Ahad, 5 Februari 2012

Pengerusi SPR tokoh Maulidur Rasul Selangor


Seramai lima tokoh diangkat menerima anugerah Khas Maulidur Rasul dalam kategori masing-masing yang didahului oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menerima anugerah Umar Abdul Aziz.
Ditemui pemberita sejurus selepas tamat majlis, Abdul Aziz menzahirkan rasa berterima kasih kepada kerajaan Selangor diatas anugerah yang diterimanya hari ini.

"Pada saya anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada saya sebagai pengerusi SPR, walaupun mungkin itu hanya sebagai salah satu faktor, pertimbangan yang besar ialah kerja-kerja sosial saya.
"Saya tidak fikir selama ini ada yang memerhati, tetapi nampaknya kerajaan negeri Selangor mengiktiraf dan menghargai saya, mungkin kerana saya pernah berkhidmat selama lapan tahun di sini (Selangor) sebagai Pegawai Kewangan Negeri saya dipilih sebagai salah satu tokoh pada hari ini,"katanya.
Beliau menerima hadiah wang tunai RM 15,000, sijil penghargaan, piala pusingan dan sepersalinan pakaian.
Manakala mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz menerima Anugerah Khalid Al-Walid.
Anugerah Imam Al-Ghazali pula diberi kepada Datuk Mohd Mokhtar Shafii, Dekan Universiti Islam Antarbangsa Malaysia (UIAM).
Pensyarah, Universiti Putra Malaysia, Prof Dr. Azizah Osman pula diangkat sebagai penerima Anugerah Saidatina Khadijah.
Masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000, sijil penghargaan, piala pusingan dan sepersalinan pakaian.
Manakala yang terakhir, bagi penerima Anugerah Saidina Ali, diterima oleh pelajar Sekolah Menengah kebangsaan Sesyen 7, Shah Alam, Nurfarah Anis Zainal Abidin dengan hadiah sejumlah RM5,000, sijil penghargaan, piala pusingan dan sepersalinan pakaian.Baca semua di sini.

SPR kini berdepan dengan tuntutan rakyat supaya tunaikan 8 tuntutan sebelum pru 13 diadakan.Satu sudah dijanjikan SPR iaitu celup jari dengan dakwat kekal.Lagi tujuh macam mana?

1 ulasan:

  1. Siapalah panel pemilih anugerah ni... Sesuai ker sifat-sifat penerima anugerah dengan sifat penama anugerah itu sendiri? Ni rasanya kerja-kerja keJAISan puak-puak JAIS dan MAIS yang telah menJAISkan anugerah tersebut.

    BalasPadam