Rabu, 27 Februari 2013

"MIC tutup kedai jadi restoran daun pisang",kata Vell Pari anak Samy Vellu

Marah betoi Pengarah Strategi MIC Vell Pari yang juga anak Samy Vellu bekas Presiden MIC dengan penyokong tegar Umno Ridhuan Tee yang tulih rencana yang dikatakan hina kaum India dan agama Hindu.

Saya tak tau la depa main wayang ka atau tarak main wayang.Veel Pari kata jika Najib dan kerajaan tidak bertindak sesuatu terhadap Ridhuan Tee beliau mau masyarakat India MIC sokong Pakatan Rakyat dalam pru 13.

Kata Vell Pari ,“Sebelum ini, tiada pihak yang membangkitkan. Apabila saya mengugut agar masyarakat India mengundi pembangkang, semua pihak mula mengambil berat,” katanya.
“Saya lakukan ini kerana ianya satu keperluan ... jika tidak tiada yang akan ambil peduli.”
“Jika kita terus berdiam diri dalam isu tersebut kerana takut menentang sesuatu kuasa, kita mungkin akan tutup kedai dan menjadikan Ibu Pejabat MIC sebagai restoran daun pisang,”-Baca di sini.
Tanpa gempaq kelin Vell Pari pun rakyat tak kira bangsa apa pun dah menyampah dengan BN.Hanya tunggu hari mengundi ja nak benamkan BN ke lubang kubur.Dua orang lelaki India yang kerja pasang alarm dan autogate kata kat saya,"Bang saya tak kira Pas ka,PKR dan Dap ka saya akan undi janji bukan undi BN!."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan