekstrem yang mereka bawa, nak kerjasama dengan bukan Melayu yang macam mana.

"Jadi, macam Perkasa nak buat kerjasama...dengar nama Perkasa pun mereka (bukan Melayu) sudah meluat," ujarnya.Baca di sini.

1 ulasan:

  1. salam...
    UMNO suka sgt ikut cara PAS bt kerja...nak bt kerjasama dgn bkn melayu...blh ke depa ni bekerjasama???sesama melayu pun asyik berkelahi shj...wallahua'lam

    BalasPadam