Khamis, 23 Februari 2012

P.Bala , Harussani dan Brahem Ali

Apabila saya tengok perangai Mufti Perak Harussani Zakaria saya teringat P.Balasubramaniam dalam kes Altantuya.Siapa yang tak kenal dengan P.Balasubramaniam penyiasat persendirian yang buat dua akuan bersumpah isu pembunuhan Altantuya yang dibom hingga berkecai pada tahun 2006 di Puncak Alam Selangor

Dalam akuan bersumpah pertama P.Bala pada 1 Julai 2008, akuan sumpah itu diikrar di hadapan pesuruhjaya sumpah Dr. T. Yokheswarem. Pada Pada 3 Julai 2009, Balasubramaniam memberi sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya mengumumkan akuan bersumpah membabitkan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan wanita MonggoliaAltantuya. Akuan bersumpah 1 dirangka bersama dengan peguamnya , Americk Singh Sidhu. Turut hadir dalam sidang media itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, peguam Americk Singh Sidhu dan Shamsul Iskandar Mat Akin.


 Pada 4 Julai 2009, akuan bersumpah ke-2 diadakan di Hotel Prince, Kuala Lumpur . Akuan ke-2 didakwa dibuat setelah berjumpa dengan Deepak Jaikishan dan Datuk VIP Melayu di The Curve, Damansara.Pertemuan itu diadakan di di luar bilik pameranVolksagen di (pusat beli-belah) The Curve pada malam 3 Julai 2008. Deepak Jaikishan , seorang ahli perniagaan permaidani didakwa (tanpa bukti yang sahih) menawarkan RM5 juta supaya menarik balik akuan bersumpah pertama.Datuk Seri Najib Tun Razak berulang kali menafikan pembabitan beliau dengan Altantuya dan spekulasi tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah. Isteri Datuk Nazim ialah pengacara rancangan Nona TV3 , yang sarat mengandung turut ada bersama.
Deepak Jaikishan didakwa mahu Balasubramaniam segera meninggalkan Malaysia sehingga Najib sah menjadi perdana menteri yang baru .Petikan wikipedia bebas.Baca di sini dan di sini.
Selepas akuan bersumpah kedua P.Bala ghaib hilangkan diri entah ke mana.
Semasa penganut agama Hindu sambut Thaipusam di Batu Caves yang turut disertai PM Najib, Mufti Perak Harussani dalam reaksi pertamanya berkata Najib gadai akidah hadir upacara Thaipusam di Batu Caves.Selepas timbul kontroversi pandangan Harussani itu, beliau keluarkan pulak kenyataan bahawa Najib tak langgar hukum syarak hadir upacara agama di Batu Caves.Awat cakap jadi gelong dan berubah-ubah?


Kini menjelang PRU 13 yang tak lama lagi semua kelaku dan perangai buruk pemimpin Umno sedang dibersihkan termasuk sekali dengan bini-bini pemimpin Umno.Presiden Perkasa Brahem Ali bela Rosmah isu cincin RM24 juta.Kata Brahem, "Cincin ni kalau RM24 juta lebih berkilo-kilo (beratnya) lebih besar dari tembikai Cina. Boleh pakai ke tidak?" -petikan Malaysiakini.Pihak kastam sendiri mengesahkan kemasukkan cincin RM24 juta atas nama Rosmah Mansor.Nampak sangat Brahem sokong demi masa depan Brahem dalam politik.

1 ulasan:

  1. brahim lepas ni boleh tukar nama kat ic..jadik brahma

    BalasPadam