Rabu, 20 Februari 2013

Boo La Weii Stadium runtuh lagi laa weii

Kata Najib kepada kerajaan Kelantan Boo La Weii tapi apa dah jadi weii stadium di Terengganu yang tengah repair akibat runtuh kali pertama runtuh lagi weii!Belum BN KO Stadium runtuh lagi.Buat menatang apa pun kalau pasak dengan rasuah dan takbur runtuh jugak laa weii!.

Stadium RM300 juta runtuh lagi, MB Tgganu patut letak jawatan-Keadilandaily.com

KUALA LUMPUR 20 FEB: Stadium Terengganu dengan kos pembinaan RM300 juta yang runtuh buat kali kedua hari ini membuktikan pengurusan kerajaan negeri teruk, kata Pengerusi KEADILAN Terengganu, Azan Ismail.
Katanya, berikutan insiden itu, Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said patut malu dengan meletak jawatan secepat mungkin.
“Kalau di negara luar, hari ini berlaku kejadian seperti itu, hari ini juga menterinya letak jawatan sebab malu. Tapi menteri kita tak tahu malu, walaupun dah dua kali kejadian berulang,” tempelak Azan.
Runtuhan kali kedua teruk dan memalukan.
Runtuhan kali kedua teruk dan memalukan.
Kira-kira jam 11.30 pagi tadi, bumbung Stadium Sultan Mizan yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dan mencederakan tiga pekerja tempatan.
Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.
“Pembinaan stadium itu diisytiharkan menggunakan teknologi termahal dan tercanggih. Ia melibatkan kos begitu tinggi tetapi dengan pengurusan yang paling teruk, penyelewengan paling banyak dan tidak mengikut spesifikasi,” tegas Azan ketika dihubungi.
Menurut Azan, kejadian itu menyebabkan keyakinan pelabur asing yang berminat untuk melabur di Terengganu hilang serta-merta kerana tidak percaya dengan pengurusan ekonomi negeri.
“Kejadian itu merosakkan pelan jangka panjang negeri untuk menjadikan Terengganu bandaraya pesisir pantai. Secara langsung ia menyebabkan ketakutan kepada pelabur luar untuk melabur. Mana mungkin pelabur yakin apabila stadium runtuh sampai dua kali?” katanya.
Begini keadaan stadium pertama kali runtuh pada 2009.
Begini keadaan stadium pertama kali runtuh pada 2009.
“Salah satu faktor berlaku penyelewengan kerajaan negeri seperti ini berpunca dari sikap rakyat Terengganu sendiri yang tidak pernah mempersoal atau mencabar kredibiliti pemimpin negeri, apa Menteri Besar buat rakyat ikut saja,” kata Azan.
Beliau turut memberi jaminan apabila Pakatan Rakyat berjaya menawan Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), sebuah badan bebas akan ditubuhkan khas untuk menyiasat dan memantau sebarang penyelewengan dan salahguna kuasa kerajaan negeri.
“Insiden ini mungkin petanda akhir kepada rakyat Terengganu. Runtuhan stadium itu bermakna keruntuhan Umno juga,” kata Azan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan