Rabu, 22 Julai 2009

UG Dah Tutup buku Kata Cikgu Pa

Mensyuarat pimpinan Pas Pusat di Kedah pada 18, 19 dan 20 Julai telah bersetuju untuk menyelesaikan segala salah faham isu Kerajaan Perpaduan yang menjadi kontroversi kepada ahli ,penyokong dan pimpinan Pas telah berjaya diselesaikan secara kekeluargaan.
Mensyuarat itu turut membincangkan munaqasyah Ucapan Dasar Presiden dalam Muktamar Pas yang lalu.- Harakah Bil 1458. Ketika ditanya oleh wartawan harakah mengenai UG Mustafa Ali berkata-"Tentang Kerajaan Perpaduan ni kita dah tutup buku,sudah selesai dalam 'retreat' baru ini, masing-masing boleh bercakap secara terbuka dalam 'retreat' baru ni. Pimpinan pun telah jelaskan."
Sebenarnya isu kerajaan perpaduan ni dah tamat sebelum menjelang PRK Manek Urai dalam mensyuarat Pakatan Rakyat di Pejabat Pas Pusat dan diumumkan oleh Presiden Pas, isu UG ni dah digugurkan dan Pas akan terus bersama Pakatan rakyat.
Jadi semoga tidak akan ada lagi suara-suara daripada pimpinan Pas untuk buat perpaduan dengan Umno. Jika ada lagi disebut, Naib Presiden Pas , Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga jadi Ketua Disiplin Parti mesti bertindak tegas menangani isu UG ini.
Bagaimana pula dengan 'post mortem' atau bedah siasat kemenangan tipis Pas di Manek Urai? Mungkin pakar-pakar bedah Pas belum habis buat 'Post Mortem' di mana puncanya penyakit atau belum dapat kenal pasti samaada di bahagian jantung, pinggang, hati atau dibahagian mana yang perlu dirawat segera supaya tidak terus merebak dalam pru-13 akan datang.

1 ulasan:

  1. Cikgu Pa ni dah luput tarikh. Selagi ada beliau dlm parti ni, parti takat ni je lah. Zaman telah berubah. Rambut yg dulu hitam pun dah jadi puteh. Misai merah pun akan jadi kelabu.

    MENUNGGU PEMIMPIN MUTTAQIN UNTUK MEMBAWA PERUBAHAN DI NEGARA TERCINTA KE ARAH KEADILAN, KEBAJIKAN dan AMANAH.

    BalasPadam