Jumaat, 5 April 2013

'Buang Najib dan BN di Putrajaya untuk tahu kes sebenar Altantuya'-Nizar

Semalam dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Grik, Perak Nizar Jamaluddin bekas MB Perak berkata jika rakyat mahu tahu siapa yang arahkan dua anggota polis UTK Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Omar bunuh Altantuya rakyat kena buang Najib dan BN daripada terus berkuasa di Putrajaya.

Lebih kurang Nizar kata begini,"Siapa yang arahkan dua anggota polis UTK bunuh Altantuya?Jika tuan-tuan nak tahu kisah sebenar kena buang Najib dan BN di Putrajya bagi kuasa kepada PR dan kita akan siasat,buka balik kes,belek semula kes siapa yang arahkan mereka bunuh Altantuya."

Semua orang tahu dalam kes bunuh Altantuya sahabat baik Najib Razak Baginda terlepas daripada hukuman.Razak Baginda juga dikatakan jadi orang tengah dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dan sapu komisen RM500 juta!

Tertuduh Sirul merayu dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam supaya tak dijatuhkan hukuman mati dengan berkata ,"Saya sekadar dikambing hitam.";Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan. 
    
"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.
Sirul Azhar, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama

"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.-Malaysiakini 4 Februari 2009.

Sementara itu Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Datuk Mohd Zaki Md Yasin dalam penghakiman bertulisnya yang setebal 70 mukasurat itu pada 7 Mac 2012 berkata,"Walau apapun motif itu, ia adalah perkara undang-undang di mana motif walaupun releven, adalah tidak penting untuk pembunuhan itu dijalankan," Kata Hakim tu lagi,“Persoalan yang berlegar untuk saya putuskan ketika ini adalah siapa yang mempunyai kaitan untuk menyebabkan kematian itu,".Baca di sini.




2 ulasan:

  1. The accomplished performance waѕ the result
    of pгeparation, haгd work, a mаnagеr operating in a purely theoretіcal framewoгk, we must underѕtand the fοundationѕ.
    Uѕe thе dеscrіption seсtion to further detаil thе
    goodѕ and seгvices meеt those nеeԁs, ѕolve those problems, or tаke advantage of what you haνe
    to amass a library of techniques ωhіch are sucсessful.
    It сreatеs a sense of belonging anԁ validation of
    oρinions anԁ ideas. You can busіness do
    this by using a qualifіed IT ρrofessionаl.


    Also visit my blog: internet in marketing

    BalasPadam
  2. kalau PAS memerintah...tugas utama bukan bangunkan negara tapi korekkkkkkkkkk...penuh dgn dengki kusumat..tolak PR..

    BalasPadam