Isnin, 20 Julai 2009

Biar Nazri saja yang bercakap

Menteri JPM, Mohd Nazri, meminta semua pihak berhenti buat spekulasi tentang kematian Teoh Beng Hock di Tingkat 5. Plaza Masalam terutamanya Lim Kit Siang kerana beliau bukanlah Ketua Pembangkang.

Kata Menteri yang jaga undang-undang tu-"Jangan alihkan isu itu menjadi isu lain, saya Menteri yang bertanggungjawab bagi undang-undang, saya tahu apa yang saya katakan dan jangan cuba mengajar saya. Saya fikir beliau (Kit Siang) yang patut tutup mulut dan tidak menjadikan isu ini sebagai isu perkauman, biar polis siasat."- Malaysiakini.

Kenapa kaitkan kematian budak Teoh tu dengan perkauman pulak? Ini soal antara SPRM dengan kematian Teoh tu saja kebetulan yang mati tu berbangsa Cina? Kalau Melayu pula yang mati dalam siasatan SPRM nak kira perkauman juga ka? Kenapa pusing tajuk jauh sangat?

Nazri juga tukang buat spekulasi, pada hari pertama budak Cina tu mati, Nazri kata, aku ulang lagi ayat Nazri ni-"Kita pun tak tahu dia (Teoh) nak terjun bangunan tu." Itu ayat bunuh diri namanya. Ini soal ketidakadilan SPRM terhadap mangsa yang jadi saksi, tidak kirala dia Melayu, Cina ataupun India.

"Saya juga pernah disiasat BPR atau SPRM pada tahun 2003."- Kata Nazri (malaysiakini). Adakah sama siasat seorang Menteri dengan seorang budak 'cikai' tu, tentu layanannya berbeza. Ia samalah seperti cerita barang hilang dalam sebuah kilang. 'Pak Guard syak barang yang hilang itu diambil oleh anak bos, macam mana 'Pak Guard' tu nak siasat agaknya?

1 ulasan:

  1. Woit, misaimerah hampa ni asyik putak berita je. carilah berita lain yg belum tersiar dlm siaran akhbar perdana. Nazri kpd SPRM. SPRM kpd Teoh. Teoh kpd Plaza Masalam. Berhenti cakap... Mati

    BalasPadam