Khamis, 9 Julai 2009

Yang mana satu betul

Seorang penyokong kerajaan perpaduan berkata kepada aku-"Pas sikit-sikit dengar cakap Dap", kata aku kepada beliau-" mana ada, lebih baik kawan dengan Dap daripada kawan dengan Umno", aku cuba jolok beliau. Kata orang tu lagi-"Umno tak pa busu-busuk pun dia Islam".Jawab aku-"Habis dulu yang cakap Umno kafir tu sapa?" "Dulu masa tak timbul kerajaan perpaduan kenapa tak cakap Pas dengar cakap DAP? Kenapa sekarang baru cakap? Dah batal kerajaan perpaduan baru anda cakap Pas dengar cakap Dap".

Aku bukan mereka cipta isu tapi itu yang orang kuat perpaduan tu bualkan dengan aku petang tadi. Rupa-rupanya masih wujud perasaan tidak puas hati golongan dalam Pas kerana agenda kerajaan perpaduan dah batal dan tutup buku.Mereka simpan kuku buat sementara waktu , mungkin tunggu selepas keputusan PRK Manek Urai untuk serang balas golongan yang gagalkan kerajaan perpaduan jika keputusan memihak Umno (moga Umno kalah di Manek Urai).

Atas dasar apa penyokong perpaduan tu kata Pas dengar cakap Dap? Di Kedah, MB Ustaz Azizan robohkan tempat sembelih babi di Kg Berjaya , Alor Setar adakah dengar cakap Dap? Di Pulau Pinang, KM Lim Guan Eng naikkan elaun guru KAFA (sekolah agama) dengar cakap siapa?

Penyokong perpaduan itu cuba tiupkan sifat kasih sayang beliau kepada Umno, yang satu ketika dulu dibencinya.Beliau cuba mencelarukan pemikiran dalam Pas supaya lawan Dap tapi berbaik-baik dengan Umno.

1 ulasan:

  1. Woit Misaimerah, hampa tak payah layan puak2 ni habis duit hampa je. Hampa kena fikir bagaimana nak dapat projek peruntukan 5 Bilion kementerian pelajaran untuk budak sekolah mengaji sampai boleh cakap bahasa inggeris macam London. Woit hampa faham tak ni?

    Kulluhum ajmain, Manik Urai

    BalasPadam