Ahad, 5 Julai 2009

Hapuskan Pula Judi, Toto, Nombor Ekor Dan Arak Di Kedah

Setelah tempat penyembelihan babi di Kg Berjaya dirobohkan dan timbulkan suasana kontroversi dikalangan masyarakat bukan Islam aku sarankan kepada kerajaan Pakatan rakyat di Kedah bertindak pula hapuskan judi empat nombor ekor, toto dan jualan arak secara terbuka di Kedah, kerana inilah sebenarnya yang masyarakat Islam maukan daripada MB Kedah yang sebenarnya.

Walaupun kerajaan pakatan di Kedah bukan kerajaan Pas tulin macam di Kelantan sememangnya inilah tuntutan Islam yang wajib dilaksanakan tanpa rasa takut dan gentar akan tentangan yang akan dihadapi. Sementara peluang masih ada dan umur masih panjang MB Kedah dan wakil rakyat Pas Kedah kena bersuara dan buka mulut bab ini dalam dewan undangan negeri Kedah. Nak tunggu apa lagi, nak tunggu kalah baru cakap nak hapuskan benda haram ni? Dah ada suara-suara yang bersungut kenapa benda2 ni semua adun2 Pas tak kata apa , dok diam macam mulut kena gam kasut tak berani nak cakap dalam dun Kedah sewaktu bersidang.

Jika dikemukakan dalam dun Kedah kita boleh tengok puak mana yang akan tentang, samaada daripada Umno atau pakatan rakyat sendiri yang akan tentang. Yang penting kena usulkan dulu dalam Dun Kedah, baru orang ramai nampak Pas Kedah ada inisiatif nak hapuskan benda yang di kutuk Allah ini. Percayalah benda baik ini akan dapat pertolongan daripada Allah seperti Kelantan yang berada seperti telor dihujung tanduk pada pru 2004 yang lalu. Pertolongan Allah yang menyebabkan Kelantan terus diperintah TGNA kerana hapuskan judi, toto dan arak daripada dijual secara terbuka. Beranikah MB Kedah dan adun2 Pas berbuat demikian?
Kalau setakat nak bangun negeri repair jalan, longkang, mini tar, buat projek perumahan, tarik pelabur tu baru sama dengan Umno-bn saja. Mesti ada kelainan daripada apa yang Umno buat.

Jadi MB dan wakil rakyat jangan jadi MB longkang dan wakil rakyat parit tapi mesti ada MB dan wakil rakyat yang bertakwa dan kesungguhan nak buat benda -benda yang ada kaitan dengan Islam. Kalau takat MB bersama rakyat turun bendang, adun bersama rakyat makan gulai kawah tu benda biasa, tak dak apa yang berubah dengan Umno, rakyat tengok sama saja cuma berkopiah putih saja yang beza dengan Umno yang berkopiah hitam. Pas Kedah takut kepada rakan kongsi biar bertempat jangan takut lebih daripada takut kepada Allah. Dah setahun lebih dah ni , rakyat Kedah dok tunggu2 benda-benda haram ni dihapuskan.Nak jawab apa di padang Mahsyar kelak kalau Allah tanya- "Hang buat apa dulu masa jadi MB", takkan nak jawab- "aku hapuskan tempat sembelih babi saja yang lain aku tak buat".

3 ulasan:

  1. Misaimerah, satu pendapat yg telus. Macamni la.. Direct. Kalau hang paham, senang. Tak dak pusing sana, pusing sini.
    Kita pun, bukannya nak mengharap apa dari MB. Kita tak minta sekupang pun dari depa. Selama ni kita jugak duk bagi derma waktu susah. Tapi, sapa tak blow bila depa dah duk kerusi empuk, habih terhebang semangat perjuangan. Semuanya hampir duk penting ke diri. Nak tegoq MB pun, ptuihh..haram...penakut piang..
    MB pulak serupa duk syok sendiri.. Sapa tegoq saja, dia kira nak bedai, bebai.. Tak ke harhu...

    BalasPadam
  2. Kat Perak hari tu hapuskan ke? Chaitttt.......tak konsistensi kau ni Misai.

    BalasPadam
  3. Tuhan dah kata haram jer lah nak takut apa..
    tuhan tahu apa yang terbaik untuk hambaNye,
    Dia yang cipta manusia dan apa undang2 yang
    manusia perlu ikut....
    @bkt gasing.

    BalasPadam