Jumaat, 8 Mac 2013

Apa beza penceroboh Sulu dengan samseng Umno-BN?

Bas Merdeka Rakyat dibaling batu,Anwar kena serpihan kaca-Keadilandaily.com

BUKIT KATIL 8 MAC: Berpuluh-puluh samseng Umno BN bertindak liar apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil di sini, malam tadi.
y5Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, empat cermin bas yang dinaiki Datuk Seri Anwar Ibrahim, pecah dibaling batu, malah Ketua Umum KEADILAN itu juga terkena serpihan kaca.
“Alhamdulillah – selamat. Hanya serpihan kaca. Serangan samseng Umno di depan polis,” tulisnya pada twitter tidak lama kemudian.
y1Bagaimanapun, seorang pengawal keselamatan Anwar cedera di mata selepas terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah akibat dibaling batu.
Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani yang membuat liputan siri jelajah itu turut terkena serpihan kaca di muka.
“Cermin bas pecah dibalun macai Umno BN. Kaca bersembur kat muka saya, ada yang masuk mulut,” katanya.
y3Selain membaling batu, samseng Umno BN yang kebanyakannya memakai kemeja-T biru berlogo BN, turut menunjukkan isyarat lucah dan menghambur kata-kata kesat.
Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan.
crowdSekalipun pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di tapak ceramah, kumpulan samseng Umno tetap bertindak ganas, malah merempuh benteng.
Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik sihat di negara ini.-Berita dan gambar Keadilandaily.com
 Tonton video di bawah
Macam ni ka perangai puak yang nak pertahankan kalimah Allah?Ada beza ka puak samseng ni dengan penceroboh Sulu?
Ceramah parti setan depa tak mau dengar sibuk mengganas dalam ceramah PR.Kalau dengar ceramah parti setan tak dapat duit tapi kalau mengganas dalam ceramah PR dapat upah!

Khamis, 7 Mac 2013

Sabah Goyang BN Melayang



8 Mac 2013 genaplah sudah 5 tahun sepatutnya dah diumum tarikh pru 13 tapi apakan daya PM kita begitu pengecut nak umum tarikh pru 13.Najib tak berani ikut contoh PM Australia yang umumkan pilihanraya di negara itu akan diadakan Ogos 2013.

Najib ke Lahad Datu ,Sabah meminta ikrar janji orang Sulu yang jadi warganegara supaya terus menyokong BN dalam pru 13.Semua serba tak kena serba tak menjadi takut-takut kalau buat pilihanraya sekarang mereka membalas dendam dengan tolak Umno-BN di Sabah.Sabah Goyang Bn Melayang!Dihimpunkan orang Sulu dimasukkan dalam media Umno bahawa mereka bertaat setia dan berikrar sokong BN.Boleh percayaka?

Nasi sudah jadi bubur!Media Umno begitu takut apabila Anwar Ibrahim menyanyi lagu di atas.Nak jadi hero Lahad Datu tapi tarikh pru 13 takut nak umum.Alasannya mudah negara kita dilanda bencana.

Projek senjata makan tuan

Rabu, 6 Mac 2013

Lahad Datu:Gambar pemimpin mana yang dipakai penceroboh yang ditahan pihak polis?

Cuba tengok video di bawah di minit 0.28-0.30 saat penceroboh yang ditahan pihak polis di Kampung Airpot Semporna pakai baju putih dan di bahagian belakang baju tertera gambar pemimpin berwarna biru.Pemimpin Sulu atau BN?



Sementara gambar di bawah adalah daripada FB Otai Reformasi 11 yang mendakwa t.shirt tersebut berlogo BN dan gambar menteri.
Baca juga;
Polis:4 disyaki militan ditahan di Semporna-Malaysiakini
Lahad Datu:Projek mengolah persetujuan-Tukar Tiub.blogspot.com

Hang pa tengok muka Sharizat teringat menatang apa

Saya malas la nak cakap apa tapi bila Ketua Wanita Umno Malaysia tumpang semangkok dok ulas isu Lahad Datu saya teringat seekor binatang yang bernama lembu ..saja ja teringat bukan apa pun.
Baca la..Shahrizat desak Wan Azizah jawab dakwaan pencerobohan.

Kalau ada telor la sila demo bantah pemberian IC kepada pendatang asing di Sabah 500,000 orang

Main politik hanya untuk kelabukan orang Melayu supaya Umno terus berkuasa.Talian hayat Umno hanya kepada orang Melayu.Jika orang Melayu terus dilembukan Umno maka ketawa besarlah pemimpin Umno kerana mereka terus berkuasa.Kita boleh hidup tanpa Umno tapi pemimpin Umno tak boleh cari makan kalau orang Melayu tolak Umno.

Kita kini sedang melihat gelagat juak-juak Umno sedang berkobar-kobar membuat laporan polis kononnya Tian Chua kata kes di Lahad Datu adalah sandiwara.Dulu depa pakat buat laporan polis terhadap Mat Sabu kerana anggap Mat Indera sebagai pejuang bukan petualang negara.hasilnya polis zaman British dapat pampasan dan duit.Untung polis pencen zaman British .

Kita akan tengok pesta laporan polis terhadap Tian Chua ini akan berterusan hingga ke pilihanraya umum ke 13 diumumkan tah bila.Pemuda Umno berani buat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri yang kata penceroboh Sulu bukan pengganas?Tu la perangai pemuda Umno dan Pak Yet Umno ni macam orang cucuh mercun tepi telinga kera..lari lintang pukang jadi tak ketawan hala.

Saya nak tengok pemuda Umno dan Ngo yang jadi Pak Yet Umno buat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir yang bagi IC kepada pendatang asing Filipina yang dianggarkan seramai 500,000 orang tu pun kalau ada telor la..
Baca juga;
Benarkah Umno tidak politikkan isu Lahad Datu?-The Malaysian insider



Nak pukau Melayu dengan kalimah Allah lagi

Ketika negara diceroboh PM Najib kembali timbulkan isu kalimah Allah untuk raih sokongan Melayu supaya terus jadi hamba kepada Umno-BN.Kata Najib,''Dalam soal memelihara agama, kerajaan sentiasa mempertahankan akidah, mempertahankan kesucian Islam dan mempertahankan kalimah Allah."Najib berkata demikian dalam Majlis Perhimpunan Perdana Ulama, Umara dan Asnaf di Stadium Putra, Bukit Jalil .

Seorang penyokong Umno kata kat saya jika PR berkuasa apa jadi dengan isu kalimah Allah?Saya kata kalau takat cakap nak pertahan kalimah Allah dalam masa yang sama kata Malaysia tetap tidak laksanakan hukum Hudud dan beristiqamah macam tu layak ka nak pertahan kalimah Allah?Hina hukum Islam,perlekeh hukum Islam tak malu ka cakap nak pertahan kalimah Allah?Saya kata kitab Bible dalam Bahasa Melayu Umno-Bn yang bertanggungjawab hingga timbul isu kalimah Allah.

Umno tak ada modal lain dah bila rakyat pertikaikan isu pencerobohan puak Sulu di Lahad Datu apabila pemimpin Umno ada yang kata pada mulanya tidak bahaya dan bukan pengganas seperti yang didakwa Hishamuddin Hussein.

Umno kembali mainkan isu kalimah Allah depan golongan agama yang dihimpun untuk yakinkan mereka Umno perjuangkan Islam(Nak termuntah aku dengaq).Nak tipu Melayu bagi percaya sebut nama Allah!Tak guna punya oghang!

Sebenarnya Najib mahu orang Melayu lupa akan segala apa yang dilakukan mereka dengan memukau kononnya mereka lah jaguh pertahankan kalimah Allah.

Pikiaq la kalau Putrajaya pun boleh upah orang Amerika Syarikat untuk perburuk pemimpin PR takkan la hang pa tak boleh pikiaq sendiri apa yang sebenarnya berlaku di Lahad Datu.
Anda lupa semua ni?

Baca juga sebab ni lah Najib pusing balik main isu kalimah Allah Putrajaya gagal selesaikan konflik selepas 23 hari-M'inisder

Kita hidup mulia bukan kerana bangsa

Muliakah kita kerana bangsa?Kalau kita mulia kerana bangsa ,bangsa Arab mengaku depa lagi mulia daripada kita.Tapi bangsa Bani Israel kalau nak kira hebat depa lagi hebat daripada Arab Quraish dan Saudi kerana di kalangan Bani Israel paling ramai diangkat jadi nabi oleh Allah swt.Di kalangan Bani Israel jugalah manusia yang mati boleh dihidupkan semula.

Firaun lagi hebat sampai hidupnya tak pernah menguap dan  sakit,tapi hidupnya cekik darah rakyat  malah dah mati pun cekik darah rakyat sebab nak tengok batang tubuh Firaun kena bayar duit.
Tapi tengok akhirnya bangsa Bani Israel yang hebat tu dilaknat oleh Allah swt  hidup melampau.

Hidup atas dunia ni yang mulia ialah taqwa bukan kerana pangkat,darjat dan kuasa.Taqwa bangsa apa pun boleh dapat tak kira dia India,Melayu atau pun Cina jika mereka beriman kepada Allah SWT.Tengok kini manusia berebut sampai sanggup berbunuhan kerana nak tabal Sultan bukan sibuk cari taqwa kepada Allah.Depa ingat dengan tabal Sultan tu boleh bawa depa masuk Syuga.

Ada orang kata orang hormat dan sanjung kita kerana duit, pangkat dan darjat.Tak dak duit sapa pun tak pandang kita.Islam hari ni dah rosak kerana kebendaan,hiburan dan kejahilan yang melampau.

Ada yang syok dan dianggap hero dan suruh rakyat sanjung dan muliakn mereka kerana telah diberikan wang sebagai umpan.Mintak simpati rakyat dan jadi munafik besar mahu pertahankan kalimah Allah tapi dalam masa yang sama hina hukum Allah SWT.

Mari kita jangan jadi hamba kepada Umno-BN tapi jadilah orang yang bertaqwa kepada Allah SWT.Cukup-cukuplah 55 tahun Umno perhambakan orang Melayu yang tanamkan dalam otak orang Melayu ,Umno tumbang Melayu merempat.

Takziah kepada kaum keluarga anggota keselamatan yang telah meninggal dunia semoga Allah SWT ampunkan dosa kamu semua ketika berlawan dengan pemberontak Sulu yang 'diupah'.

Isnin, 4 Mac 2013

Polis dah mati 8 orang .."Kita kena ikut perjanjian Geneva"

Petikan laporan berita Bernama;
Malaysia perlu mematuhi undang-undang antarabangsa terutama Konvensyen Geneva 1949 berhubung insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Sabah, kata seorang pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.
Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM, Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim berkata Malaysia tidak boleh mencabuli undang-undang antarabangsa dengan mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap soal pencerobohan.

Beliau berkata Malaysia tertakluk kepada perjanjian antarabangsa itu yang menetapkan tindakan terhadap pencerobohan perlu mengikut undang-undang.

"Kita tidak boleh terus bertindak tanpa mengetahui sebab sebenar kedatangan mereka (kumpulan bersenjata) dan tindakan kita mesti mengikut protokal yang ditetapkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan gagal menangani isu pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, lebih awal sehingga menyebabkan pertumpahan berdarah.-Bernama

Nak tunggu mati berapa ramai lagi?Pembunuhan di Memali ada ikut Geneva?Demo Bersih ada ikut Geneva polis buat pesta kendurikan rakyat.Haha..TV3 suku dan Utusan Meloya pulak kalut salahkan pemimpin PR dalam isu pencerobohan Sulu di Lahad Datu.Ini ikut peraturan apa pulak buat fitnah tak habih-habih.

Saddam Hussain serang Kuwait negeri besaq kelemboi. Puak Sulu yang besaq cicak kubin pulak berani serang Sabah yang berkali ganda besar daripada Semenanjung yang ada peralatan tentera berbilion ringgit.

Rakyat Malaysia dimalukan di seluruh dunia dengan sikap pengecut pemimpin Umno-BN yang bermain politik kotor dalam isu Lahad Datu.Keselamatan negara tak diutamakan hanya mau cari jalan kaut keuntungan politik.Kalau tak ada pilihanraya Umno-BN boleh terus berkuasa dengan alasan keselamatan negara terancam.

Baca juga;

Ahad, 3 Mac 2013

Berita pecah lobang Umno Sabah pernah minta keahlian Sultan Sulu dipecat

Berita pecah lubang

UMNO Sabah minta keahlian ‘Sultan Sulu’ dipecat-Berita Harian Online 19-2-2011

Badan Perhubungan UMNO Sabah akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Tertinggi (MT) parti supaya ahli UMNO sebuah cawangan dalam Bahagian Kota Kinabalu, Datu Mohd Akjan Ali Muhammad dipecat daripada parti kerana mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, baru-baru ini. 

Keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat UMNO negeri, di sini malam kelmarin berikutan tindakan ahli perniagaan terbabit yang disifatkan mencemarkan imej UMNO dan memecahbelahkan perpaduan parti. 

Ketua Menteri yang juga Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman, berkata UMNO memandang serius tindakan ahli terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dan mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Datu Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti. 


"UMNO negeri akan mengemukakan surat rasmi kepada MT tidak lama lagi. 
Mesyuarat pada malam ini (kelmarin) mahu tindakan tegas diambil terhadap beliau," katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan. 

Beliau yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu, meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya. 

Awal bulan ini, Datu Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Cawangan Sabah dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat sini. 
Majlis itu turut disaksikan sekumpulan 60 jemputan, termasuk beberapa individu yang didakwa sebagai Pegawai -Berita Harian Online.

Yang di bawah ni pulak gambar gambar pemimpin Sulu hadir dalam perhimpunan agung Umno 2012.Gambar dari FB Revolusi Anak Muda Malaysia.Masa nak ambik nama sebagai tokoh damai antara pemimpin Islam di Selatan Filipina Najib buat-buat lupa kata dia pun jumpa puak tu!La ni bila puak Sulu tuntut Sabah media Umno tuduh pemimpin PR pulak dalang penceroboh Sulu tuntut Sabah.Taik kalau bau busuk , busuk jugak la namanya.
Haha lepas ni bukan takat puak Sulu nak tuntut Sabah, malah akan muncul pulak kesultanan Bangla,Kesultanan Myanmar,Kesultanan Indone,Kesultanan Pakistan sebab puak ni diberikan MyKad sementara dan IC Merah.

Ingat beratus ribu pendatang haram Filipina sudah dapat IC zaman Tun Madey jadi PM.Puak tu la ni sebahagian daripada keturunan Sulu kalau tidak takkan ahli Umno juga ada orang Sulu.Hari ni Tun Madey bekas PM mintak buat serangan balas terhadap penceroboh Sulu.Orang Sulu sendiri dah jadi rakyat Sabah Tun oiii.

Menteri Pertahanan dok senbunyi tang mana.Takkan sembang deras dalam media Umno ja?Takat pakat berkokok lantang marahkan rakyat sendiri jangan sebar kabar angin tak payah jadi menteri la..balik kampung kopek buah nyoq la.


Mari kita pakat humbankan Umno-Bn dalam pru 13.Jadi macam ni nak sokong Umno-Bn lagi?!!!Najib lemah..yang ni Tun sendiri kata,Menteri Kabinet hanya pakat berkelahi mulut macam budak-budak berebut buah goli.Malu!

Baca juga;
Pencerobohan Lahad Datu hanya satu sandiwara!!!-Bekas Laksamana TLDM-Sabahdaily.com
Lahad Datu:Mana kelengkapan tentera berbilion ringgit?-Keadilandaily.com

Lahad Datu:Imej Najib makin naik atau makin turun?

Kajian Merdeka Center baru-baru ni kata populariti Najib makin menurun walaupun tabur janji sana-sini untuk menang pilihanraya umum ke 13.Semua duit cash dihulurkan macam BR1M tapi tak  naik-naik populariti Najib.Populariti Najib menurun selepas kajian dibuat oleh Merdeka Centre selepas berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka Januari lalu.

Tiba-tiba kita dikejutkan dengan pencerobohan puak Sulu ke atas Lahad Datu,Sabah.Semua orang pakat terkejut macam mana puak Sulu boleh mendarat dan masuk berkubu di Lahad Datu dah nak masuk sebulan.Pihak tentera laut ada peralatan radar tapi macammana depa tak dapat kesan?

Tu satu hal yang pihak tentera pulak tidak dibenarkan ketuai operasi dalam berperang dengan penceroboh Sulu akhirnya polis jadi mangsa tembakan penceroboh Sulu.Kalau ada pihak yang sanggup korbankan anggota keselamatan untuk raih sokongan politik tu memang celaka la.

Diharap selepas kejadian pencerobohan Sulu di Lahad Datu berakhir yang tah bila dibuat satu lagi kajian mungkin kali ni populariti Najib kembali berada ditahap 100 peratus baru senang hati Najib nak bubar parlimen.

Baca juga;
Empat rakyat Malaysia ditawan dakwa tentera Sulu-M'insider

Puak Umno-BN sibuk dengan BR1M walaupun Lahad Datu dah Brooom

Tengah kalut puak Sulu bunuh polis Malaysia pemimpin Umno-BN macam tak rasa sangat apa yang jadi di Lahad Datu.Yang keluar kenyataan oleh pemimpin Umno-Bn ialah kutuk pemimpin parti lawan mereka dan kaitkan pemimpin yang lawan Umno-BN sebagai dalang di Lahad Datu.

Depa tak kira janji rakyat hendaklah percaya bulat-bulat apa yang dikeluarkan oleh media parti syaitan sebagai benar dan jangan percaya kabar angin.

Kenapa polis jadi mangsa pembunuhan di Lahad Datu dan tidak benarkan pihak tentera untuk berlawan dengan puak Sulu yang dah tiga minggu berada di Lahad Datu?Syok puak Sulu tu boleh menanak makan nasi sambil bunuh polis Malaysia.Kenapa pihak tentera berada di belakang polis dalam pencerobohan puak Sulu di Lahad Datu?

Apakah ada agenda tertentu hingga polis dikorbankan?Najib ketika posting ni ditulih berada di Kangar,Perlis kutuk pemimpin PR.Sepatutnya selaku PM Malaysia berada Di Sabah bukan di Perlis baru kata ada tanggungjawab terhadap keselamatan negara.Sibuk pakat kecam rakyat sendiri ..tuuu puak Sulu tu awat hang pa tak kecam?!

Depa sibuk dengan janji ditaburi,dengan BR1M walaupun Lahad Datu berada di bawah kuasa penceroboh Sulu.Lahad Datu dah Broooom kalau bagi BR1M pun depa tak mau dah masing-masing nak selamatkan nyawa.

Ada yang kata sepatutnya jemaah kabinet Malaysia letak jawatan saja kerana tak dapat tangani insiden Lahad Datu.Tobat lahum aihh puak tu nak letak jawatan!

Sekarang rakyat tertanya-tanya bila nak bubar parlimen?Kalau keadaan  di Sabah tak dapat diselesaikan macammana nak buat pilihanraya.Kenapa insiden Lahad Datu berlaku menjelang pru 13?Baca juga di sini.

Sabtu, 2 Mac 2013

'Bagaimana sebuah negara yang selamat boleh diceroboh begitu mudah?'

Najib mesti perjelas status keselamatan negara

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tampil memberi penjelasan mengenai status keselamatan negara berhubung dengan insiden yang berlaku di Lahad Datu.

Beliau bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub agar Najib memanggil segera persidangan Parlimen bagi tujuan penjelasan terhadap insiden tersebut.
Mahfuz turut mempertikaikan kawalan pengairan negara yang begitu lemah sehingga membolehkan pemberontak memasuki negara dan seterusnya berada  Lahad Datu.

"Najib perlu bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang berlaku, kelemahan pengawalan keselamatan negara menyebabkan anggota polis kita turut terkorban.

"Bercakap tentang soal kawalan pengairan, kenapa radar kita tidak dapat mengesan kapal yang penuh dengan senjata sehinggakan mereka boleh terlepas begitu sahaja," ujarnya.

Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, rakyat sekarang menunggu penjelasan dari kerajaan mengenai tahap keselamatan negara ini kerana risau kejadian seumpama itu berulang lagi.

"Persidangan Parlimen segera perlu dilakukan bagi memastikan sebarang persoalan dapat kita ketengahkan, apatah lagi rakyat yang semakin meragui tentang soal kawalan keselamatan negara ini.

"Isu ini tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia turut melibatkan soal kedaulatan negara, bagaimana sebuah negara yang selamat boleh dicerobohi dengan begitu mudah," kata beliau sambil mempersoalkan apa jaminan yang boleh diberikan kerajaan agar insiden sedemikian tidak akan berulang lagi.-Harakahdaily

Baca juga;