Khamis, 2 Julai 2009

Tempat Sembelih Babi Kena Roboh, Umno Masuk Pas.

Isu tempat sembelihan babi di Alor Setar Kedah yang berlarutan hampir 30 tahun di Kedah dianggap selesai selepas tapak tersebut akan dipindahkan ke tempat lain yang lebih sesuai oleh kerajaan Pas dan pakatan rakyat di Kedah. Punca jadi riuh rendah telah dikenal pasti akibat salah faham cara pelaksanaan rumah babi itu dirobohkan.

Kesan daripada robohnya tempat sembelih babi tersebut 4 cawangan baru Pas telah ditubuhkan. Ramai orang Umno berterimakasih kepada Pas kerana berani buat benda yang Umno tak berani buat masa jadi kerajaan dulu. 30 tahun rumah babi tersebut telah wujud secara haram tapi kerajaan UBN tak berani macam kerajaan Pas Kedah buat. Daripada zaman Syed Nahar, Osman Arof, Sanusi Junid sampailah kepada Mahathir Khalid langsung tak berani bersuara nak roboh rumah babi tersebut. Sekarang di Kedah orang Umno mula buka mata bahawa Pas saja yang dapat diharapkan untuk bantu mereka.

Umno hanya pandai politikkan isu tempat sembelih babi kena roboh tapi tak pandai nak beza mana satu undang-undang kerajaan tempatan dengan mana satu isu yang patut dipolitikkan. Kalau Dap tak setuju dan orang2 Cina yang memang suka makan babi tak setuju rumah babi kena roboh itu memang betul, tapi kalu Mahathir Khalid dan Shafie Afdal yang jadi Ketua Umno Kedah pun tak setuju dengan tindakan kerajaan Pas kedah roboh rumah babi tu, ini perkara pelik!

Mahathir Khalid yang kata kerajaan pakatan di Kedah retak menunggu belah dengan isu babi ni cuba menangguk di air keruh. Tempat sembelih baru boleh dibuat di sebelah rumah Mahathir Khalid kalau beliau tentang tempat sembelih babi kena roboh.
Kepada yang berkata kerajaan Pas Kedah tak buat apa dok sibuk pasai babi kena ingat, babi pun Tuhan sebut dalam Quran bukan takat arak dan tikam nombor saja yang haram. Kalau takat buat cucuq dengan mulut sapa pun boleh buat.

1 ulasan:

  1. Woit, MB Kedah pindah tempat tu kat mana? Bila pulak MB hampa nak tamatkan lesen tempat judi tikam ekor dan jual arak. Hampa semua nak buat macam umno, biar Melayu mampus dengan judi dan minum arak. TGNA hari pertama ambil kerajaan Kelantan haramkan semua tempat judi dan minum arak. Hampa tunggu wahyu mana pulak. Dan setahun lebih dah perintah Kedah masih tak jumpa hukum.

    BalasPadam