Selasa, 21 Februari 2012

Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam, kata Presiden Pas

Abdul Hadi : Pas tidak jadikan Islam senjata politik-Sinar harian online


 Pas tidak pernah menjadikan Islam sebagai senjata politik untuk meraih kuasa.
Sebaliknya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang telah menjadi tanggungjawab bagi umatnya untuk berjuang menegakkan hukum Islam dalam kehidupan mereka sehari-hari, termasuk urusan politik. 
 
Sehubungan itu, menu­rutnya, tanggapan pihak tertentu bahawa parti itu menggunakan agama sebagai senjata politik, sama sekali tidak benar.
 
 “Politik adalah sebaha­gian daripada ajaran Islam, bukan sebaliknya. Kita tidak boleh mempolitikkan Islam, tetapi perlu mengislamkan politik. Siapa kata politik terpisah daripada Islam?,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menggesa pemimpin politik supaya berhenti daripada menggunakan agama sebagai senjata politik.
 
Abdul Hadi berkata, Islam sentiasa mengajar umatnya supaya ikhlas dalam melakukan sesuatu.
 
“Bukan sahaja ikhlas dalam bersolat, tetapi dalam politik juga kita perlu ikhlas. Ada orang ber­juang dalam politik hendak dapatkan nama, pangkat, projek atau harta, ini adalah tidak betul dan sudah tentu tidak dapat pahala,” katanya ketika menghadiri Majlis Pelancaran Dokumen Negara Berkebajikan dan Mesyuarat Agung Cawangan-cawangan Pas kawasan Kuala Pilah, di sini, kelmarin.-Sinar harian

Kalau tak berpolitik macammana nak pegang kuasa.Macammana nak jadi MB.Macammana nak jadi PM.Umno akan jadi PM sampai kiamat kalau kita tolak politik.

2 ulasan: