Sabtu, 11 September 2010

'Bila kita minta sokongan Umno'-Perkasa

Presiden Perkasa Ibrahim Ali yang diserang dan semakin disisih Umno serang balik Umno dan nafikan pertubuhan itu tak boleh hidup tanpa sokongan Umno. Ramai beranggapan Umno dan Perkasa berpisah tiada cuma takat berkelahi pun ibarat carik-carik bulu ayam lama -lama bercantum jua. Perkasa nak makan apa tanpa Umno?Kalau Brahim tak minta sokongan Umno nak minta sapa sokong Perkasa? Orang kalau tak dapat apa yang dia mau besanya dia gheyau (menangis) deras-deras untukk minta perhatian. Mungkin apa yang Brahim mau tak dipenuhi Umno tu dia dok gheyau sakan kot-kot Umno bagi apa yang dia mau.

Siapa yang tak kenal Brahim Ali ? Tok Guru Nik Aziz pun besa kata , "I know you , Ibrahim Ali". Kalau dulu Brahim Ali boleh perdayakan Pas hingga ramai orang Pas dan penyokong Pas ramai-ramai pi dengar Brahim ceramah dan undi Brahim untuk menang di Pasir Mas. Kini kalau Brahim Ali lagi sekali pi timpa cium tangan Tok Guru silap haribulan lagi sekali orang Pas pakat sokong Ibrahim Ali! Saya besa dengar Ibrahim Ali ceramah sekali dengan Mat Sabu di markaz Pas seksyen 18 , Shah Alam. Semua terkena termasuk aku! Tu zaman Brahim tak tubuh Perkasa dan sebelum pru 12 yang lalu. Ni yang kata politik hari ni berkawan esok berkelahi, lusa berkelahi tulat berkawan.

"Secara tiba-tiba PERKASA mendapat begitu banyak perhatian, (dan) ditambah lagi, dengan kenyataan Tengku Adnan dan Nazri," kata Ibrahim dalam sidang akhbar di kediamannya hari ini.

Katanya, beliau agak terkejut mendengar kenyataan setiausaha agung Umno bahawa parti itu tidak mahu mengaitkannya dengan PERKASA.

"Bila kita minta sokongan Umno?" soalnya.

Sehubungan itu, Ibrahim menjelaskan bahawa PERKASA adalah sebuah NGO yang tidak ada kena mengena dengan Umno.

"Hanya kerana mereka tidak akan menyokong kami, itu tidak bermakna kami tidak mempunyai sokongan sama sekali," tambahnya.-Malaysiakini Ibrahim: "Kenyataan Kunan, Nazri 'melucukan'.

Kata Brahim lagi dalam laporan The Malaysian Insider Amaran Perkasa: Hanya 30 peratus ahli Umno akan undi BN pru 13;

“Jangan menganggap bahawa (semua) ahli Umno akan mengundi Umno,” kata beliau pada sidang media di rumahnya di Taman Melawati di sini hari ini.

“Mungkin mereka ahli Umno tetapi mereka tiada semangat Umno,” kata Ibrahim yang juga merupakan bekas ahli Umno.

“Mereka akan mengundi mengikut arus (isu) nasional... jadi jangan memandang mudah perkara ini. Oleh itu adakah mereka akan mengundi jika menjadi ahli, tidak, tidak semestinya,” kata beliau dalam reaksi ketiganya sejak Rabu lalu ekoran pendirian terbuka Umno dan BN ke atas pertubuhan bukan kerajaan Melayu ini.


Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini merujuk kepada tindakan Pakatan Rakyat yang menggunakan senarai isu dengan baik dalam memenangi kerusi Parlimen Gombak dan Shah Alam meskipun majoriti pengundi di bahagian itu adalah ahli-ahli Umno.

“Jadi, anda bertanya (Ketua Pemuda Umno) Khairy (Jamaluddin), di mana perginya ahli-ahli Umno yang beliau bangga sangat,” soal Ibrahim seolah-olah membidas Ahli Parlimen Rembau itu.

Kedua-dua mereka terlibat dalam perang mulut sejak Jun lalu.

1 ulasan:

  1. Salam...
    depa ni dok gaduh2 syg...yg sini dok kata sana..yg sana dok kata sini..last2 xde penyelesaian...tambah kronik...pi mai pi mai tang tu...wallahua'lam

    BalasPadam