Selasa, 14 Julai 2009

PM Dan Rosmah Ke Sidang NAM, Muhyidin Tanggung Malu

PM Najib dan bininya telah berlepas ke Mesir untuk hadiri Sidang Nam tanpa sempat mengulas keputusan Prk Manek Urai yang dimenangi calon Pas , Abe Uji dengan majoriti tipis 65 undi. Tinggallah TPM Muhyidin menggalas tugas PM untuk dua hari dan jawab segala ulasan kekalahan Bn di Manek Urai. Najib dah tahu keputusan Prk Manek Urai, ini berikutan semua pemimpin umno dan menteri umno dah pulang awal dan tidak berada di pusat pengiraan undi termasuk calon Bn , Tuan Aziz Tuan Mat.

Muhyidin yang yakin BN akan menang pada mulanya dan berjanji akan jadikan Manek Urai sebagai 'anak emas' dan berjanji buat jambatan di Manek Urai berharga RM7 juta kena tunaikan janjinya kerana peti undi tempat nak dibina jambatan itu Umno telah menang.

Kemenangan tipis Pas di Manek Urai mengikut jejak langkah kekalahan tipis Pas dalam prk Dun Pengkalan Pasir di mana Pas turut kalah tipis di dun tersebut.Pas agak sukar untuk menang dalam setiap prk yang diadakan di Kelantan. Kekuatan bala jentera BN yang disertai jentera kerajaan pusat seperti Kesedar dan agensi kerajaan persekutuan di Kelantan seakan-akan memihak BN dalam keputusan PRK Manek Urai

Tun Mahathir pernah berkata satu undi pun dikira menang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan