Rabu, 29 Februari 2012

Undi Melayu pecah siapa untung?

Kecoh demo anti Lynas di Pulau Pinang:Ku Nan cakap bohong?

Antara ayat yang keluar daripada mulut puak-puak gerombolan Umno yang gatal pi kacau demo Hijau 2.0 di Pulau Pinang ialah;

Lancau ...Umno Apa? Umno tak dak lu pun tak dak tau ka? Bapa saya ahli Pas lu tau ka? Saya ahli Pas lu tau ka?Umno lu jangan maki aaaa! Puki mak hang pa! RM500 muka-muka ni pi ambik barua sial! Sapa mau kutuk Umno haaa! Tengok video di sini.

Betulkah depa orang Pas sedangkan Pas kerahkan ahlinya turun demo di Kuantan dalam himpunan hijau sampai 10,000 orang.Kalau bukan Umno kenapa bela Umno?Yang gatal pi kacau demo anti buang bahan buangan sisa radioaktif tu pasal apa?Kalau bukan Umno mungkin depa kumpulan boria yang sedang berlakon menyamar jadi Umno!

Buat kecoh di Selangor, Pahang,Melaka, Johor, Negeri Sembilan juga Umno tak mengaku.Ini kerana gejala samseng yang melanda negara ketika ini sudah menjadi satu wabak penyakit yang tak boleh diubati oleh mana-mana doktor di Malaysia.Wabak ini semakin menular lebih bahaya daripada penyakit Aids, HIV, Selsema burung, selsema ayam dan sebagainya.

Penyakit samseng politik ini hanya dapat dihapuskan dengan tolak Umno dalam pru 13 akan datang.Tangan anda yang dapat sembuhkan wabak samseng politik taik kucing ini.Pemimpin naik kerana rakyat dan pemimpin jatuh juga adalah kerana rakyat.Jangan lupa!


Umno nafi terbabit dalam kekecohan Himpunan Hijau-Malaysiakini


Sama dengan pendirian yang diambil kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Umno juga menafikan mereka terbabit dalam kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu, yang mengakibatkan dua petugas media cedera.
NONEMenurut Bernama yang memetik Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, sehingga kini, tidak ada laporan polis dibuat yang mendakwa adanya penglibatan Umno dalam kejadian itu.

"Kalau betul kita (Umno) terlibat... (Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng) mesti sudah buat laporan polis, tetapi tiada (laporan polis).

"Benda yang tiada, diada-adakan," katanya pada sidang media majlis penyerahan air mineral kepada program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, semalam.

Selasa, 28 Februari 2012

'Hasan Ali ingat kita macam duduk di Selatan Thailand'

Free Malaysia Today melaporkan Program Jati lesu Hasan salahkan Pas di Terengganu.Bila rakyat Terengganu tak bagi karpet merah kepada Jati Hasan Ali mulalah si Hasan yang gunakan agama sebagai alat peribadi beliau terus menyerang Pas di Melaka negeri yang orang kata bernafas pun berbau Umno.Tapi tu dulu Melaka pun tak lama lagi dijangka turut akan meranapkan Umno dalam pru 13 akan datang.

Kerja Hasan Ali sekarang menakut-nakutkan orang Islam dan Melayu dengan jadikan isu agama sebagai senjata untuk orang Melayu benci Pas parti yang pecat beliau Januari lalu.Kata Hasan Ali seperti yang dlaporkan sinar harian online Hasan Ali dakwa 'mungkin tiada lagi azan kumandang' jika PR berkuasa.

“Tidak mustahil azan juga akan diharamkan bila PR terus berkuasa dan Pas menyatakan apa yang hendak dibuat me­ngenai Islam mesti rujuk dulu kepada parti komponen ­dalam PR iaitu PKR dan DAP ­sedangkan ia berhubung kait agama Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Sim-­p­osium Perdana Menjunjung Daulah Islam, Perpaduan Ummah dan Selamatkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Alamanda, malam kelmarin.


Saya teringat  Dr Asri bekas mufti Perlis kata kepada Hasan Ali yang masa tu masih seorang Exco di Selangor yang minta Hasan Ali dedah nama Muslim murtad buktikan dakwaan benar, antara lain Dr Asri kata “Malanglah jika Exco agama yang memerintah negeri dengan segala dana harta dan kuasa membuat kenyataan bagaikan seorang Muslim di Selatan Thailand yang tertindas,” kata Asri lagi.
Justeru kata beliau, cara dan gaya mempertahankan Islam pada era ini memerlukan pendekatan lebih bersifat semasa dan berkesan.
Tambah beliau, sepatutnya sebagai “parti alternatif” Pakatan Rakyat mempelopori pendekatan baru yang lebih berkesan dan meninggalkan cara lama yang mungkin sudah tidak sesuai untuk era ini.
“Malangnya hal ini tidak berlaku. Menyedihkan. Orang lain tertawakan cara kita, maka jangan hairan jika ada Muslim juga yang bertambah “keliru.
“Mungkin yang hendak masuk Islam menjadi terbantut, yang lemah iman tergugat. Maka jangan hairan jika benar ada yang murtad atau yang baru masuk ingin keluar semula. Siapakah punca langsung dan tidak langsung? Berhati-hati dalam isu ini,” kata beliau lagi.
Hasan Ali lupa semasa zaman Umno-BN ni lah nama Islam pernah dicadangkan untuk dihapuskan daripada digunapakai oleh pertubuhan Islam nasib baik Majlis Raja-Raja Melayu yang jadi Ketua Agama Islam tolak kalau dengar cakap Umno masa tu habislah nama Islam pada pertubuhan yang guna nama Islam.Nasib baik yang dengar ceramah Asan Ali tu orang Umno yang lupa sejarah!

Di Selangor semasa Umno-BN berkuasa dulu roboh surau di Bangi, kunci surau tutup surau di seksyen 8, Shah Alam jadi macammana nak azan!

Saya yakin jika Hasan Ali berterusan menakut-nakutkan orang Islam dengan Islam satu hari nanti Allah SWT akan tetap membalasnya.Logo Jati sendiri dah macam logo puak Setan siapa sangka boleh jadi macam ni?Teruskanlah agenda bercakap bohong ,kini dimana-mana pun orangramai mula pertikai percakapan Hasan banyak bohong daripada yang benar.Bak kata orang bohongnya semakin menjadi-jadi sebab dia rasa seronok kerana dia ingat rakyat percaya apa saja yang beliau kata.Betullah kata seorang ustaz dalam masjid ada orang seronok dapat PHD.Malah lagi seronok kalau ada dua PHD!

Akhbar MCA berani hina Islam sebab ada lesen besar

Seperti yang kita semua tahu akhbar The Star ialah milik parti MCA kawan karib Umno.Bukan takat akhbar itu yang suka persendakan Islam malah Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri dah banyak kali celupar terhadap Islam.

Dulu akhbar Harakah dan Suara Keadilan pernah digantung permit penerbitan akibat dendam politik Umno-Bn  yang tak ada langsung kaitan dengan hina Islam.Hingga kini akhbar suara Keadilan tak diberi permit semula.

Utusan Malaysia juga pernah siarkan kartun buat lawak hina hukum Islam.Jadi apa kita nak hairan kalau akhbar The Star yang celaka tu suka buat kerja bagi umat Islam marah?Berani KDN gantung akhbar The Star?

Berkaitan;
'Tatu Allah' di dada artis:KDN minta penjelasan The Star-M'kini
Star jangan buat silap kemudian minta maaf-Harakahdaily
'Tatu Allah':Mufti gesa KDN gantung The Star-M'kini

Lagi pendedahan Rafizi isu NFC Corp seleweng duit rakyat RM250 juta


KEADILAN hari ini mendedahkan National Feedlot Corporation(NFCorp) turut terlibat dalam perniagaan pasaraya mewah di Singapura, selain tiga buah restoran dan pelaburan RM44 juta kondominium  di republik  itu.
Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, perniagaan itu dikendalikan syarikat Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang dimiliki suami Datuk Seri Shahrizat Jalil – Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan dua anak mereka, Wan Shahinur Izram Salleh dan Wan Izrarana Fatimah Zabedah.
Siasatannya  mendapati Farmhouse Supermarkets Pte Ltd  menjadi penyewa utama kepada kompleks pasaraya mewah Star Vista, di kawasan elit berdekatan Nanyang Technology University.
“Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini, apabila kompleks Star Vista siap,” jelas beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Syarikat itu juga, katanya, telah menandatangani perjanjian sewaan dengan pemaju, CapitalMalls bagi 28 unit ruang kedai di kompleks tersebut.

Isnin, 27 Februari 2012

Najib kata Umno-BN dah insaf tapi kegiatan samseng Umno semakin menjadi-jadi

PM Najib dah insaf dah woiii.Boleh percaya ka bila lidah tak ada tulang berkata-kata dengan janji manis tak akan ulangi kesilapan di Selangor.Semua orang boleh janji manis lebih daripada gula sementara nak dapat balik Selangor dalam genggaman.Mau Umno tak nak ambik balik Selangor tambah-tambah MB Selangor dok ulang-ulang kata aset kerajaan negeri Selangor sekarang cecah RM2 bilion.Negeri Selangor negeri paling maju dan kaya dalam Malaysia.

Kalau Umno-Bn dapat balik Selangor habis aset kerajaan negeri kena kebas dan kena rembat.Tu yang galak sangat berjanji manis tu!Kata PM Najib, "Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi,". Baca di sini.

Betul ka dah insaf?Saya tengok apabila Umno kalah di Selangor  kegiatan gangsterisme semakin menjadi-jadi dengan kacau ceramah PR dengan tujuan untuk timbulkan ketakutan di kalangan rakyat Selangor.Sejak tewas pru 2008 hingga kini dah dekat pilihanraya tak habis-habis samseng Umno dibiarkan bermaharajela buat kerja gila huru-harakan ceramah PR.Insaf apa macam ni?Ceramah sendiri tak dapat sambutan dan tak ada sapa pun nak kacau dok sibuk dengan ceramah parti lawan buat apa?

Lagi satu muka mana yang layak jadi MB Selangor di kalangan Umno Selangor?Takkan Ezam Mat Nor, takkan Noh Omar?Umno Selangor pulun nak ambik balik Selangor kerana kini sumber kewangan Umno Selangor, kantong pemimpin Umno semakin kering kontang.Jika pru 13 tak dapat juga tawan Selangor dan saya yakin depa tak akan dapat ambik balik Selangor insyaAllah, maka muflislah Umno dunia akhirat.

Amat menghairankan makin kata dah insaf kini bukan takat di Selangor malah 1Malaysia Umno mengganas kacau ceramah parti lawan.Tak ada seorang pun pemimpin Umno atas dan bawah kritik kerja gila ini bahkan mereka rasa bangga dapatkan patahkan tulang, baling kerusi,tumbuk wartawan,pecah cermin kereta, baling batu, baling telor ayam kemuruk kepada pemimpin parti lawan.Mau kah rakyat Selangor angkat puak samseng ni perintah Selangor?


Senang-senang parti lawan buat ceramah, buat demo depa mai suruh stop berlagak kalahkan polis lagi.Selagi perangai Abu Lahab dan Abu Jahal ni diteruskan oleh samseng Umno dengan restu pemimpin mereka semakin jauhlah rakyat Selangor daripada Umno.Rakyat Selangor tak dungu dan bodoh nak pilih Umno berkuasa di Selangor.


Cuba tengok perangai puak mamak Umno di Pulau Pinang kacau demo hijau 2.0 di sini.Memalukan!

Ketua Jati busuk hati

Saya sikit pun tak terkejut apabila Pertubuhan Jati Hasan Ali buat logo yang dikritik orangramai kerana sama dengan logo puak Setan .Ini sebenarnya menggambarkan bahawa itulah sebenarnya apa yang ada kepada ketua Jati yang berselindung di sebalik Islam, Melayu, Raja (IMR).Atas dunia lagi Allah SWT sedang membicarakan beliau.

Sinar harian online melaporkan Hasan Ali ramal Pas kalah teruk dalam pru 13 akan datang.Hasan juga kata sebaliknya Dap dan PKR akan menang besar.Hasan seolah-olah berdoa parti Islam kalah dan mau main tom-tom bak mak yong didik agar Pas, PKR dan Dap berpecah.Jika ini berlaku Umno akan berkuasa sampai kiamat! Lagu kitar semula Umno yang dimainkan Hasan Ali ialah 'Pas Kuda Dap'.Mungkin Umno menyanyi lagu tu tak berapa sedap tapi bila Hasan yang rajin berselawat atas Nabi bawa lagu tu mungkin ada yang syok dengar dan terpengaruh!

Awat Hasan suka tengok Pas kalah dan berpecah?Pertamanya dendam Hasan kepada Pas kerana beliau tak jangka Pas akan pecat beliau.Bila kena pecat baru nampak rupa dan kelaku sebenar Hasan Ali.Musuh Hasan kini bukan Umno, bukan ngo pro Umno yang jadi pencacai Umno tapi musuh utama Hasan kini ialah Pas.

Bila Hasan kata 'Pas kalah teruk pru 13' ada orang hantar sms kat saya berbunyi ;

"Hasan Ali ramal Pas kalah teruk..ha ha hati kalau dah sakit apa pon orang buat semua tak betoi..dalam Pas hari tu ramal BN kalah teruk".

Minta Perkasa dan Jati demo depan pejabat akhbar the star milik MCA.Baca di sini.Kenapa Jati  tidak kutuk dan berdemo bila askar Amerika Syarikat bakar Al-Quran di pengkalan tentera AS di Afghanistan?Kata mahu pertahankan Islam?

Pemuda Umno dan Perkasa buat kacau himpunan hijau 2.0 di Pulau Pinang


Himpunan Hjau di Pulau Pinang diganggu-Malaysiakini

Semua Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di seluruh negara bagi membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang berjalan lancar kecuali di Pulau Pinang.




Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.

Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan  melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Kira-kira 500 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat”.



Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan radioaktif.

Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran.

Wartawan dibelasah

Apabila mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.

Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.

Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.
Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.
penang crime police lim guan eng event pc 260908 ayub yaakobMereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai.
Sementara itu, menurut laporanBenama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya.

NONETidak seperti Pulau Pinang, perhimpunan solidariti di bandar-bandar utama tempat lain berjalan dengan lancar.Baca juga di sini.

Ahad, 26 Februari 2012

Isu LYNAS:Najib kena ingat nyawa rakyat Gebeng tak dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia!

Najib:Fakta saintifik buktikan loji Lynas selamat-M'kini

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

najib at mca youth agmPerdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

"Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan, di Sekinchan, hari ini.

Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.

"Dan kita tidak akan beri lesen operasi melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat,” katanya.-m'kini


Adakah kerajaan Australia tempat asal nak buang sisa buangan radiokatif tu tak buat kajian hingga projek merbahaya ni boleh pindah ke Gebeng, Pahang?Apakah kajian saintifik Australia kata 'good' cuma kami nak pindah ke Malaysia bagi rakyat Malaysia dapat loji bertuah tu?


Kalau tak bahaya kenapa pindah ke Malaysia?Soalan ni hingga kini tak terjawab.Najib tak akan dapat rasa kesan sisa buangan merbahaya ini kerana keluarga Najib bukan ada di Gebeng tapi di Putrajaya.Kalau selamat Najib buatlah sebiji bungalow mewah di tepi loji yang sedang dalam pembinaan tersebut.Buatlaa kalau berani!


Jangan kata ini isu pembangkang dan isu politik tapi ini isu nyawa yang tak  dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia! Ini isu kesihatan yang boleh bawa kecacatan kepada anak yang dalam kandungan para ibu.


Rakyat pasti bangkit lawan Umno-Bn macam rakyat lawan isu LYNAS dalam pru 13.Jangan ingat rakyat dapat duit BR1M RM 500 rakyat akan sokong LYNAS dan Umno-BN.Tengok ...bagi duit RM500 pun rakyat turun bantah LYNAS demi nyawa dan keluarga mereka .Nyawa mereka , kesihatan mereka bukan harga RM500!



Sabtu, 25 Februari 2012

Menjelang pru 13 Tun Mahathir berada di depan Najib terpelanting

Banyak isu mutakhir ini  Tun Mahathir berada di depan untuk jawab isu penting negara hinggalah masalah baiah dalam Pas Tun Madey nak campur tangan.Nampak macam Najib dah terpelanting ke tepi macam tak berfungsi  sebagai PM Malaysia.

Tun Mahathir yang pernah desak Najib jangan buat pru 13 dalam masa terdekat jika Umno-Bn tidak mahu kecundang semakin bimbang Umno-BN kalah dan hilang Putrajaya.Apa yang dibimbangi Tun Mahathir sebenarnya?Apakah demi periuk nasi gerombolan Umno-BN maka Tun begitu lincah dan tak senang duduk jika Umno-BN hilang kuasa di Putrajaya.Tun Mahathir nampak dalam keadaan ketakutan.Berdiri tak kena duduk tak kena , makan pun tak lalu mandi pun tak terasa basah.Semua isu Tun nak kena pulun jawab.Pulun Tun pulun sebelum Umno-Bn hilang kuasa.

Ini menggambarkan bahawa peranan Najib sebagai PM tak dipercayai Tun Mahathir lagi untuk bawa Umno-Bn terus berkuasa.Semua gerak saraf , denyut jantungUmno-Bn dibayangi Tun Mahathir .Apa sudah jadi dengan Najib dan Timbalannya yang hanya kini sibuk tabur duit BR1M kepada rakyat menjelang pru13?

Teringat saya akan saat-saat kejatuhan regim Mubarak di Mesir tahun lalu buat segala pembaharuan ekonomi dan pentadbiran tapi akhirnya masa dan ajal kerajaan Mubarak dah sampai ahirnya tumbang menyembah bumi.Mubarak kini sedang didakwa di negaranya sendiri atas segala kezaliman yang dilakukannya semasa berkuasa dulu.Maut dah sampai dihalkum macammana nak selamat lagi?

Kini Tun jadi PM bayang-bayang dalam kerajaan PM Najib.Adakah Tun mau jadi PM sebenar sekali lagi sama macam Sultan Kedah dapat jadi Yang Di Pertuan Agong sebanyak dua kali? ha ha

Berkaitan;
Tun Mahathir:Undi sesiapa saja calon BN-sinar harian online
Tun Mahathir: Pemimpin harus jaga kepentingan pengikut, bukan kehendak peribadi-M'insider
Mahathir pertahan pelaksanaan DEB-M'insider
Dr Mahathir pertahan langkah selamatkan MAS-M'kini
Kit Siang:Tiba masa audit penuh kerugian Mahathir-M'kini

Orang Hindu datang masjid pemimpin Umno pergi kuil


Ini cerita benar bukan temberang dan fitnah.Sewaktu saya singgah di masjid Al-Falah, Sri Muda, seksyen 25 Shah Alam saya lihat dua beranak orang India beragama Hindu sedang tunggu di luar ruang dewan solat.Saya tanya kepada lelaki India tu, "Maacha tunggu apa kat sini?"Lelaki India yang bekerja sebagai Pak Guard tu kata, "Tunggu imam." Saya kata, "Nak buat apa tunggu imam?" Lalu lelaki India tu pun cerita kat saya,;

"Dah banyak malam anak saya ni tak mau tidur malam.Menangis saja .Sana tunjuk sini tunjuk.Saya punya anak kata ada suara panggil-panggil ajak keluar rumah.Lepas tu dia nangis.Sekarang saya mari sini mau jumpa imam kasi tolong saya la.Saya juga ada bawa air botol mau kasi imam baca la."Saya kata kat orang India tu, "maacha tunggu sini nanti saya jumpa imam kasi tau."

Lepas solat Isyaa imam tolong buat air penawar untuk dua beranak tu.Lepas tu saya kata kat imam, "Orang Hindu mai masjid minta tolong pemimpin Umno pulak  ke Batu Caves sambut Thaipusam."


Jumaat, 24 Februari 2012

Himpunan Hijau pindah ke Padang MPK 4

Himpunan Hijau 2.0 telah berjaya mencapai kata sepakat dengan polis hari ini untuk memindahkan perhimpunan mereka ke padang MPKT 4 Kemunting, kira-kira setengah kilometer dari tapak asal himpunan.


Dalam pertemuan antara jawatankuasa Himpunan Hijau 2.0 itu dengan Ketua Polis Negeri,  Datuk Sharifudin  dan Ketua Polis Kuantan, Tuan Jasmani, polis memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini.

Kata sepakat itu dicapai dalam perjumpaan yang diadakan di Balai Polis Kuantan jam 10 pagi tadi dengan disertai oleh lima wakil Himpunan Hijau.

Antaranya adalah Fauziah Salleh (anggota Parlimen Kuantan), Mahmud Yaakob, Wong Tak dan Clement Chin.

Sejak semalam, kawasan Padang MPK yang terletak di tengah bandar Kuantan telah dipagar oleh pekerja Majlis Perbandaran Kuantan.

Perhimpunan Hijau 2.0 dianjurkan bagi membantah pembinaan kilang Lynas di Gebeng akan diadakan 26 Februari (Ahad ini) mulai jam 9 pagi.

Semua rakyat dari seluruh pelosok negara diseru supaya beramai-ramai hadir dalam himpunan yang telah mendapat kebenaran dari polis ini.

Di bawah akta polis yang baru, kebenaran polis bukan lagi dinamakan permit tetapi kebenaran bertulis polis dengan syarat-syarat yang ditetapkan dari polis.

Padang MPK 4 juga dinamakan Padang Kemunting terletak di depan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan iaitu di Jalan Kuantan - Gambang.

Menurut Yang Dipertua PAS Indera Mahkota, Nasrun Amir, padang ini boleh mengisi sekitar 20,000 orang pada satu masa.-Harakahdaily



"Tidak tahulah, siapa yang kena itu rezekilah,"kata imam baling kasut



Imam pertahan tindakan baling kasut kepada hakim-Malaysiakini

Bekas imam sebuah masjid yang melontarkan kasut ke arah hakim ketika sesi Mahkamah Persekutuan Rabu lalu berkata, beliau berbuat demikian sebagai satu tanda bahawa "kehakiman negara sudah rosak."

Hoslan Hussin, 46, berkata beliau juga bertindak melontar kasutnya ke arah hakim memandangkan keadilan tidak memihak kepadanya.

"Tidak tahulah, siapa yang kena itu rezekilah," katanya sambil tersenyum ketika ditemui di satu sudut di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di Kuala Lumpur, semalam.

NONEHoslan memilih sudut berkenaan untuk mengadakan temubual – 'port' istimewanya di masjid itu yang digunakannya untuk bersembahyang sunat dan juga untuk mengajar kanak-kanak membaca al-Quran.

Berbeza dengan sudut lain di masjid berkenaan, sebahagian daripada dinding sudut berkenaan diwarnakan dengan warna hijau.

Bekas pengikut al-Arqam itu lagi turut mengakui bahawa beliau merupakan seorang penyokong PAS – parti yang disifatkannya sebagai gerakan yang mendukung kebenaran.

Beliau menerima elaun sebanyak RM450 semenjak bertugas sebagai imam rawatib di masjid tersebut, sehinggalah perkhidmatannya ditamatkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2008.

Keputusan itu juga memaksa beliau untuk mengosongkan kuarters imam yang dihuni bersama tujuh orang anaknya itu sejak 2002.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu semalam membuat laporan polis ke atas panel tiga orang hakim tersebut – Tan Sri Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriadi Halim Omar dan Datin Zaleha Zahari.

"Keputusan hakim tidak menepati keadilan mengakibatkan saya melemparkan sepatu saya kepada hakim, bukan bertujuan menghina mahkamah.

"Keputusan itu menyokong orang-orang dan pentadbir masjid yang menyelewengkan beratus ribu duit Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan yang telah dihantar kepada ketua polis negara," katanya dalam laporan polisnya.



'Saya hanya seorang imam'
Ketika ditemui, Hoslan menimbulkan semula dakwaan tersebut, yang turut dikemukakannya ke mahkamah Rabu lalu.
Mahkamah Persekutuan bagaimanapun menolak dokumen tersebut setelah dibantah oleh peguam yang mewakili MAIWP dengan alasan, dokumen tersebut tidak difailkan mengikut tertib.

"Saya hanya seorang imam sahaja. Saya tidak tahu undang-undang ini (prosedur mahkamah) semua," kata Hoslan ketika mengulas mengenai keputusan mahkamah yang menolak permohonan rayuannya semalam.

Hoslan berkata beliau juga telah menghantar laporan berhubung dakwaan tersebut ke pejabat menteri wilayah persekutuan dan juga ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Dakwaan Hoslan itu pernah mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengadakan pertemuan dengan kesemua anggota jawatankuasa masjid berkenaan pada 22 Mei 2006.

Hoslan mendakwa, kesemua anggota jawatankuasa berkenaan telah dipecat dan satu jawatankuasa baru dibentuk. Bagaimanapun, ahli jawatankuasa itu masih tidak berpuas hati dengannya apabila beliau terus menimbulkan dakwaan penyelewengan melibatkan jawatankuasa berkenaan, dakwanya.

Pihak pentadbiran masjid berkenaan juga telah mengadakan perjumpaan untuk memberi teguran kepadanya dan mendapatkan penjelasan daripada beliau pada 16 Mei 2008.

Susulan daripada pertemuan itu, pentadbiran masjid tersebut kemudiannya mencadangkan supaya perkhidmatan beliau sebagai imam ratib ditamatkan.


Tidak berpakaian rasmi

"Keputusan tersebut diambil berdasarkan pemerhatian dan penilaian terhadap beliau bagi memelihara kemuliaan jawatan imam di mata masyarakat dan menjaga nama baik masjid Ar-Rahimah," laporan itu dipetik.

Laporan JAWI ke atasnya antara lainnya mendakwa Hoslan sering tidak memakai pakaian rasmi lengkap imam dan tidak berkerjasama dengan pihak masjid dalam program yang dijalankan.

Malah, beliau juga didakwa telah memakai pakaian yang melambangkan imej parti politik dalam satu bengkel pada Mei 2008, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hoslan juga didakwa sering "berebut" dengan imam dan juga khatib jemputan untuk menjalankan tugas berkenaan – satu tindakan yang menimbulkan rasa malu di kalangan pentadbiran masjid, menurut laporan itu lagi.

Selain itu, Hoslan juga didakwa menduduki kuarters masjid tanpa kebenaran walaupun telah diberikan unit perumahan di salah satu pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kemudiannya menamatkan perkhidmatan Hoslan pada 2008 dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

NONEHoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ.

Perintah Mahkamah Tinggi pada Jun 2011 itu bagaimanapun dirayu oleh Hoslan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan itu semalam.

Hoslan tampil mewakili dirinya sendiri di mahkamah semalam dan bertindak membaling kasut berkenaan apabila mendengar keputusan tersebut yang menjadikan beliau seorang penceroboh sekiranya terus tinggal di kuarters masjid.

Hoslan yang kini tinggal di PPRT Cochrane, Kuala Lumpur berkata, apa yang diharapkannya hanyalah untuk mendapatkan kebenaran demi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapinya sebelum ini.

Beliau juga percaya bahawa tindakan yang dikenakan ke atasnya setakat ini, termasuk dihalau keluar daripada kuarters imam, adalah ekoran daripada pendedahannya berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku di masjid itu.Gambar dan berita Salhan Malaysiakini


Tolong bagi bantuan kepada imam ini.Orang macam ni patut ditolong!


PM Malaysia atau Ketua JKKK Umno?

Apabila laporan Malaysiakini Pulau MB, KM Pakatan , Najib tak profesinal kata Khalid seolah-olah menggambarkan bahawa PM Malaysia buat perangai macam ketua JKKK saja layaknya.
Adakah negeri Selangor, Kedah , Kelantan dan Pulau Pinang bukan sebahagian daripada Malaysia?

Najib juga seolah-olah tidak iktiraf pilihan rakyat di negeri-negeri yang dikuasai  PR.Kalau macam tu buat saja pejabat imigeresen di pintu masuk sempadan dan cop border pas bagi rakyat yang mau keluar masuk ke negeri-negeri yang dikuasai Umno-BN!

Perangai bodoh sombong Najib lebih teruk daripada mantan PM Tun Madey dan Pak Lah .Media  Umno dan arus perdana melaporkan sebaliknya dengan kata MB dan KM di negeri-negeri yang dikuasai PR 'tidak hadir' untuk beri gambaran negatif tapi sebenarnya tak dijemput.

Kata MB Selangor,  “Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor menyeru Perdana Menteri untuk membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN,” katanya dalam satu kenytaan media hari ini.


 “Adalah amat tidak professional untuk Perdana Menteri mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat.“Apatah lagi rakyat dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia,” katanya sambil menambah tindakan Najib itu juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin dilakukan.

Sementara lidah Umno Utusan Malaysia melaporkan Najib berkata Tak jemput bukan isu.Najib tak layak jadi PM Malaysia bahkan Presiden Umno pun tak layak hanya setakat jadi ketua JKKK dan ketua Umno cawangan saja yang layak dengan sikap bodoh sombong yang ada pada Najib! Tak tau nak beza mensyuarat Umno atau mensyuarat kerajaan.

Takkan otak sama taraf dengan kaki makan upah di bawah?Malu wooooo! Tak menghairankan jika Sabah/Sarawak yang ada bawah cengkaman BN sendiri tuntut autonomi sebab perangai pemimpin Umno memang teruk!


Khamis, 23 Februari 2012

Hina Al-Quran:Panglima jihad,pejuang akidah sila turun demo



Hina Quran: PM , Umno dicabar sertai demo Pas-M'kini


Pemuda PAS menyelar sikap perdana menteri dan menteri luar negara yang didakwa berdiam diri terhadap Amerika Syarikat dalam insiden pembakaran al-Quran di pangkalan tentera Amerika Syarikat di utara Kabul yang dikesan kelmarin.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor berkata, langsung tidak kedengaran suara Datuk Seri Najib Razak sebagai ketua negara umat Islam di negara di peringkat antarabangsa berhubung isu itu.

"Adakah kerana pemimpin negara ini takut dengan kelibat Big BrotherAmerika Syarikat atau sememangnya pemimpin negara ini tidak peka terhadap perkembangan umat Islam di seluruh dunia?" soal Riduan.
PAS dijadualkan bersama beberapa NGO Islam dan rakan Pakatan berhimpun secara aman di depan Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur esok selepas solat Jumaat.
Tindakan itu sebagai membantah tindakan tentera Amerika Syarikat membuang dan membakar al-Quran yang diambil dari perpustakaan penjara di Pangkalan Udara Afghanistan, kelmarin.-m'kini

Mana suara Perkasa...mana suara ngo Islam yang mau pertahankan Islam.Jangan hanya cakap berdegar -degar mau bela Islam tapi apabila Al-Quran dibakar oleh tentera regim Amerika Syarikat kita berdiam diri.Ini bukan isu Pas tapi isu antarabangsa , isu umat Islam di seluruh dunia.

Panglima jihad akidah, panglima jihad anti murtad sila turun.

Baling kasut demi keadilan

Imam BERSIH baling kasut ke arah hakim-M'kini

Seorang imam yang diusir dari kuarters kediamannya atas dakwaan masalah disiplin bertindak membaling kasutnya ke arah panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini.

Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.


Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

Imam berkenaan, Hoslan Hussain  yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.

Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan  kerana ia mengikut undang-undang.

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.


Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan perbicaraan mahkamah memegang Hoslan dan cuba menenangkan beliau.

Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.

Demi keadlilan
Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu berkaitan tidak dilayan.

Beliau mendakwa banyak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan berkenaan, tetapi tiada tindakan.

Malah, dakwanya, Umno turut terbabit menggunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.


Menurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.

Katanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya.

Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu pada setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.

Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lalu, katanya,
khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan.

Namun, sebaik mendengar khutbah itu Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya.-Gambar dan berita Malaysiakini

Tahniah kepada yang berani melawan.Mungkin ada yang kata imam tu seorang yang tak berakhlak.Tapi apa yang mampu dilakukannya tanpa bantuan peguam?Mana lebih besar tak bermoral dengan seleweng duit tabung masjid?Adakah bongkar kes pecah amanah dianggap langgar disiplin sementara yang tibai duit tabung masjid dianggap sebagai orang yang berakhlak?

Hakim tak pencen dapat kasut terbang, hakim pencen dapat habuan projek lebuhraya RM2.2 bilion.


'Jaga-jaga peneroka sekali dengan bulu-bulu kena jual'


Penyenaraian FGVH bahaya kepada peneroka-Ku Li 

Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat usaha kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia sesuatu yang bahaya kepada masa depan peneroka.

Ahli Parlimen Gua Musang itu yang ditemui Harakahdaily semalam berkata, beliau diberitahu banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.

Apabila terdedah di pasaran terbuka katanya, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.

Ianya akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.

"Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodoh la kalau tak jual untuk ambik kesempatan keuntungan.

"Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya!," katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.


Difahamkan, menurut pelan penyenaraian yang dijadual Mei ini, sebanyak 360,000 hektar tanah Felda Palantation dipajak kepada FGVH selama 99 tahun.

Selain kebimbangan hilang hak milik tanah, turut difahamkan Felda juga dijangka akan mengalami defisit tahunan sebanyak RM1.5 bilion apabila menyerahkan tanah kepada FGVH.

Malah, mengulas lanjut, Ku Li yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang mereka diami dan usahakan selama ini.

"Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini. Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ.
"Saya tak tahu kerajaan ada cara lain untuk menjamin hak peneroka supaya kekal, tetapi saya tak nampak," katanya yang juga presiden NGO Amanah-Harakahdaily


Isa Samad suruh semua peneroka bersetuju dengan penyenaraian FGVH di bursa saham.Ku Li kata kalau peneroka setuju semua habis.Mimpi akan jadi kenyataan.Bangun pagi semua dah kena jual.Sekali dengan bulu-bulu kutip jual.Ada peneroka setuju dengan Isa Samad demi masa depan anak cucu ha ha.Siapa kata betul Isa Samad atau Ku Li?


Siapa peneroka atau perwakilan peneroka berani lawan Isa Samad.Kalau lawan kena halau, kena maki.Kalau jadi tukang angguk semua tergadai.Semua hak peneroka barai.


Cuba jawab kenapa geran peneroka walapun dah 40 tahun tak dapat-dapat.Sebab apa?Ini caranya gerombolan senang nak rembat hak peneroka.


Hanya satu cara saja nak ajar pemerintah yang tamak dan haloba, mau kaya cepat tapi cepat juga jadi papa dengan sokong asalkan bukan Umno dalam pru 13.

P.Bala , Harussani dan Brahem Ali

Apabila saya tengok perangai Mufti Perak Harussani Zakaria saya teringat P.Balasubramaniam dalam kes Altantuya.Siapa yang tak kenal dengan P.Balasubramaniam penyiasat persendirian yang buat dua akuan bersumpah isu pembunuhan Altantuya yang dibom hingga berkecai pada tahun 2006 di Puncak Alam Selangor

Dalam akuan bersumpah pertama P.Bala pada 1 Julai 2008, akuan sumpah itu diikrar di hadapan pesuruhjaya sumpah Dr. T. Yokheswarem. Pada Pada 3 Julai 2009, Balasubramaniam memberi sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya mengumumkan akuan bersumpah membabitkan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes pembunuhan wanita MonggoliaAltantuya. Akuan bersumpah 1 dirangka bersama dengan peguamnya , Americk Singh Sidhu. Turut hadir dalam sidang media itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, peguam Americk Singh Sidhu dan Shamsul Iskandar Mat Akin.


 Pada 4 Julai 2009, akuan bersumpah ke-2 diadakan di Hotel Prince, Kuala Lumpur . Akuan ke-2 didakwa dibuat setelah berjumpa dengan Deepak Jaikishan dan Datuk VIP Melayu di The Curve, Damansara.Pertemuan itu diadakan di di luar bilik pameranVolksagen di (pusat beli-belah) The Curve pada malam 3 Julai 2008. Deepak Jaikishan , seorang ahli perniagaan permaidani didakwa (tanpa bukti yang sahih) menawarkan RM5 juta supaya menarik balik akuan bersumpah pertama.Datuk Seri Najib Tun Razak berulang kali menafikan pembabitan beliau dengan Altantuya dan spekulasi tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah. Isteri Datuk Nazim ialah pengacara rancangan Nona TV3 , yang sarat mengandung turut ada bersama.
Deepak Jaikishan didakwa mahu Balasubramaniam segera meninggalkan Malaysia sehingga Najib sah menjadi perdana menteri yang baru .Petikan wikipedia bebas.Baca di sini dan di sini.
Selepas akuan bersumpah kedua P.Bala ghaib hilangkan diri entah ke mana.
Semasa penganut agama Hindu sambut Thaipusam di Batu Caves yang turut disertai PM Najib, Mufti Perak Harussani dalam reaksi pertamanya berkata Najib gadai akidah hadir upacara Thaipusam di Batu Caves.Selepas timbul kontroversi pandangan Harussani itu, beliau keluarkan pulak kenyataan bahawa Najib tak langgar hukum syarak hadir upacara agama di Batu Caves.Awat cakap jadi gelong dan berubah-ubah?


Kini menjelang PRU 13 yang tak lama lagi semua kelaku dan perangai buruk pemimpin Umno sedang dibersihkan termasuk sekali dengan bini-bini pemimpin Umno.Presiden Perkasa Brahem Ali bela Rosmah isu cincin RM24 juta.Kata Brahem, "Cincin ni kalau RM24 juta lebih berkilo-kilo (beratnya) lebih besar dari tembikai Cina. Boleh pakai ke tidak?" -petikan Malaysiakini.Pihak kastam sendiri mengesahkan kemasukkan cincin RM24 juta atas nama Rosmah Mansor.Nampak sangat Brahem sokong demi masa depan Brahem dalam politik.

Rabu, 22 Februari 2012

Hakim kata kes sejarah boleh dibicarakan di mahkamah

Permohonan Mat Sabu batal saman fitnah ditolak-M'kini

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu - yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu - untuk membatalkan kes di mana beliau didakwa memfitnah anggota polis Bukit Kepong dan keluarga mereka dalam satu ceramah di Tasek Gelugor pada bulan Ogos.


Peguam Hanipa Maidin  yang mewakili Mat Sabu berhujah bahawa kes itu berdasarkan perspektif sejarah dan mahkamah bukan platform untuk membincangkan perkara itu.

Hanipa juga berhujah bahawa kes Mat Sabu bukan mengenai mangsa kes sejarah menuntut gantirugi.

Sebaliknya, kata beliau, ia adalah mengenai tafsiran sejarah dan mahkamah bukanlah platform untuk tujuan tersebut.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk  Mohd Amin Firdaus berkata, kes sejarah seumpama itu dibenarkan disebut dalam mahkamah.

Beliau memberi contoh kes saman Chin Peng terhadap kerajaan Malaysia untuk membenarkannya kembali ke tanahairnya.-M'kini


Kalau kes sejarah semua kira boleh naik mahkamah bagaimana dengan Prof Khoo Kay Kim yang kata Hang Tuah tak wujud kenapa tak dakwa?Dakwa la kat mahkamah.


Bagaimana dengan MB Johor Ghani Othman yang iktiraf Mat Indera sebagai pejuang Melayu Johor bukan pengganas kenapa tak dakwa?Dakwa la sama penulis buku Pengukir Melayu Johor yang turut iktiraf Mat Indera sebagai pejuang.


Ini semua tak lain tak bukan hanya modal kempen Umno dan gerombolan.Memali juga adalah sejarah, peristiwa Lubuk Merbau juga adalah sejarah.Dua tiga hari selepas semua jadi sejarah dahhh.


Makan duit NFC RM250 juta juga adalah sejarah.Tibai duit Melayu-Bumiputera RM52 bilion juga sejarah.Jambatan bengkok juga sejarah.Semuaaaa sejarah laaa.Bawa lari duit ke Australia juga sejarah.Bawa lari anak raja juga sejarah.Bawa lari duit haram ke luar negara juga sejarah.Umno kena haram juga sejarah.


Ini bukan fitnah tapi saheh.Mereka penyamun-penyamun ni tak didakwa di mahkamah.Mereka kebal.Hakim takut kepada Tun Mahathir juga adalah sejarah.Umno hilang Putrajaya juga akan jadi sejarah dalam pru 13. InsyaAllah

Mufti Perak jangan fitnah Nabi



Harussani :Nabi anjur pertahan raja, kaum-M'kini

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.


Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."

"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.


Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.


Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum, Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu.


"Salah satu wasiat raja-raja sebelum merdeka ialah selain gunung ganang, sungai atau lubuk-lubuk maka setengah daripada tanah Melayu itu mestilah hak orang Melayu, yang lain itu biarlah berebut sesama kamu," katanya lagi.

Wasiat berkenaan - dokumen yang sering didakwa sebagai asas perjanjian kepada raja-raja Melayu dalam pembentukan Persekutuan Malaysia - turut dinyatakan dalam tayangan video ketika majlis perasmian tersebut.-m'kini


Apakah yang disebut oleh mufti Perak ini benar?.Kenapa babitkan Nabi Muhammad SAW yang dikasihi untuk pertahan raja dan bangsa?Zaman Nabi mana yang pertahankan raja?Selepas nabi wafat wujudnya sistem khalifah bukan sistem beraja.


Jangan buat fitnah ,jangan jual agama, jual nama Nabi untuk kelabukan orang Islam terpikat dengan NGO Jati Hasan Ali.


Para Nabi berdakwah, mentauhidkan Allah SWT bukan pertahan mana-mana raja.Malah para Nabi berdakwah dan menghantar utusan kepada para raja yang bukan Islam supaya memeluk Islam dan yakinkan mereka akan kebesaran Allah SWT.Para nabi dan khalifah ar Rasyidin bukan duduk dalam istana raja untuk memperjuangkan Islam.


Syurga Allah SWT untuk semua kaum dan bangsa yang bertaqwa kepada Allah SWT bukan para assabiyyah, pejuang bangsa dan pejuang raja.Raja pun masuk neraka contoh macam Raja Firaun.


Lihat kepada Umno sendiri yang mengaku perjuangkan bangsa dan agama.Apa jadi?Dirembatnya tanah rezab Melayu sesuka hati, saham Melayu lesap RM52 bilion atas nama pejuang bangsa...tuihhhh! Mau haramkan pertubuhan yang guna nama Islam dalam masa yang sama mau perjuangkan Islam, hina janggut Nabi, lukis kartun persenda hukum Islam dan hukum Hudud Allah SWT.Piraaaah!


Tun Mahathir bekas PM hapus kuasa raja supaya tidak melampau dan mereka boleh didakwa di mahkamah.Yang ni saya setuju sangat-sangat apa yang Tun buat.Mungkin Harussani terlupa bahawa Tun Mahathir sendiri tidak pertahankan kuasa raja!


Baca;
Apakah Islam galakkan perjuangan perkauman?-M'kini