Ahad, 12 Julai 2009

Tun Mahathir Dikecewakan PM Najib

Salah satu punca kembalinya mantan PM,Mahathir kedalam Umno ialah setelah ketiadaan mantan Pm ,PakLah yang berundur jadi Perdana Menteri Malaysia 100 hari yang lalu. Mahathir beranggapan Pm najib akan kembali meneruskan segala dasar dan idea-idea beliau semasa jadi PM dulu yang tertunggak setelah Pak Lah tidak melaksanakan Jambatan Bengkok yang menghubungkan Singapura-Malaysia setelah naik jadi PM. Mahathir pada masa itu telah memperlekehkan Pak Lah yang jadi PM kerana mengecewakannya.Kritikan pada Pak Lah sentiasa ada dalam diri Mahathir dengan menganggap kabinet Pak Lah dikuasai menantunya Khairy Jamaludin di belakang tabir.

Kini setelah Najib jadi PM, 100 hari bermacam-macam pula kritikan pedas dan perli kepada Najib dilakukan Mahathir, ada saja yang tak kena pada pandangan Mahathir pada diri PM Najib.Banyak yang buruk daripada yang positif dilakukan PM Najib kata Mahathir. Mahathir begitu marah dan kecewa kerana PPSMI yang dilaksanakan oleh beliau dulu sewaktu jadi PM telah dibatalkan oleh Najib yang akan bermula pada tahun 2012 akan datang. Najib juga akan buat "jambatan ketiga" di Johor bukannya "Jambatan Bengkok" idea Mahathir.Mahathir terus kecewa dengan Najib.Mahathir kata kabinet Najib masih ambil perasuah untuk urus kerajaan.

Sebagai reaksi kepada pembatalan PPSMI, Mahathir telah buat undian dalam blognya untuk dijadikan rujukan kepada kerajaan supaya ditarik balik pembatalan PPSMI. 85 peratus pengundi dalam blognya bersetuju supaya PPSMI diteruskan. Najib yang naik jadi PM dengan muka penuh terpalit skandal Altantuya dan skandal jual beli senjata dan kapal selam Scorpene masa jadi Menteri Pertahanan dulu cuba buat imej baru yang segala-galanya nampak baik untuk tarik balik hati rakyat yang tolak Umno-BN dalam pru-12 yang lalu. Pengumuman 11 perkara yang kononnya nampak lumayan dan digula-gulakan untuk rakyat Malaysia tak kira muda dan tua. Mahathir juga kecewa dengan penghapusan 30% ekuiti bumiputra dan DEB oleh Najib. Dalam keadaan orang Melayu masih terhencot-hencot untuk bersaing dengan kaum lain dalam bidang ekonomi Umno yang laung-laungkan perjuangkan bangsa telah menguburkan hak-hak mereka selama ini yang dah dilaksanakan sejak 30 tahun yang lalu.
Umno yang selama ini anggap "kita adalah tuan kepada negara ini" telah menjadikan orang Melayu sebagai kuli saja sekarang ini. Jurang ekonomi antara bukan bumiputra dan bumiputra akan jadi semakin melebar dengan penghapusan 30% hak-hak mereka yang tak pernah tercapai.Yang kaya pemimpin Umno dan kroninya, yang miskin adalah rakyat bawahan yang termakan gula-gula Najib.

Pengumuman projek Umno di Manek Urai sebanyak Rm 25 juta baru sejuta lebih daripada nilai rumah Khir Toyo di Shah Alam yang berharga Rm 24 juta. Janji Umno di Manek Urai itu akan tamat sebaik saja proses pengundian di Manek Urai selesai jam 5 petang Selasa, 14 hb Julai ini. Tun Mahathir tak kempen ke di Manek Urai?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan