Khamis, 9 Februari 2012

Mana satu yang betul, tolong rakyat boleh bangkrap atau tolong kroni negara bangkrap?

Kata PM Najib Malaysia akan bangkrap jika buat negara berkebajikan,Dah banyak kali Najib ulang ayat yang sama macam Tun Mahathir kata Malaysia bangkrap jika buat negara berkebajikan penuh.

Adakah buat kebajikan untuk rakyat , tolong golongan miskin boleh menuju kepada bangkrap?Apa yang kita nampak sekarang berlaku di depan mata kita ialah betapa rakusnya puak-puak yang kata Malaysia akan bangkrap jika buat negara berkebajikan seleweng wang rakyat.Yang jelas Umno-Bn tolong syarikat kroni daripada bangkrap dengan bagi projek berjuta ringgit.Habis wang rakyat kena telan dengan syarikat kroni.

Adakah negara Greece di Eropah bangkrap kerana tolong rakyatnya?Tidak...tapi negara Greece bangkrap kerana rasuah dan salah guna kuasa.

 Umno guna strategi macam Amerika Syarikat untuk serang Iraq dengan berkata Iraq ada senjata kimia dan senjata pemusnah bom nuklear lalu diserang negara Iraq hingga hancur dan hingga kini tidak ada sebiji pun bom nuklear dijumpai.Kini AS mahu serang Iran pulak dengan berkata Iran negara merbahaya punyai simpanan uranium untuk buat bom nuklear.Pemimpin Iran di sama taraf dengan Hitler.Ini semua untuk halalkan serangan negara AS terhadap Iran.

Umno mahu terus berkuasa selama-lamanya sebab itu dia memperbodohkan orang Melayu dengan berkata negara bangkrap jika PR perintah.Ayat yang tak pernah lekang daripada mulut pemimpin Umno kepada orang Melayu ialah 'jika Umno hilang kuasa orang Melayu hilang segala-galanya'.Yang hilang kuasa ialah Umno bukan kita orang Melayu.PM Najib suruh rakyat berjimat cermat tapi bini sendiri didakwa boros berbelanja shopping di Australia cecah RM325,000 sehari.

Kata MB Selangor Tan Sri Khalid kepada PM Najib laporan TVSelangor.com, ""Persoalan yang ditanya rakyat Selangor dengan kebajikan diberikan Kerajaan Negeri Selangor yang ada sekarang, Adakah Selangor bangkrap? Jawapannya tidak. Jawapannya lebih baik. Sebelum kita mentadbir Selangor, rizab kita hanya kurang RM400 juta dan sekarang masuk tahun keempat kita sudah kumpulkan lebih RM1.9 billion. Empat kali ganda lebih besar. Jadi kalau Najib kata negara kebajikan maka negara bangkrap, itu kerana tak tahu mentadbir," katanya.


Ingat sampai bila-bila siapa yang kebas dan rembat RM52 bilion saham bumiputera/Melayu lepas tu kata jika tolong rakyat negara akan jadi bangkrap?Siapa yang telan dan lenyapkan Bank Bumiputera?


Baca juga;
Hutang negara dan GDP sama menjelang 2019 jika Putrajaya terus boros , kata pakar ekonomi -M'insider 10Jan 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan