Khamis, 4 April 2013

HRP kacau daun tanding kerusi parlimen dan dun di Selangor

Parti Uthaya gempur kubu PAS, PKR
Parti Hak Asasi (HRP) akan meletakkan calon bebas mereka di tiga kerusi parlimen dan lima kerusi DUN yang dikuasai PKR dan PAS di Selangor.

Bendahari HRP, A Sugumaran dalam satu sidang media hari ini mengumumkan, parti itu akan bertanding di kerusi parlimen Kota Raja, Kelana Jaya dan Kuala Selangor.

Lima kerusi DUN yang akan ditandingi calon HRP dalam kawasan parlimen tersebut ialah Seri Andalas, Sri Muda, Seri Setia, Bukit Melawati dan Ijok.

"Calon kami bagi P111 Kota Raja dan N49 Seri Andalas adalah pemimpin (HRP) iaitu P Uthayaklumar," kata Sugumaran.-Malaysiakini

Mari kita lihat siapa yang akan kena?Rakyat sudah bijak buat pilihan.Parti yang bersendirian sudah pasti akan ditolak oleh para pengundi.Parti berasakan kaum semakin hari semakin ditolak rakyat.

Apa lagi yang orang India beragama Hindu mau di Selangor?Di seksyen 23,Shah Alam ada kuil baru,di dun Sri Muda juga kuil lama sedang diubahsuai.Politik kita bukan politik kuil dan isu perkauman ketika ini ,tujuan nombor satu ialah tumbangkan BN.Peruntukan untuk sekolah Tamil juga dapat perhatian khusus daripada Exco Dr Xavier Jayakumar.

HRP sebelum ni pernah berjumpa Anwar dan juga Najib suarakan tuntutan mereka.Adakah BN taja HRP untuk bertanding kerusi dun dan parlimen di Selangor apabila menang jadi komponen BN?Yang pasti dalam hal ini BN lebih terjejas jika berlaku pertandingan tiga penjuru.Pengundi di kawasan yang HRP bertanding juga ada undi Melayu dan Cina.Orang Cina dijangka solid sokong PR kali ini dalam pru 13.

1 ulasan:

  1. betul hanya 20 india bodoh sial sepaerti uthayakumar dan abangnya vedhamoorthi sokong bahlol bahlol ini manakala yang lain sokong penuh pas keadilan dan dap MIC dan UMNO kaum india paling benci sekali kalau tidak tunggulah samapi pilihanraya nanti lu orang tau.

    BalasPadam