Rabu, 22 Februari 2012

Mufti Perak jangan fitnah Nabi



Harussani :Nabi anjur pertahan raja, kaum-M'kini

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.


Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."

"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.


Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.


Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum, Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu.


"Salah satu wasiat raja-raja sebelum merdeka ialah selain gunung ganang, sungai atau lubuk-lubuk maka setengah daripada tanah Melayu itu mestilah hak orang Melayu, yang lain itu biarlah berebut sesama kamu," katanya lagi.

Wasiat berkenaan - dokumen yang sering didakwa sebagai asas perjanjian kepada raja-raja Melayu dalam pembentukan Persekutuan Malaysia - turut dinyatakan dalam tayangan video ketika majlis perasmian tersebut.-m'kini


Apakah yang disebut oleh mufti Perak ini benar?.Kenapa babitkan Nabi Muhammad SAW yang dikasihi untuk pertahan raja dan bangsa?Zaman Nabi mana yang pertahankan raja?Selepas nabi wafat wujudnya sistem khalifah bukan sistem beraja.


Jangan buat fitnah ,jangan jual agama, jual nama Nabi untuk kelabukan orang Islam terpikat dengan NGO Jati Hasan Ali.


Para Nabi berdakwah, mentauhidkan Allah SWT bukan pertahan mana-mana raja.Malah para Nabi berdakwah dan menghantar utusan kepada para raja yang bukan Islam supaya memeluk Islam dan yakinkan mereka akan kebesaran Allah SWT.Para nabi dan khalifah ar Rasyidin bukan duduk dalam istana raja untuk memperjuangkan Islam.


Syurga Allah SWT untuk semua kaum dan bangsa yang bertaqwa kepada Allah SWT bukan para assabiyyah, pejuang bangsa dan pejuang raja.Raja pun masuk neraka contoh macam Raja Firaun.


Lihat kepada Umno sendiri yang mengaku perjuangkan bangsa dan agama.Apa jadi?Dirembatnya tanah rezab Melayu sesuka hati, saham Melayu lesap RM52 bilion atas nama pejuang bangsa...tuihhhh! Mau haramkan pertubuhan yang guna nama Islam dalam masa yang sama mau perjuangkan Islam, hina janggut Nabi, lukis kartun persenda hukum Islam dan hukum Hudud Allah SWT.Piraaaah!


Tun Mahathir bekas PM hapus kuasa raja supaya tidak melampau dan mereka boleh didakwa di mahkamah.Yang ni saya setuju sangat-sangat apa yang Tun buat.Mungkin Harussani terlupa bahawa Tun Mahathir sendiri tidak pertahankan kuasa raja!


Baca;
Apakah Islam galakkan perjuangan perkauman?-M'kini

5 ulasan:

  1. ya Allah,masukan mereka yang menghina Nabi Muhammad ke dalam neraka dan binasakan mereka sementara masih bernyawa.

    BalasPadam
  2. harussani dgn hasang ali stim ice dulu sbelum berucap..tu sal lalok semacam.

    BalasPadam
  3. Aku do'kan agar Allah bukakan pintu HidayahNya kepada hamba-hambaNya yang dah mula menyimpang dari tugas sebenarnya sebagai seorang mufti dan lain-lainnya amin!!!!!!!!

    BalasPadam
  4. dunia dah nak kiamat bila ulamak dah jual agama untuk kesenangan dunia..

    BalasPadam
  5. nak ku kata lebih dia nie mufti... tak ku kata ku rasa bersalah. semasa aku sekolah diajar oleh ustaz bahawa Rasullah tidak disukai oleh kaum Quraish.... dan aku pernah dengar hadis yg mana rasullah pernah berkata " barang siapa yg berjuang kerana bangsa bukanlah dari umatku".... betulke tidak nie... Allahu a'lam... tlg betulkn jika silap

    BalasPadam