Jumaat, 3 Julai 2009

Geng Muqabalah Mau Pas Kalah Di Manek Urai?

Siasah terbaru bil 0156 menyiarkan kolum di mukasurat 45 tulisan seorang penyokong kuat muqabalah yang menjurus kepada Pas akan kalah di Manek Urai. Penulis buat bayangan yang lebih memihak Umno dan gunakan bahasa yang agak keras walaupun kononnya itu pendapat orang lain. Kata penulis-"Kalau Pas kalah di Manek Urai terbukti pengaruh Pak Su Weil lebih hebat daripada Tok Guru Nik Aziz kerana sana-sini,hampir setiap pelusuk penjuru, Pas dok pasang gambar Menteri Besar Kelantan sahaja".

Seterusnya penulis berkata-"Sekiranya Pas Kelantan tidak over confident dan angkuh kerana Tok Guru Nik Aziz dapat bertahan selama 5 penggal menerajui Kelantan, tiada sebab untuk mereka kalah di Manek Urai. -"Sekiranya Pas kalah lagi dalam pilihanraya kecil ini, tiada maaf bagimu, kerana semua pilihanraya kecil di Semenanjung dimenangi Pakatan Rakyat,hatta di kawasan BN pun dimenangi oleh Pas, di Kuala Trengganu".

Kalau tulisan Dr Zulkifli Ahmad, MP Pas dikeluarkan daripada ruang Fikrah yang sudah dicetak kerana kononnya mengkritik idea kerajaan perpaduan, kenapa tulisan yang menyokong Umno dibenarkan dalam Siasah? Penulis seolah-olah melepas geram kepada TGNA yang gagalkan kerajaan perpaduan daripada apa yang beliau tulis dalam kolum tersebut.Apa niat penulis sebenarnya?

6 ulasan:

  1. Hampa kenal ka Suhaimi ni. Orang dari Kg Manir, sekampung dgn Harun Taib. Suhaimi ni lulusan dari universitas Kubang Lembek, Kuala Terengganu dlm bidang sains komputer. Pa Li letak dia jadi pengurus pemasaran Harakah. Tugas dia faham2 je lah. Nak berceramah tak reti jadi guna ajelah nikmat Tuhan beri dengannya yg boleh menulis utk kerja2....

    BalasPadam
  2. Damned ko org ni...A nak duduk dgn UMNO tak bleh...B nak duduk dgn UMNO...ok plak. Bknnya mcm org nk hijack agenda.

    B hentam A takper...A hentam balik B...oooooo...dosa...dosa.

    Kelakar la PAS skrg ni....kat masjid kampung2....dermalah utk Manek Urai demi menegakkan Islam sebagai teras undang2 negara. Depan PKR dan DAP lain plak citer.

    BalasPadam
  3. Org Melayu mmg bodoh berpolitik. Bila berbincang semestinya u win some u lose some bodoh. Adat..even dalam perniagaan sekalipun. Sepatutnya dalam keadaan UMNO lemah...ini lah masanya utk meletakkan demand PAS utk kebaikan ummah. Tgk org Cina...depa pun tau UMNO tgh lemah...sebahagian mereka demand dgn UMNO dgn janji setia kepada BN sementara sebahagian dari mereka demand plak dgn PR dengan janji setia. Tgk apa mereka dapat...dan tgk apa Melayu dapat.

    Tak kira UMNO ke PAS ke...selagi nama Melayu mmg sifat dendam tu tetap wujud. Patutlah nabi Muhammad tu tak diturunkan dari kalangan Melayu. Bayangkan betapa seksa dan hina nabi dilayan..smpi nak kene bunuh dan dihalau...tapi takde pun nabi pi ckp...pi mampus lah ko org Mekah. Takde nabi ckp....lingkup lah ko org Taif. Lagi nak citer pasal ulamak tu pewaris nabi....jgn pandang PRU13 saja la wahai PAS...pandang PRU20 sekali. Waktu tu ntah2 nak azan pun kene mintak permit....nak pakai tudung ke sekolah pun dah tak boleh.

    Yang lepas tu lepas lah...janji sementara UMNO lemah kita dapat kebaikan ummah. Of coz nanti bila UMNO kuat dia akan tendang hang balik. So what???? Tapi klu tak kerana hang join BN dulu kejap...tak berkumandang azan kt tv dan radio...tak berminat org dgn pemakaian tudung...tak terlintas dan serapkan nilai2 Islam. Fikirla....jgn dibuai umpan mereka didepan sedangkan dalam umpan tu ada mata kail. Ingat PRU20 atau PRU30 bkn sekadar PRU13.

    Aku tetap bersama Islam. Hidup aku dalam Islam, mati aku dalam Islam dan bangkit aku dalam Islam. Amin.

    BalasPadam
  4. Bukan tidak hormat pada TGNA tp itu merupakan muhasabah kepada orang yang minta TP PAS keluar parti dan letak jawatan Ahli Parlimen Bachok kerana salah nasihat atau pertimbangan. Kemudian terpaksa minta MAAF diatas keterlanjuran tersebut. Sepanjang kita tahu TGNA tak maksum, jd tak salah kalau ada teguran. jangan anggap semua teguran itu UMNO.

    BalasPadam
  5. Kepada tanpa nama Julai 4hb 13.01

    Nabi Mohammad SAW di turunkan di kalangan orang Melayu? baru pertama kali dengar. Dari pusat pengajian mana ni? dari U mana , tolong beri penjelasan sedikit.

    BalasPadam
  6. Bukan tidak hormat pada TGNA tp itu merupakan muhasabah kepada orang yang minta TP PAS keluar parti dan letak jawatan Ahli Parlimen Bachok kerana salah nasihat atau pertimbangan. Kemudian terpaksa minta MAAF diatas keterlanjuran tersebut. Sepanjang kita tahu TGNA tak maksum, jd tak salah kalau ada teguran. jangan anggap semua teguran itu UMNO.

    heheh . seorg lagi ahli yg pro UG

    BalasPadam