Ahad, 19 Julai 2009

Komen Menarik Pasca Prk Manek Urai

Dr Aisar Yee Abdullah dalam kolumnya di Sinar Harian mengupas tentang Umno dan Pas yang boleh dianggap menarik mengenai pasca prk MU. Kata beliau kepada Umno:

1-Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan sudah menoreh getah ,sudah menebas lalang dan belukar, sudah membersih perkarangan masjid dan kuburan, hasilnya belum memadai untuk meyakinkan pengundi MU.

2-Ketua Perhubungan Umno Kelantan sendiri pergi mengajar mengajar BahasaInggeris di sana dengan harapan hati ibu bapa menjadi lembut untuk mengalih angin mengundi calon BN, hasilnya masih belum cukup.

3-Rakyat Kelantan berprinsip tinggi. "Kami bayar cukai, awak bawa pembangunan! Tidak boleh ugut-ugut."

Kepada Pas Dr Aisar Yee Abdullah berkata:

1-Nik Aziz sendiri pun tidak terkecuali.Partinya pun hampir berkecai selepas selesainya Muktamar Jun lalu.Tuduh menuduh berlaku sesama saf kepimpinan dan ia terdedah untuk dieksploit oleh musuh seluasnya.

2-Kalau bukan Nik Aziz yang ingin dipertahankan di MU, sudah tentu kawasan ini jatuh ke tangan BN. Para pengundi gelisah di antara dilema ingin mempertahankan Nik Aziz atau memberi pengajaran kepada mereka yang membawa punca kepada perbalahan di dalam parti. Ada cakap-cakap bahawa biarlah Pas kalah kali ini jika itu boleh memberi kesedaran kepada PR.

3-Cadangan untuk membawa perpaduan di antara Pas dan Umno menyebabkan penyokong setia Pas di sana berpendapat tidak ada lagi perbezaan di antara Umno dan Pas. Ia membingungkan pengundi. Ini memberikan Umno senjata menangkis tohmahan sebelum ini kerana cadangan itu membersihkan 'kebatilan' Umno seperti dituduh Pas.

Aku hanya sekadar sampaikan balik apa yang disampaikan penulis dalam kolumnya di Sinar Harian untuk dijadikan renungan bersama betapa orang Pas tak dapat nak menerima UMNO sebagai rakan kongsi mereka untuk tadbir Malaysia kerana masih ingat kenangan ditendang Umno dalam kerajaan campuran dulu. Murshidul Am sendiri berkata- "dengan Umno bincang pasal politik tak boleh tapi kalau nak bincang pasal Agama boleh."

Adakah tragedi gelombang pru-11, 2004 akan berulang di Kelantan? Kepada yang kata Pas Kelantan sombong sebab terlalu lama perintah Kelantan, bagaimana pula dengan Kerajaan Pas Trengganu yang hanya dapat bertahan 4 tahun sahaja dan angkat bungkus selepas itu? Kerana apa? Takkan semuanya hanya kerana pengundi hantu Pas kalah teruk di Trengganu dalam pru-11?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan