Selasa, 14 Julai 2009

PM Najib bagi amaran kepada Umno

Sewaktu PM Najib berucap dalam satu ceramah di KubangPasu, beliau meminta kepada sesiapa yang nak jadi wakil rakyat supaya buat kerja, jangan nak lobi beliau atau pegawai beliau untuk jadi calon wakil rakyat. Kata Najib-" Nak jawatan buat kerja kuat daripada sekarang".

PM Najib ajar orang Umno bekerja untuk pangkat,jawatan dan darjat bukan bekerja untuk rakyat Malaysia.. Macam kita ajar anak -anak kita -"Kau mamat kalau dapat 5A dalam UPSR tahun ni ayah hadiah PS3.Tapi kalau kau dapat C dan D ayah hantar kau sekolah agama".

One Malaysia untuk pangkat ,darjat dan jawatan .Umno didahulukan rakyat dikemudiankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan