Isnin, 27 Julai 2009

Rakyat Sabah dan Sarawak Gugat Pakatan Rakyat di Selangor?

Dalam sembang-sembang petang berkata seorang kawan yang bercerita tentang masa depan Pakatan Rakyat di Selangor. Kata beliau di Selangor sekarang ada ramai orang Sabah dan Sarawak yang cari makan berjumlah tak kurang daripada 40,000 orang. Kata beliau- "Selangor bukan setakat jadi 'Syurga' kepada pendatang asing tanpa izin(PATI) dan juga pendatang asing yang ada permit tapi juga menjadi tempat penghijrahan rakyat Sabah dan Sarawak untuk bekerja di Selangor. Dianggarkan seramai 40,000 orang rakyat Sabah dan Sarawak bekerja di Selangor, dan mereka ini layak untuk mengundi dalam pru-13 akan datang."


Rakyat Sabah dan Sarawak ini sudah tentu akan mengundi di tempat baru mereka, Selangor dan mereka berhak untuk tukar tempat mengundi , kerana itu dibolehkan oleh SPR. Jumlah ini dikatakan akan bertambah menjelang pru-13 akan datang. Rakyat Sabah dan Sarawak merupakan pengundi 'tegar' BN dan mereka ini dijangka akan membantu kemenangan BN di Selangor dalam pru akan datang. Sabah -Sarawak adalah penyambung talian hayat BN dalam pru-12 yang lalu untuk terus kuasai Kerajaan Persekutuan.

Kelalaian akan mengundang bencana kepada Pakatan Rakyat.

2 ulasan:

  1. Terima kaseh saudara Misai Merah. Maklumat ini sungguh mensyahwat sekali. Saya akan hantar memo ke Putrajaya untuk tindakan SPR.

    BalasPadam
  2. Wow....Suatu penghinaan yang jelas dan terang2an kepada sekalian penduduk Sabah dan Sarawak. Suatu cubaan untuk menanamkan sifat dan rasa benci kepada rakan senegara dari Malaysia Barat.

    Mungkin selepas ini, kerajaan negeri pimpinan PR akan meminta mana2 penduduk di Selangor yang berasal dari Sabah dan Sarawak memakai gelang lengan untuk tanda pengenalan.

    Jangan risau....penghinaan ini agak samar2 maka dibenarkan oleh Islam (fatwa P#*)

    BalasPadam