Khamis, 5 Januari 2012

'Umno punca orang Melayu jadi miskin dan terpinggir', kata Anwar Ibrahim

Semakin dekat tarikh penghukuman ke atas Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR yang juga ahli parlimen Permatang Pauh semakin ligat Anwar berceramah ke sana sini macam tidak ada rasa apa-apa yang berbeza.Mungkin kerana Anwar pernah dipenjarakan selama 6 tahun sebelum ini dalam kes yang serupa cuma PM saja yang berbeza.Mungkin juga kerana beliau telah alami semua itu termasuk ditumbuk oleh 'Mike Tyson' dalam lokap yang bernama Tan Sri Rahim Nor bekas Ketua Polis Negara hingga separuh mati.Bekas PM yang juga musuh Anwar dalam politik Tun Mahathir kata Anwar cederakan dirinya sendiri!

Berikut sedutan ceramah Anwar yang dipetik daripada Malaysiakini dalam ceramahnya di Seremban;

"Ahli Umno dan pemimpin Umno peringkat bawah bukan musuh saya, hanya pemimpin atasan Umno yang menyerang saya tanpa henti. Pelbagai fitnah dan pembohongan dari setiap penjuru dilemparkan.

anwar ceramah in seremban 040112"Mereka ini adalah pemimpin yang merompak wang rakyat, terlibat dalam rasuah, komisen dan lembu. Senjata Umno hanya mengeksploitasikan isu perkauman dan memecah belahkan perpaduan pelbagai kaum.

"Umno punca orang Melayu menjadi miskin dan terpinggir.Siapa yang bertanggungjawab atas  kegagalan ini?

"Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Pertanian, semua mereka adalah orang Melayu daripada Umno," kata Anwar pada kira-kira 1,000 hadirin.Baca semua di sini.

Himpunan 901 tak haram sebab polis mau buat rakaman video

Cuba baca betul-betul apa niat Hishamuddin ni;

Perhimpunan 901 akan dirakam sepenuhnya elak eksploitasi-Utusan


Perjalanan perhimpunan 901 akan dirakam sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang eksploitasi fakta oleh pihak tidak bertanggungjawab, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, sehubungan itu, pihak polis sedang membuat pelbagai persiapan rapi termasuk memastikan semua kamera litar tertutup (CCTV) berfungsi dengan baik.

Beliau berkata, pengalaman dalam perhimpunan haram Bersih 2.0 telah mengajar pihaknya tentang pentingnya menghantar pegawai untuk memantau perhimpunan yang akan diadakan pada Isnin ini.
''Kita juga perlu menghubungi media asing dan wakil kedutaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilaporkan bertekad mengumpulkan seramai 100,000 penyokong di pekarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, orang ramai pada masa yang sama perlu mengambil iktibar daripada perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan tidak mudah mempercayai segala maklumat yang tersebar.
"Rakyat tidak boleh terlalu emosi dan percaya apa jua yang dilaporkan tetapi perlu beri ruang kepada pihak berkuasa untuk menjelaskan maklumat yang tepat. Kalau tidak keadaan akan dieksploitasi dan pelbagai tuduhan telah dibuat mengenai perhimpunan di UPSI.

"Video yang tersebar pada ketika ini bagaimanapun membuktikan tuduhan itu tidak benar dan perhimpunan yang diadakan tidak ada kena-mengena dengan hak mahasiswa sebaliknya ia berkaitan langsung dengan rancangan untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, rakyat kena menyedari bahawa sebarang rancangan termasuk penganjuran perhimpunan tidak akan mengubah keputusan mahkamah mengenai kes Anwar.
"Penganjur juga mesti bertanggungjawab dengan menyakinkan polis bahawa apa yang dirancang akan berjalan secara aman.

"Kalau mereka melakukan sesuatu yang tidak menjejaskan keadaan, maka ia tidak akan menimbulkan masalah. Tetapi kalau ia disengajakan atau akan menimbul huru-hara, maka ia perlu dipertimbangkan oleh polis," katanya.-Utusan

Ini membawa maksud apa?Satu pihak kata jangan hadir himpunan aman 901 , satu pihak lagi mau buat rakaman video secara langsung ha ha.Satu puak lagi dalam gerombolan kata himpunan 901 akan jadi huru hara.So..rakyat yang mau turun dalam demo 901 turun sajalah sebab muka boleh masuk dalam video polis ha ha.

Dah tak haram , dah jadi halal la ...Kita sama-sama rakam.Rakyat rakam polis pun rakam ni baru syokkk.JOm turun ramai-ramai.

901:Benda paling sedap benda yang dilarang

Sama seperti demo Bersih 2.0 Julai 2011 yang penuh bersejarah itu pihak polis dan media Umno terkinja-kinja larang rakyat daripada berhimpun pada Isnin depan dalam 'Himpunan 901'.NGO-NGO yang jadi perkakas Umno  merata negeri pakat buat laporan polis termasuk Umno sendiri kata akan jadi huru hara jika himpunan 901 diadakan.

Seperti yang saya katakan yang huru hara ialah Umno bukan rakyat yang mahu berhimpun!Setiap himpunan sebelum ini pun jika jadi huru hara  dimulakan oleh si penguasa yang provok himpunan rakyat.Kalau tidak himpunan berjalan dalam keadaan aman damai.

Malaysia patut belajar daripada Myanmar yang kini semakin sedar bahawa jika berterusan menyekat kebebasan rakyat daripada suarakan hak mereka lama kelamaan yang akan hilang kuasa ialah si pemerintah!

Umno yang kuasai segala-galanya di bumi Malaysia ini termasuk pihak polis kenapa takut dan gentar bila rakyat mau berhimpun?Rakyat hanya mau suarakan hak mereka untuk berhimpun secara aman yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Tapi baguih jugak Umno dan polis larang rakyat berhimpun.Sebab benda paling sedap ialah benda yang hari-hari dilarang.Lagi larang lagi semangat rakyat mahu berhimpun.Lagi banyak laporan polis lagi ramai rakyat nak turun ke jalanraya.Apa jadi dengan laporan polis Bersih 2.0?Apa jadi dengan laporan polis terhadap Haji Muhammad Sabu isu Mat Indera ?Rakyat yang tak tahu apa-apa jadi tahu.

Rabu, 4 Januari 2012

Perkasa...sudah-sudah la cakap besar buat malu ja

Perkasa akan sekat himpunan bebaskan Anwar-harakahdaily

NGO pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menyekat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan berhimpun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari ini.

Dalam satu sidang media semalam, Presidennya Datuk Ibrahim Ali  berkata, perhimpunan oleh Perkasa itu adalah sebagai "misi mempertahankan keamanan negara" dan akan bermula dengan solat subuh di Masjid Wilayah Persekutuan.

"Selepas itu, kami berarak dan sekiranya bertembung dengan (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali serta penyokong mereka yang sanggup mempertahankan pemimpin yang menghadapi masalah moraliti, kita sama-sama melakukan provokasi," katanya.

Mengulas larangan pihak polis agar mana-mana pihak tidak mengadakan himpunan pada hari itu, Ibrahim berkata terpulanglah kepada polis untuk menghalang Perkasa atau pembangkang kerana kedua-duanya melakukan perhimpunan haram.

Tahun lalu, Perkasa turut mengeluarkan kenyataan sama, iaitu mahu menyekat Himpunan Bersih 2 yang diadakan 9 Julai 2011 dengan mahu mengadakan himpunan anti Bersih.

Namun beberapa sehari sebelum Himpunan Bersih yang disertai lebih 50,000 rakyat itu, Ibrahim mengumumkan perhimpunan Perkasa dibatalkan dengan alasan tidak mendapat kebenaran pihak stadium.

Sementara itu, Azmin pada satu sidang media semalam memaklumkan bahawa PKR akan menggerakkan sekurang-kurangnya 100,000 orang bagi menyertai himpunan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini.

Katanya, walau apa pun keputusan yang diumumkan, Pakatan dan PKR telah bersedia menggalas amanah memimpin negara serta berusaha mengembalikannya ke landasan yang tepat.-Harakahdaily

Sesudah subuh atau sebelum subuh bagi amaran sapa mau dengar.Sama-sama makan nasi sapa mau takut ugutan .Kalau amaran polis pun rakyat buat tak tahu saja apa yang ada dengan Perkasa hanya sebuah ngo yang suka cakap kosong lepas tu senyap.Jangan lari tak cukup tanah sudah la ha ha.Mu ingat sikit Braheng mu tu ada sakit jantung ha ha.

Rakyat hanya mahu berhimpun secara aman buka nak bergaduh macam mu Braheng.Cakap besar bergelumang taik.Menteri telan duit zakat kenapa mu senyap?Hanya berani bersuara sumbang tiap kali rakyat mahu berhimpun secara aman.Dulu ugut orang Cina supaya simpan beras banyak-banyak kerana akan berlaku tumpah darah ..piraaaaah!

Sikit-sikit nak ugut, sikit-sikit report polis .Negara paling banyak report polis dalam dunia ialah Malaysia.Negara paling ganjil dalam dunia bila rakyat mau turun ke jalanraya ada report polis ialah Malaysia.Tak percaya?

Tak guna lagi Shahrizat bersuara lantang diri sendiri berlumuran taik lembu

'Dakwa ketua NFC atas cubaan sogok polis , SPRM'-Malaysiakini

Pengerusi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail hari ini didakwa cuba merasuah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, menurut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Mohamad Salleh perlu diheret ke muka penngadilan.
Pada satu sidang akhbarnya di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini Rafizi juga mendakwa sebanyak RM1.755 juta dibayar oleh Mohamad Salleh bagi tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM bagi mempengaruhi siasatan ke atas NFC.
Rafizi berkata sogokan itu dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh.

Dakwanya lagi, wang berkenaan disampaikan kepada pegawai penyiasat SPRM dan polis melalui ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail yang menjadi "orang tengah".
Pada 30 Disember lalu, Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan menipu Mohamad Salleh.

Menurut Rafizi, dakwaannya itu dibuat berdasarkan wujudnya laporan polis oleh seorang anggota polis di Bukit Aman mengenai perkara tersebut.

Katanya, Akta SPRM 2009 bahagian IV Perkara 16 dan 17 menyatakan kesalahan rasuah berlaku apabila "mana-mana orang sendiri atau melalui atau bersama dengan lain" melakukan kesalahan tersebut.

"Undang-undang SPRM jelas menunjukkan dalam kes ini, Datuk Seri Salleh Ismail melalui Datuk Shamsubahrin Ismail cuba merasuah pegawai SPRM dan PDRM dalam kes NFC bagi perkara berikut:

"Pertama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta.

"Kedua, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan," dakwanya dalam sidang media hari ini.
Mengulas lanjut, Rafizi kesal kerana pihak berkuasa masih terus gagal bertindak.

Sebaliknya, dakwanya, mereka melindungi Mohamad Salleh yang juga suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya.
"Pihak berkuasa membuat keputusan untuk mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail atas cubaan menipu NFC sedangkan wang yang terlibat adalah dengan tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM," katanya.

Rafizi juga menegaskan tindakan Mohamad Salleh melakukan cubaan rasuah, menggambarkan bahawa "prinsip tatakelola dan urustadbir yang diamalkan di NFC adalah lemah dan longgar".

"Ia menggambarkan seolah-olah kelakuan rasuah dan cubaan membeli pegawai-pegawai kerajaan adalah amalan ringan dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak SPRM segera melakukan siasatan ke atas Mohamad Salleh dan pengurusan NFC berhubung cubaan merasuah.-Malaysiakini

Segala-galanya dah berakhir bagi Ketua Wanita Umno yang kini tumpang sekaki dok kutuk himpunan 901.Tak ada apa lagi yang boleh Shahrizat pertahankan.Semua dah jadi bubur.Semua dah barai.Bercakaplah isu apa pun isu lembu NFC yang rugi RM250 juta tetap kena atas batang hidung Shahrizat.Lebih baik berundur saja daripada jawatan menteri yang dipegang.Tak guna Shahrizat bersuara lantang kutuk parti lawan diri sendiri berlumuran taik lembu.Semua dah terselak sebelum Shahrizat angkat kain .

Shahrizat sendiri kini dalam keadaan huru hara bukan himpunan 901 yang huru hara!Media Umno sorokkan berita yang libatkan pemimpin Umno yang terpalit dengan taik dan cuba takut-takutkan rakyat yang mahu turun ke jalanraya dalam himpunan 901 kata akan jadi huru hara ha ha.Belum demo dah huru hara.Nampak sangat Umno takut dengan kebangkitan rakyat masa kini.Semua dah bangkit.Mahasiswa dah bangkit tuntut hak mereka, Melayu dah sedar kena tipu dengan perjuangan Melayu oleh Umno yang kayakan kroni Umno sementara biarkan lain-lain Melayu terus jadi peminta sedekah kepada Umno.Ini yang Umno mahu lihat supaya mereka terus berkuasa sampai bila-bila.Masa dah tiba untuk kita tumbangkan Umno dalam pru 13 akan datang.

Berkaitan;
Polis akan dibekalkan bukti penyelewengan lembu-Malaysiakini
Maklumat diperolehi daripada akaun NFC sendiri-Rafizi-Keadilandaily
NFC:Suami Shahrizat didakwa rasuah SPRM, polis-Keadilandaily

Anwar masuk pejara ka tak masuk penjara ka kerja kita lawan Umno

Rakyat yang bencikan Umno-Bn kini menjangkakan bahawa Ketua Umum PKR tu akan disumbatkan dalam penjara dalam kes beliau yang akan dijatuh hukum di mahkamah Jalan Duta 9-1-12 ini.Bagi kita sama ada keputusan mahkamah tu hantar Anwar ke penjara atau tidak kerja kita melawan regim Umno-Bn tidak akan berkubur.

Bagi saya kerja lawan Umno ni bukan kerana Anwar bukan kerana TGNA, bukan kerana TGHA dan juga lain-lain pemimpim PR tapi kerja lawan Umno ni kerja rakyat yang dah muak sangat-sangat dengan pemerintahan zalim Umno-BN sejak 54 tahun yang lalu.

Kebangkitan golongan mahasiswa masa kini juga bukan kerana pengaruh parti-parti pembangkang tapi mereka sendiri dah tak tahan dikongkong akta kolot AUKU sejak sekian lama.

Pihak polis kini siang malam bagi amaran demi amaran sama macam sebelum Demo Bersih 2.0 berlaku agar rakyat tidak turun ke jalanraya untuk bagi sokongan kepada Anwar.Adakah rakyat mau dengar cakap polis?Adakah rakyat takut dengan amaran polis?Himpunan belum berlangsung pihak polis kata akan timbulkan kekacauan.Ngo-ngo dan parti Umno turut buat laporan polis terhadap himpunan 901.Kenapa setiap himpunan rakyat perlu laporan polis? Kenapa himpunan puak Umno tiada laporan polis?Kenapa pihak polis tidak bagi amaran kepada himpunan puak Umno?

Rakyat kini tidak lagi takut dengan sebarang ugutan tambah-tambah kalau ugutan itu untuk pertahankan regim Umno-BN lagi semangat rakyat nak bangkit tumbangkan Umno-BN.Saya percaya jika orang Melayu bersama-sama kaum lain bersatu hati dalam pru 13 akan datang dengan satu matalamat tumbangkan regim tua Umno-BN maka habislah riwayat si takbur , bongkak dan sombong ini bersama talibarut-talibarutnya sekali.

Selasa, 3 Januari 2012

Rakyat dah tak percaya dengan polis?

Penjelasan polis ulang tayang skrip lama -Mohd Sabu-Harakahdaily

Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Ia adalah ulang tayang skrip polis sejak dahulu lagi. Skrip lama itu sebelum ini digunakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 dan ia tidak akan mengurangkan sama sekali kemarahan rakyat terhadap pembelasahan yang tidak tidak berperikemanusiaan itu," kata beliau.

Selepas perhimpunan Bersih 2.0, katanya, dengan tujuan hendak meyakinkan orang ramai, polis membuat bising bahawa bukti bergambar dan dirakam akan dikemukakan kononnya untuk mematahkan hujjah dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakyat tentang keganasan polis dalam perhimpunan itu.

"Tetapi, dalam sidang akhbar nak tunjuk bukti bergambar dan dirakam itu pun polis berbohong dan memfitnahkan saya kononnya saya berbohong mengenai penganiayaan ke atas saya sedangkan saya telahpun membuat laporan polis sebelum itu dengan fakta yang sama sekali bercanggah dengan cerita rekaan pegawai polis berkenaan.

"Malah, bila saya sekali lagi menceritakan apa yang sebenarnya terjadi dalam pendengaran oleh Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), penjelasan saya itu tidak dicabar pun oleh pihak polis," kata Mohamad.

Beliau yakin, apa jua cereka polis tidak akan meredakan sedikit pun kemarahan orang ramai dan akan semakin membara semangat untuk menamatkan kekejaman pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) yang kian terbukti semakin ketagihkan darah rakyat.
"Dalam perhimpunan Bersih 2.0 bukan sahaja banyak yang dimangsakan dan berdarah, malah menyebabkan kematian seorang rakyat yang hanya meminta pilihan raya negara ini dijalankan dengan adil dan bersih.

"Dalam perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim itu juga mengalir darah pelajar-pelajar Melayu Islam akibat tindakan ganas alat perkakas Umno yang setiap hari berbohong kononnya hendak menolong Melayu," kata Mohamad.

Diminta mengulas tentang demonstrasi mahasiswa di perkarangan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru itu, beliau menyifatkan perhimpunan menuntut mahasiswa dimerdekakan dari Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu mempunyai signifikan yang bersejarah.

"Perjuangan menuntut kemerdekaan sehingga diturunkan bendera Union Jack di tanah air kita dahulu antara lain tercetus di Maktab Perguruan Tanjung Malam yang kini menjadi UPSI.

"Demonstrasi mahasiswa menuntut kebebasan di hadapan UPSI itu pula berlaku selepas apa yang difahamkan kepada saya tentang tindakan berani seorang mahasiswa menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis di negara ini, Apco Worldwide.

"Tindakan menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis itu adalah sehebat tindakan menurunkan bendera Star of David," tegas Mohamad.

Beliau yakin, semakin ramai anak muda dan para mahasiswa yang akan bangkit untuk menamatkan kezaliman pemerintahan Umno BN.

"Bila sesebuah kerajaan jahat semakin ketagihkan darah rakyat, ia hakikatnya sudah semakin dekat dengan penghujung hayat," tegas Mohamad.

'Umno suruh Melayu kenang budi, tapi bagaimana pula Umno yang tak kenang budi Melayu?'

Hutang Umno pada budi orang Melayu-Blogger Sakmongkol AK47 (Dato' Mohd Ariff Sabri)

Dalam masa seminggu ini saya di hujani soalan adakah benar saya dan saudara Aspan Alias akan memasuki DAP? Cuba baca berita yang mula2 di keluarkan oleh Malaysian Insider. Disana di nyatakan bahawa tiada keputusan yang di capai. Ertinya, karya MI itu bersifat spekulatif. Demikian juga rencana yang di keluarkan oleh Free Malaysia Today.. Artikel itu juga bersifat spekulatif dan menimbulkan lebih banyak persoalan dari memberi jawapan.
Tidakkah terfikir oleh sesiapa bahawa jika kami berdua cederung menyokong DAP atau parti lawan UMNO, sikap tersebut ialah kerana di dorongi oleh kepercayaan dan prinsip2 tertentu?  Kita tidak boleh konsisten jika hanya di dorong oleh rasa frust, dendam dan sebagainya. Sikap konsisten hanya datang dari asas yang lebih stabil dan kekal- seperti di pacu oleh keyakinan dan kepercayaan kepada prinsip2.
Sebagai contoh, kami berdua merasakan UMNO sudah bertukar watak menjadi suatu Frankenstein yang tidak lagi boleh di kawal. Ia menjadi wadah untuk mencuri harta benda rakyat, membelakangkan political decency, memanipulasi rule of law, dan paling dasyat sekali melupakan budi orang Melayu kepada UMNO. Dan kami telah lama menerima apa yang di sebut oleh Presiden UMNO yang paling lama mengetuai UMNO iaitu Dr Mahathir- yang menyatakan UMNO is rotten to the core dan kerajaan UMNO korap dari atas hingga ke bawah.
Izinkan saya membawa perhatian orang Melayu kepada suatu perkara yang sangat tidak betul pada UMNO. Seringkali kita di banjiri dengan nasihat supaya orang Melayu mengenang budi UMNO. Tapi bagaimana pula dengan UMNO yang tidak mengenang budi orang Melayu? Bukankah UMNO itu hidup atas budi orang Melayu dan amanah yang di pertanggungjawabkan?
Biarkan saya menyimpul pendekatan UMNO hari ini. pimpinan UMNO hari ini meniru apa yang John Kennedy ucapkan dalam pidato sulung ketika menerima perlantikan sebagai Presiden USA.  Kita dapat membayangkan mana2 pemimpin UMNO hari ini menyatakan:- jangan tanya apa UMNO boleh lakukan kepada kamu, tanya apa yang kamu boleh lakukan kepada UMNO.
Inlah titik tolak penentangan kami kepada UMNO kerana sikap seperti ini merosakkan orang Melayu. Ia menjadi orang Melayu peminta sedekah kepada UMNO. UMNO bukan pemberi rezeki orang Melayu yang beragama Islam.Sanggupkah kita menerima dan melihat orang Melayu tertunduk tunduk sebagai tambi suruhan? Inilah yang di lakukan oleh UMNO hari ini kepada orang Melayu.
Bahagian pertama ungkapan tersebut- jangan tanya apa UMNO boleh lakukan kepada kamu- memberi pengertian bhawa UMNO itu tuan dan ahli nya adalah hamba. UMNO itu penaung dan rakyat adalah yang bergantung kepada mereka. UMNO itu bersifat ketuhanan yang mesti disembah kerana ianya pemberi segala rezeki kepada orang Melayu.
Bahagian kedua ungkapan tersebut- tanya apa kamu boleh lakukan kepada UMNO membawa erti bahawa UMNO itu sesuatu yang perlu ditaati dan di takuti serta punca segala kesenangan untuk orang Melayu.
Kedua2 bahagaian ungkapan tersebut merosakkan orang Melayu dan bertentangan dengan piagam orang yang berjiwa merdeka. Orang Melayu yang berjiwa merdeka akan melihat UMNO seabagi suatu wadah dengan dan melalui nya, mencapai obejektif 2 besar dalam masyarakat. UMNO bukan sesuatu yang mesti disembah atau dalam bahasa yang selalu di sebut oleh pimpinan UMNO- mesti mengenang budi UMNO.

Isnin, 2 Januari 2012

'Polis kita baik-baik belaka yang jahat hanya rakyat'

Inisden UPSI:Polis tubuh pasukan siasat blog

Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata polis juga mempunyai bukti-bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu.
"Semasa perhimpunan haram itu, beberapa jurugambar dan jururakam polis ditugaskan untuk merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mana-mana penuntut.
"Oleh itu, saya telah mengarahkan satu kajian dilakukan pasukan khas tersebut bagi menunjukkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata sekiranya dakwaan yang dibuat dalam blog tersebut terbukti palsu, polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan itu tanpa usul periksa tidak berulang.
Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata siasatan menunjukkan klinik yang dirempuh kumpulan penuntut dalam perhimpunan haram tersebut mengalami kerosakan dianggarkan mencecah RM10,000.
Polis sebelum ini menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak awal pagi semalam.
Kira-kira 70 penuntut beberapa universiti dilaporkan berhimpun secara haram di pekarangan UPSI atas alasan menuntut kebebasan akademik dengan menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.
Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI, Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat Umno sewaktu demonstrasi 17 Disember lepas, tidak dikenakan tindakan tata tertib oleh pentadbiran universiti berkenaan.
- Bernama

Rakyat Malysia yang lawan kezaliman Umno-Bn mana ada yang dianggap baik oleh si pemerintah dan si penguatkuasa undang-undang.Bodoh sangat la kalau depa mengaku kata kami yang bagi penumbuk, penyepak, penendang macam Bekas Ketua Polis Negara tumbuk dan belasah Anwar Ibrahim dalam lokap sampai lebam biji mata mengaku salah dan minta maaf!Nasib mahkamah kata si Rahim Nor tu bersalah.Tun Mahathir kata Anwar cederakan diri dia sendiri.

Jadi bukan satu perkara luar biasa kalau pihak polis nafi pukul pelajar UPSI yang lawan AUKU.Ni perkara normal la di Malaysia macam filem samseng dalam Bollywood. Kita rakyat ni macam buah timun dengan durian la.Golek pun luka digolek pun luka.Peluang terbaik buat rakyat ialah kita sama-sama tumbangkan regim zalim Umno-Bn dalam pru 13 akan datang.Hanya ni peluang yang kita ada untuk mengajar si zalim Umno-Bn.

Nak harapkan media arus perdana siarkan kenyataan daripada kedua belah pihak mampoih la tak dapat.TV berbayar pun serupa makin menjadi-jadi jadi pencacai Umno-BN menjelang pru 13.Walaupun kita ada media baru yang hanya jadi tumpuan yang celik IT tu pun Umno-Bn begitu takut walaupun depa kuasai semua media arus perdana!

Kita buatlah demo seaman mana pun , demo anti ISA, demo anti LYNAS, demo air Selangor, demo paling bersejarah Bersih2.0 , semua salah rakyat walaupun ada yang mati semasa berdemo, cedera kepala lutut, patah kaki disebabkan kekerasan si penguasa . Walaupun dunia luar kutuk kekejaman kerajaan Umno-Bn dalam tangani himpunan aman tapi si penguasa negara kita masih kata ,"Kami berhemah semasa kawal sebarang himpunan."

Ingatlah polis anda makan gaji duit rakyat bukan sesen pun duit Umno-BN! Uniform anda , topi anda , pistol anda , cota anda , kasut anda semuaaa duit rakyat. 

 Kenapa nak siasat blog, kenapa tak siasat portal berita media baru? hi hi...kenapa takut dengan blog lawan Umno-Bn.Kenapa takut dengan blog tak makan upah?
Baca juga ;
Peguam pertikai penafian polis sebelum siasatan-M'kini
Insiden UPSI:Safwan akan ambil tindakan mahkamah-Harakahdaily
Polis akui berlaku pergelutan ketika insiden di UPSI-M'insider

Polis berhemah pelajar berdarah

Semasa perhimpunan Bersih 2.0 Julai 2011 pihak polis nafi kata tembak gas pemedih mata ke perkarangan Hospital Tung Shin tetapi akhirnya terbukti bahawa memang benar kejadian tersebut memang berlaku.
Dalam demontrasi pelajar UPSI 1-1-2012 pihak polis nafi guna kekerasan tapi guna pendekatan berhemah dalam berhadapan demontrasi kecil pelajar UPSI lawan AUKU.

Jika benar polis pukul pelajar UPSI , sesungguhnya setiap pukulan dan tenaga polis itu guna wang rakyat bukan untuk belasah pelajar yang hanya gunakan suara untuk dapatkan hak mereka yang dicabuli!

Mana NGO2 Melayu yang bercakap besar dan berdegar-degar pertahankan anak bangsa?Mana! mana! mana! eeeeeeeeeee!
 Berkaitan;
Insiden UPSI:Kesemua mahasiswa dibebaskan-Harakahdaily
Polis pukul , tahan aktivis mahasiswa dalam demontrasi di UPSI-M'insider
Mahasiswa masuk hospital dibelasah polis , 17 ditahan termasuk Adam Adli-Keadilandaily.com
Juanda:'Polis patut bertindak dengan bijaksana , bukan  kemarahan'-M'insider
Polis nafi pukul mahasiswa , kecederaan kerana diri sendiri-M'insider
Polis akui berlaku pergelutan ketika insiden di UPSI-M'insider


Ahad, 1 Januari 2012

Tindakan pukul pelajar lawan AUKU memang dayus, bangsat dan zalim

Demo UPSI:Siswa cedera ,20 ditahan-Malaysiakini

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.
Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.
smm protest in sultan idris university 010112 safwan anangDakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.
Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.
Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.
Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.

Insiden UPSI: Pas desak KPN, Menteri letak jawatan-Harakahdaily
PAS mengutuk keras kekejaman polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakawa sebagai profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan.

"PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar, mencederakan pelajar hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan pun.

"Tak perlu suraikan mahasiswa ini pun tak apa sebab mereka akan bersurai dengan sendiri tanpa kekecohan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

Mahfuz berkata, tindakan polis itu tidak akan menjernihkan situasi sebaliknya hanya menambahkan kebencian anak muda terhadap institusi polis dan kerajaan yang bertanggungjawab.

"Tirai tahun 2011 dilabuhkan dengan kekejaman terhadap mahasiswa yang merupkan warisan negara.

"Apa yang dilakukan polis ini sudah tentu menimbulkan kebencian anak muda terhadap polis dan saya yakin tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan anak muda di seluruh negara untuk memperjuangkan soal kebebasan akademik," katanya yang dalam perjalanan ke hospital Slim River.

Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, datuk Seri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dan melatakkan jawatan kerana gagal mengawal institusi mereka.

"Saya minta KDN dan KPN melatakkan jawatan segera kerana ternyata mereka tidak berupaya mengawal keadaan dan kesejahteraan negara," katanya.

Sementara itu, seorang mahasiswa memaklumkan, kira-kira 200 mahasiswa termasuk orang awam berkumpul di hadapan balai polis tanjung Malim menuntut mahasiswa dibebaskan segera.

Bendahari PAS Perak, Fakhrul Radzi yang turut berada di sana memberitahu, mereka sedang bergiir-gilir menyampaikan ucapan mengecam tindakan zalim polis.

"Kami bersama mahasiswa masih lagi di hadapan balai polis dan kita tuntut mahsiswa yang masih dalam lokap dibebaskan segera," katanya.

Berkaitan;
NGO, kumpulan siswa kecam tindakan polis-Malaysiaki
PKR:polis guna kekerasan melampau-Malaysiakini
Jangan layan Mahasiswa dengan cara 'kebinatangan'-Harakahdaily
PPMM gesa buka kertas siasatan kekerasan di UPSI-Harakahdaily
Apa pun berlaku perjuangan mansuhkan AUKU diteruskan-Harakahdaily
Polis pukul, tahan aktivis mahasiswa dalam demontrasi di UPSI-M'insider

Budak-budak tu bukan bawa senjata hanya mahu suarakan hak mereka yang pi katok dan pukul sampai berdarah pasal apa?Kenapa zalim sangat dengan anak bangsa sendiri?Semoga Allah SWT melaknat kerja-kerja syaitan yang dilakukan kepada mangsa -mangsa yang tak berdosa itu.Selamatkan Malaysia daripada regim zalim Umno-BN.Tumbangkan regim mahazalim ini dalam pru 13 akan datang.Kita rakyat yang mampu mengubah pemimpin zalim daripada terus berkuasa.Gambar sebelah daripada harakahdaily.Tengok video di sini.

Dataran Kemerdekaan Shah Alam dipenuhi ribuan anak muda macam Dataran Tahrir

Malam tadi saya ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk melihat suasana sambutan Tahun Baru 2012 anjuran kerajaan negeri Selangor di bawah Exco Pendidikan Dr Hajah Halimah Ali.Pada fikiran saya tidak akan berjaya menarik orangramai untuk hadir sebab ini anjuran kerajaan negeri.Maklumlah media Umno kata rakyat Selangor khususnya orang Melayu bukan minat pun apa-apa agenda kerajaan negeri.Klik gambar untuk besarkan.

Tapi segala tanggapan saya salah.Ribuan anak muda hadir yang pada fikiran saya tak kurang daripada 10,000 orang membayangkan bahawa kalau macam nilah sambutan anak muda Melayu khususnya terhadap kerajaan negeri Selangor tak berjayalah Umno Selangor nak tawan Selangor!

Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang terletak di sebelah bangunan Umno Selangor malam tadi bergema dengan laungan takbir bukan takbur.Acara dimulakan dengan solat Isya berjamaah di padang yang luas yang julung-julung kali diadakan.Kempen anti zina , anti maksiat turut jadi agenda utama dalam sambutan tahun baru 2012 kerajaan negeri Selangor.

Penceramah terkenal masa kini yang jadi idola anak muda iaitu Ustaz Azhar Idrus berbicara secara santai dalam soal-jawab agama bersama Zizan Rajalawak .Turut tampil menghiburkan orangramai dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan ialah Syam Kamikaze, Shahir AF

Umno Selangor yang kini berkampung di I-City Shah Alam , Seksyen 7  dengan meratib-ratib 'Selamatkan Selangor' tentu terkejut beruk dengan sambutan anak muda Melayu kepada PR di Selangor.PR di Selangor telah berjaya Selamatkan Selangor' daripada terus dijadikan lubuk duit oleh Umno Selangor.Wahai anak muda pada anda semualah harapan untuk jadi penyelamat supaya Umno terus kalah di Selangor.

Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi macam Dataran Tahrir di Mesir.

Tahun baru 2012 dah bermula maka bermulalah perang pilihanraya yang semakin hampir.Marilah kita ramai-ramai tua muda , miskin kaya bersatu tenaga untuk jadikan Umno patah segala sayap dan berjaya dikuburkan daripada terus berkuasa di Putrajaya.Selamatkan anak cucu kita daripada terus bertuhankan Umno yang bongkak, sombong dan zalim tidak mahu dengar tuntutan rakyat yang mahukan perubahan dalam sistem pilihanraya yang adil dan telus.

Selamat tahun baru 2012 buat semua pengunjung blog ini tak kira apa saja parti yang anda pilih.