Khamis, 10 Januari 2013

Media Umno boleh sebut apa saja nama kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat

Sewaktu saya singgah di restoran untuk secawan kopi radix malam tadi tiba-tiba terpampang berita di TV3 media Umno tu kata ,"Pihak Stadium Merdeka benarkan Himpunan Shamsidar di Stadium Merdeka.tapi hanya 30,000 orang saja."Utusan Meloya juga sebut Himpunan Shamsidar.

Ni lah tahap berita yang paling busuk dan tak ada kelas.Melepaskan geram dengan melabelkan apa saja kepada rakyat yang benci Umno-BN.Tapi apa nak heran ni lah kalau hang pa nak kenal perangai syaitan yang dikenali seperti yang diakui sendiri oleh Tun Mahathir yang kuasai politik Umno-BN termasuklah kekayaan yang dimiliki anak beranak beliau.

Rakyat berhimpun bukan kerana TGNA, bukan kerana TGHA, bukan kerana Anwar Ibrahim tapi anak muda ,orang dewasa dan kaum wanita berhimpun pada 12 Januari 2013 kerana mahukan perubahan dan tuntutan mereka didengar kerana syaitan yang dikenali pekakkan telinga, butakan mata terhadap segala kerosakan dalam pentadbiran negara dan  kaki seleweng wang rakyat.

Sebutlah dan labelkan apa saja terhadap HKR tapi yang pasti kita rakyat yang lawan Umno akan penuhkan Stadium Merdeka.Setan memang suka dengan lucah,dengan porno,dengan samseng taik kucing,Jangan layan setan kalau tidak kita pun jadi macam puak setan.

Ulama Pas bersama rakyat di HKR Sabtu ini-Harakahdaily
Dewan Ulama PAS Pusat akan turut serta dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari, Sabtu ini.

Setiausaha Dewan Ulama Dr Khairuddin At Takiri berkata ahli Ulama akan membanjiri Stadium Merdeka dengan diketuai oleh Naib Ketua Dewan Ulama Dr Mahfodz Mohamed.

Beliau juga menyeru semua rakyat yang prihatin dengan masalah negara agar turun dalam himpunan itu untuk menyatakan pandangan dan menuntut pemerintahan yang telus berasaskan Al Quran dan Sunnah.

"Keadilan adalah hak seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama, " katanya kepada Harakahdaily.

Beliau juga telah memaklumkan kepada ahli Ulama di peringkat cawangan, Dun dan kawasan untuk turun bersama pada hari bersejarah nanti. 

Hari ini, pihak pengurusan Stadium Merdeka memberi kebenaran menggunakan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Sekretariat himpunan menjangkakan sejuta peserta akan memenuhi Stadium Merdeka itu nanti.

4 ulasan:

  1. Nak minta pilihan raya bersih dan adil konon.. Pilihan kecik tahap ciput bab* pun tak dapat nak handle..

    BalasPadam
  2. aku n the gang sahkan kehadiran dan sokongan penuh...klu tgna ,tgha x arahkan pun kami tetap hadir dgn semangat x pudar

    BalasPadam
  3. Main sepak punggung kerana nak memang iphone? Tengok ni

    BalasPadam