Jumaat, 3 Februari 2012

Tunaikan 8 tuntutan dulu sebelum tidak benarkan pengundi tak bayar cukai mengundi

Bersih bidas cadangan 'tak bayar cukai , tak boleh undi'-Malaysiakini

Cadangan menghalang rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dan tidak membayar cukai daripada mengundi adalah tidak mengikut perlembagaan, kata kumpulan pendesak reformasi pilihan raya, BERSIH 2.0.

Dalam satu kenyataan media, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata cadangan SPR itu tidak mengambil kira peruntukan dalam perlembagaan persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa setiap warganegara mempunyai hak untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya.

"Ramai rakyat yang menetap di dalam negara juga tidak membayar cukai juga ... Pesara juga ramai yang tidak membayar cukai pendapatan dan mereka yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 juga tidak perlu membayar apa-apa cukai pendapatan.

"Adakah kita akan mengecualikan semua mereka sebagai pengundi juga?" petik kenyataan itu.

Menurut jawatankuasa pemandu itu Akta Cukai Pendapatan 1967 menetapkan bahawa pendapatan yang diperolehi daripada sumber-sumber di luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai.

Justeru, BERSIH 2.0 berpendapat tindakan SPR yang tidak berperlembagaan adalah cubaan melucutkan hak mereka yang layak untuk mengundi.

Isnin lalu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof  berkata Amerika Syarikat mempunyai sistem yang sama yang hanya membenarkan warganya yang bekerja di luar negara dan membayar cukai untuk mengundi.

Katanya, hak mengundi hanya perlu diberikan kepada rakyat Malaysia yang menyumbang kepada negara dan pulang ke negara dari semasa ke semasa.-Malaysiakini


Jangan buat undang-undang baru pilihanraya...tunaikan 8 tuntutan ni dulu.Yang lain kira kemudian.8 tuntutan ini hanya jadi mimpi untuk ditunaikan.8 tuntutan rakyat tak mau buat.Yang rakyat tak tuntut yang itu nak dibuat!Kenapa berdolak dalik?Lagi banyak cakap lagi nampak belang sebenar SPR.SPR jangan jadi lembu Umno-BN.
*SPR sudah berjanji mahu guna dakwat kekal dalam pru 13.


Pengumuman: Himpunan Pilihanraya Pas Kawasan Shah Alam pada Sabtu 4 Feb.Jam 8.30 pagi.Tempat :Dewan Bunga Kertas ,TTDI Shah Alam.Sila hadir ramai-ramai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan