Selasa, 26 Februari 2013

"Saya masih sihat tak jalan tiga selinder-"MB Kedah


Azizan Tetap Bertanding PRU-13
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan tetap bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini.

Azizan berkata, beliau masih sihat dan bersemangat untuk terus berjuang dan tiada sebab untuk berundur."Mengapa ada orang hendak saya berhenti, kata saya tidak sihat, jalan tiga selinder. Itu tak betul," katanya kepada pemberita apabila ditanya sama ada akan berundur ekoran dakwaan bahawa keadaan kesihatannya tidak memuaskan.-Bernama

1 ulasan: