Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta Datuk Seri Lajim Ukim melepaskan jawatannya sebagai timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan serta sebagai ahli Umno.
Naib Presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin berkata, perkara itu perlu dilakukan Lajim sebagai menghormati prinsip demokrasi memandangkan perjuangan bekas ketua Umno Beaufort itu sudah lagi tidak sehaluan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Dan hak perdana menteri untuk memilih dan tentukan siapa ahli kabinetnya. Tidak ada jalan lain lebih bermaruah dan demokrasi selain daripada letak jawatan dan teruskan perjuangan dengan wadah yang dia pilih," katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa PERKASA malam tadi.
Sabtu lalu, Lajim, 57, mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi BN Beaufort berkuat kuasa serta merta. Beliau sebelum itu meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Cawangan Kerambai Kebatu.-Gambar dan berita oleh Malaysiakini
Zul Kulim hang ada maruah ka?Kerusi parlimen Kulim Bandar Baharu yang hang dok merasa makan elaun sebagai ahli parlimen tu adalah hasil rakyat yang dok lawan Umno-BN bukan daripada hasil penjilat Umno-BN.Hang ada maruah hang letak jawatan sebagai ahli parlimen Kulim Bandar Baharu.Jangan jadi kaki auta dan buat perangai 'keling'.Semua orang tau perangai hang macam mana.
Untuk pengetahuan dan sebagai tauladan Zul Kulim ni telah dipecat daripada parti PKR pada Mac 2010 kerana buat kelaku lebih kurang macam Hasan Ali kawan baik dia daripada Pas yang juga dipecat daripada parti Pas awal tahun ini.
Bila dengar Zul Kulim cakap pasal maruah rasa geli dalam perut, rasa nak termuntah pun ada.Bila dengar Zul Kulim cakap pasal maruah teringat kat penyamun dan perompak yang bagi tau kepada anak bini dia,kawan-kawan dia ,"kita hidup ni jangan jadi perompak dan penyamun tak baik makan harta orang secara tidak halal"...eeeeee nasib baik bulan posa.