Khamis, 21 Februari 2013

Silap haribulan mimpi Nan Yaakob jadi macam Khir Toyo

Maka berkokok lantanglah MB Pahang Nan Yaakob BN yakin menang semua kerusi pru 13 di Pahang.Untung sabut timbul untung batu tenggelam.Dulu sebelum pru 12 bekas MB Selangor Khir Toyo kata Selangor akan jadi pembangkang sifar.Akhirnya jadi terbalik Selangor tumbang akibat kuasa rakyat bangkit dalam pru 12 tolak Umno-BN pulak yang jadi pembangkang.

Nasib jadi lebih buruk bala datang bertimpa-timpa kepada Khir Toyo yang didakwa kes rasuah dan pecah amanah lalu dijatuh hukum penjara 12 bulan tapi nasib Khir Toyo baik hingga kini belum dihantar ke penjara.

Layak lagikah Nan Yaakob yang suka cakap besar ni terus jadi MB Pahang?Ari tu Nan Yaakob kata nak potong telinga dan terjun Sungai Pahang kalau PR boleh menang di Bentong.Sama-sama kita tengok nanti.Marilah kita berdoa supaya kuasa jahat Umno-BN berjaya ditumbangkan dalam pru 13.
Pemimpin diktator dunia yang lagi hebat pun boleh tumbang takkan Umno-BN tak boleh tumbang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan